Mereka Ketawakan Blog Aku Ini…

Mereka ketawakan aku bila aku beritahu yang aku begitu teruja kerana sudah punya punya blog dot com sendiri. Mereka kata aku ini ketinggalan zaman. Orang lain sudah ‘lemas’ dalam lautan internet, aku pula baru nak cecahkan ibu jari kaki ke dalam air.

Orang lain? Bukan kau orang?

Mereka tersengih dan tersipu-sipu. Orang lain bukannya mereka. Keterangan mereka tentang internet dan blog begitu berjela-jela padahal seorang pun tidak punya blog sendiri. Blog percuma pun tidak ada. Internet pula curi-curi guna ‘ofis’ punya.

Aku memang masih baharu tentang komputer, internet, blog dan sekeluarga dengannya. Bagi orang yang baru ‘bermain-main’ dengan komputer dan internet tapi sudah punya blog sendiri yang aku buat tanpa bantuan sesiapa, hanya bergurukan ebook tulisan Tuan Zul SmatUsaha…tentulah aku seronok yang amat sangat.

Pedulikan mereka yang ketawa itu, nanti aku akan ketawakan mereka bila sudah menjadi blogger [blogawan] terkenal dan bisnes internetku sudah jauh berlari ke hadapan [blog ini adalah titik mula.]

Biarkan mereka yang hanya beremel, membaca blog gosip, berchatting dan bermain games sahaja. Sudah berkurun bermain dengan komputer, itu saja yang mereka tahu.

Share

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge