Merah Yang Membawa Rezeki

Kata orang selain warna kuning, warna merah mudah membuatkan seseorang itu lapar. Sebab itu bila ada kedai makanan yang menjadikan warna merah sebagai warna latar kedai, kedai itu ramai pengunjungnya.

Benarkah?

Fakta ini tidak dapat dipastikan kebenarannya. Namun yang benarnya, warna merah adalah warna terang yang bertenaga. Warna yang dilihat ceria.

Terang ceria ini antara penyebab ramai orang berkunjung ke Safa Bakery & Café (dahulunya dikenali sebagai Ikhwan Cake House) yang terletak di lot 1-12, Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Itulah yang dikatakan pelanggan.

kedai roti islam

Sebelum ini keadaan kedai roti milik seratus peratus bumiputera ini memang agak ‘suram’ sedikit. Dengan pencahayaan yang kurang dan warna yang tidak menyerlah.

Meskipun begitu ramai pengunjungnya,  kerana kedai ini boleh dikatakan satu-satunya kedai roti Melayu di tengah pusat Bandar Kuala Lumpur. Dan sekarang dengan suasana kedai yang terang ceria ini membuatkan lebih ramai pengunjung tertarik untuk masuk ke dalam kedai ini.

Mungkin anda yang baru berkira-kira mahu membuka kedai makanan, mahu menjadikan merah sebagai warna trade mark kedai?

Share

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge