Selama ini, sewaktu menulis terutama menulis posting di Facebook, pernah atau tidak kita terfikir begini?
“Aku tidak retilah nak tulis cerita bentuk pengajaran”
“Tulisan aku ni, gaya bahasanya seperti ‘mengajar-ajar ke?”
“Alamak! Tulisan aku ni macam masuk bakul angkat sendirilah”
“Kalau aku tulis macam ni, pembaca terasa hati tak?”
“Rasanya…tak patut aku tulis macam ni. Baik padam je”
Dan mungkin anda ada berfikir yang lain semacam di atas juga. Sejujurnya saya menghadapi dilema ini.
Dan saya percaya ini juga dilema banyak orang yang ada cita dan kemahuan untuk menulis. Terutama membuat posting di Facebook.
Macamana ya? Mahu menulis sesuatu yang terkesan di hati pembaca?
Bertahun mencari cara menulis yang mampu memberikan inspirasi. Berpuluh buku sudah dibaca. Cuba meniru tulisan orang lain. Sudah berguru dengan ramai ‘pakar’. Tetapi….
Masa sudah berlalu. Usia sudah menghimpit ke hujung. Tulisan yang diharap menjadi ‘saham’ akhirat tidak tertulis.
Usah putus asa. Selagi ada usia, selagi itu ada cara mengatasinya.
Mungkin kita mahu abaikan dulu cara dan bentuk penulisan lain dan kita tumpukan hanya pada satu cara penulisan: storytelling (bercerita dalam penulisan)
Tuan Irfan Jani memang pakar dalam storytelling. Sudah 10 tahun beliau menguasai teknik penulisan sebegini. Beliau namakan, Teknik Penulisan Ibrah.
#Ibrah = Moral/Pengajaran/Nilai
Asasnya kita memasukkan moral atau pengajaran atau nilai dalam setiap penulisan kita tanpa pembaca terasa mereka diajar, disuruh dan seumpamanya
Tuan Irfan Jani mengajak kita memburu ibrah (IBRAH HUNTING) untuk disuntik dalam setiap penulisan kita.
Rujuk keterangan lanjut dengan KLIK LINK di bawah:
Ringkasnya dengan memburu ibrah:
1#Timbul yakin diri akan bakat dan ‘deria’ yang kita ada selama ini.
2#Isu biasa dipandang sebagai luar biasa dengan mengubah ‘sudut’ pandang.
3#Melatih minda melihat isu kontoversi dengan ‘mata hati’.
4#Dan lainya.
Hasilnya, mampu mengumpul follower berkualiti tinggi dari setiap tulisan kita yang mesra nurani.
Tuan Irfan Jani mengambil berkat berkat Ramadan ini dengan mengadakan kelas pada bulan ini.
Sebelum ini, kelas diadakan secara online. Tetapi tidak untuk Ibrah Hunting ini kerana modulnya perlukan perhatian penuh oleh peserta dan ada latihan secara langsung.
Akhir bulan ini sudah masul Ramadan. Masih ada masa untuk mengatur masa.
Rujuk tarikh kelas dengan dengan KLIK LINK di bawah:
Nice info.. semoga dengan menghadiri kelas storytelling tuan Irfan Jani, dpt memberi suntikan baru terhadap kualiti penulisan kita..
anuar recently posted..Selamat Hari Guru dan Rezeki Hari Guru 2017
Saya sudah ikuti cara online. Banyak manfaat. Kalau berdepan ni, InsyaAllah lagi banyak.
Penulisan terbaik yang dapat follower, dapat jana pendapatan dan bonus dapat pahala bukannya dosa bila beri kesan positif kepada pembaca…
Haidar recently posted..7 Tempat Makan BEST di Perlis
yer betul, jadikan setiap penulisan kita bermanfaat pada pembaca dan masyarakat…
Kebaikannya kembali kepada diri kita…
sebenarnya tak susah.
kena terus menulis sahaja.
titan recently posted..Melancong Jadi Lebih Mudah dengan Traveloka.
Betul. Istiqamah dalam menulis. Menulis, menulis dan terus menulis. Jangan berhenti.
Ya.
Kalau berhenti, tak apa.
Tapi, jangan lupa untuk sambung semula menulis.
titan recently posted..We were born to make HISTORY.
Sangat setuju dengan cadangan ini, agar orang membacanya sentiasa mendapat pengajaran dan teguran buat diri sendiri
Khairul Zamri recently posted..Nu Caffee Tongkat Ali Arabica Asli
saya dah semakin suka dengan story telling…
adalah beberapa menulis dan mencuba…
boleh belajar lagi la nie
mrhanafi recently posted..Lelaki Berduit Versus Lelaki Kacak
insyaAllah kalau tulis dengan ikhlas, ada yang suka juga
RAIHANAH AHMAD recently posted..Shaklee Collagen Powder Drink Terbaik Di Pasaran
Rasanya setiap tulisan selalu ada ibrahnya, bisa positif bisa negatif, sudut pandang pembaca saja lagi yang menentukan. Apakah diambil atau tidak. Salam kenal,dari Indonesia, blogwalking
Salam.. saps tak truja kan… ok, pada pndapat sya la kan, memang betul apa yang dikatakan.. setiap penulisan harus bermanfaat… berapa kos untuk hadir kelas ini?
penulisan yang baik, bait kata yang teratur memudahkan bacaan dan fahaman pembaca. Secara tidak langsung akan menarik minat pembaca untuk menunggu setiap hasil penulisan kita.
Mus recently posted..Bantuan Kerajaan RM500 Yang Diselamatkan Nilainya
Tak ada perkara yang mudah di lakukan buat pertama kali kecuali memang Allah jadikan itu bakat kita
Kalau kita tidak ada bakat pun
Buat hari hari sampai 21 hari untuk mula bentuk habit
Buat sampai 66 hari sampai masuk minda separa sedar dan kita akan buat semua ni auto pilot
Menulis dan berkongsi cerita juga sama
Mazni Azmi recently posted..Tekanan Darah Tinggi 10 Cara Menurunkan Dengan Berkesan & Selamat!
Semua perkara kalau di lakukan dengan ilmu dan ada cikgu yang menunjukkan jalan memang lebih mudah
Mama Hakim recently posted..18 Panduan beli @ Bina rumah. Kediaman tak panas & Duit tak rugi!