Muhasabah Dan Azam Tahun Baru 2013

Tidak janggal agaknya untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 walaupun sudah 6 hari 2012 ditinggalkan. Selalunya ucapan tahun baru diucap pada 31hb Dis tahun sebelumnya dan 1hb Jan tahun selepasnya.

Tahun baru akan disambut dengan sambutan yang besar-besaran dengan pelbagai cara. Apa yang kita tahu tentang sambutan tahun baru?

Apa yang saya tahu (entah pengetahuan ini benar atau tidak) acara tahun baru disambut 15hb Mac pada zaman Rom purba. Kemudian ditukar ke 1hb Januari 153 sebelum Masehi.

Jika sejarah ini betul, maka jelaslah sambutan tahun baru berdasarkan semangat Bangsa Rom (bangsa barat).

Bagi Gereja Ortodoks Timur, tahun baru ialah hari suci yang disambut dengan jamuan keagamaan pada 1hb Jan. Tapi sejak 1900an, ia disambut malam 31Hb Dis. Sama seperti kebanyakkan orang menyambutnya.

Barat menjadikan 1hb Januari sebagai hari muhasabah untuk meninjau apa yang berlaku sepanjang tahun sebelumnya. Dan ia dimulai 26hb Dis. Sehari selepas Krismas dengan menerbitkan rencana akhir tahun di akhbar dan media utama. Rencana yang memaparkan isu dan kejadian dalam setahun sebelum tahun baru.

Kita masyarakat timur (Islam) juga ikut sama melakukannya. Kita juga menerbitkan rencana isu-isu yang berlaku dalam setahun. Isu politik, bencana alam yang berlaku, siapa kenamaan yang meninggal dan sebagainya. Rencana azam tahun baru juga diterbitkan, apa yang kita inginkan pada tahun hadapan.

Amalan mengimbau kenangan tahun lalu dan amalan mengharap apa yang bagus pada tahun hadapan, adalah tidak salah untuk diikuti. Apa yang salah ialah kita juga meniru amalan berfoya-foya, bersukaria keterlaluan dan amalan batil untuk menyambut tahun baru.

Sebenarnya Islam memberi panduan yang lebih sempurna berbanding panduan barat dalam hal muhasabah dan azam.

Islam mengajar kita agar bermuhasabah dengan selalu merenung kelakuan buruk kita yang lalu dan berazam  memperbaiki diri pada masa depan untuk tidak melakukan keburukan itu lagi.

Dan Islam juga mengajar kita bahawa muhasabah dan azam bukanlah dibuat setahun sekali, akan tetapi pada setiap hari! Seperti yang disabda Nabi SAW yang bermaksud, “Mereka yang hari ini lebih baik dari kelmarin, sesungguhnya dia beruntung. Mereka yang hari ini sama seperti kelmarin, sesungguhnya dia rugi. Dan mereka yang hari ini lebih buruk dari hari kelmarin, sesungguhnya dia terlaknat.” -(ad Dailami)

Bagaimana cara kita mahu bermuhasabah dan berazam adalah pilihan sendiri dan Islam adalah pilihan yang sepatutnya.

Share

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge