Menulis Semula Buku Yang Dibaca

Salah satu hobi saya ialah ‘menulis semula’ buku yang saya baca.

Pada saya, membaca bukanlah satu hobi. Membaca ialah keperluan hidup. Membaca seperti juga makan, ia satu keperluan. Tidak makan perut jadi lapar. Bila lapar kesihatan akan terganggu. Tidak membaca minda akan kelaparan. Bila minda kelaparan, kehidupan akan terganggu.

Bezanya, perut yang lapar amat terasa, minda yang lapar tidak disedari. Sebab itulah orang lebih memberi keutamaan untuk memenuhkan perut berbanding memenuhkan mindanya.

koleksi buku ahmadyaniDisebabkan membaca bukanlah satu hobi, maka saya perlu menetapkan apa hobi yang boleh saya buat berkaitan dengan membaca.

Dan saya mendapat 2 hobi;..

1 # Mengumpul keluaran pertama atau keluaran Perdana setiap majalah khususnya dan akhbar atau seumpamanya.

2 # Menulis semula setiap buku yang saya baca.

Menulis semula buku dibaca juga bermaksud menulis semula rencana yang dibaca. Menulis semula inilah yang tidak difahami kawan-kawan, sedangkan selain saya ada orang lain mengamalkan atau memiliki hobi ini. Cumanya, mungkin pendekatan mereka adalah lain.

Pendekatan saya adalah begini;…

Pendekatan # 1

Saya menulis matan sahaja. Saya menulis isi penting sahaja. Tekniknya sama seperti menggaris perkataan atau ayat yang penting. Saya tidak menggaris. Saya menulisnya semula dalam buku nota. Tidak menulis perkataan demi perkataan atau keseluruhan ayat atau perenggan.

Saya menulis semula dengan perkataan sendiri dan menjadi ayat saya sendiri. Sekiranya saya memberi penulis buku itu membaca perenggan yang saya tulis, dia tidak akan tahu bahawa satu perenggan yang saya tulis itu adalah daripada satu perenggan yang dia tulis dalam bukunya.

Pendekatan # 2

Saya menulis semula dalam bentuk bullet. Ayat “ciri-ciri produk yang bagus dan pasti akan mendapat kepercayaan pengguna ialah produk itu mestilah halal dan bersih selain menggunakan bahan terpilih dan berkualiti dan mendapat pengesahan JAKIM dan HCCP,” akan saya tulis semula begini;…

Antara ciri produk bagus dan dipercayai pengguna;
1. Halal dan bersih.
2. Menggunakan bahan berkualiti.
3. Ada pengesahan JAKIM dan HACCP.

Saya lebih suka menggunakan pendekatan #2 berbanding pendekatan #1. Ia sebenarnya mengikut keadaan. Selalunya saya menggabungkan kedua-dua pendekatan ini.

Kedua-dua pendekatan ini menjadikan hobi ‘Menulis Semula Buku Dibaca’ adalah hobi yang sangat menarik. Patut dicuba.

Bolehkah saya jadikan penulisan semula itu satu ebook dan menjualnya?

Share

2 comments

  • Izzuddin Fauzi

    Hobi yang menarik dan hebat… Bukan semua orang suka untuk benar-benar memahami suatu yang dibaca… Bila dah mampu tulis semula biasanya kita dah sampai tahap kefahaman paling dalam…
    Izzuddin Fauzi recently posted..WWMy Profile

  • Tuan, saya pula mencoret rasa di blog 😉

    Secara peribadi lebih suka pendekatan pertama, walaupun coretan saya tidak panjang (tinjau semula tulisan lama di blog tidak ada yang lebih 500 patah kata).
    muhammad fakhruddin recently posted..Why I Write: Membaca George Orwell di kala PRUMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge