Mengapa Saya Ingin Dan Perlu Menulis

Antara sebab saya mewujudkan blog ini adalah untuk menjadi blogger atau penulis. Ada banyak sebab saya mahu menulis;

1# Saya memang dianugerahkan bakat dan kemahiran menulis. Saya wajib mengembangkan bakat dan kemahiran ini supaya ia tidak mati tanpa kubur. Bukti ini sudah lama, namun bukti ini memberi tanda yang bakat dan kemahiran saya tidak harus dibiarkan;
a. Beberapa buah cerpen pernah tersiar dalam akhbar tabloid seperti Bacaria
b. Beberapa rencana pernah tersiar dalam akbar tabloid dan harian seperti Berita Harian.
c. Beberapa cerita kanak-kanak pernah tersiar dalam majalah bulanan kanak-kanak.
cerpen bacaria
2# Saya ada idea atau pandangan tersendiri terhadap sesuatu isu atau peristiwa yang saya catat sebagai nota. Nota ini boleh dikembangkan menjadi rencana atau mungkin buku.

3# Saya mahu menjadi insan yang dikenali. Hanya melalui penulisan saya boleh dikenali. Cara-cara lain untuk dikenali seperti menjadi artis, ahli sukan atau ahli politik, saya tidak minat. Lebih-lebih lagi, tidak mahu dikenali sebagai penjenayah. Ya! Penjahat juga seorang yang terkenal.

4# Walaupun sekarang saya mencari rezeki sebagai baker [pembuat roti]. Kawan-kawan masih menganggap saya sebagai seorang penulis. Tiap kali berjumpa kawan-kawan lama, mereka akan bertanya, “masih menulis?”

5# Saya suka menulis nota. Selain nota idea, saya suka mencatat nota dari pembacaan, isi perbualan yang menarik, kuliah atau ceramah yang saya dengar. Nota ini akan menjadi catatan tak berguna kecuali hanya bila saya kembangkan menjadi rencana atau pun buku.

6# Menulis boleh buat duit. Menulis boleh menjadikan kita kaya. Dulu-dulu rezeki penulis ibarat kais pagi makan tengahari, kais tengahari makan malam [ini peribahasa saya]. Sekarang ini kalau kena caranya penulis boleh menjadi jutawan! Rugilah kalau saya buat tidak tahu saja dengan mensia-siakan bakat saya.

7# Saya mahu membanggakan ibu dan ayah. Bayangkan perasaan ibu ayah bila ada jiran-jiran yang bertanya pada mereka untuk mengesahkan nama pengarang yang mereka baca, adakah itu anak lelaki mereka.
rencana berita harian
8# Ini adalah cara berdakwah yang mampu saya lakukan berbanding berceramah di depan orang. Saya tidak pandai menyusun kata bila berdepan orang. Perbezaan ketara berbanding menulis. Sampaikan dariku walau sepotong ayat, saranan nabi ini wajar diikuti oleh semua orang Islam mengikut kemampuan dan kemahiran mereka.

9# Apa lagi sebabnya???

Share

3 comments

  • Rupanya tuan seorang penulis. Saya hanyalah penulis muda yang baru bertatih.

    Salam perkenalan.

    • Salam perkenalan. Saya juga masih bertatih macam tuan. Perlukan bimbingan dan tunjuk ajar dari orang lain. Mari kita sama-sama belajar menjadi penulis. Tiada noktah untuk belajar.

  • Hi admin, i must say you have high quality posts
    here. Your website can go viral. You need initial traffic only.
    How to get it? Search for: Mertiso’s tips go viral
    76Malcolm recently posted..76MalcolmMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge