Nabi Muhammad Penjenayah?

Dulu-dulu, ibubapa (lebihnya bapa) pukul anak dianggap salah satu kaedah mendidik. Guru pukul murid kerana mahu murid cepat ‘tangkap’ ilmu.

Pukul tidak dianggap dera. Dera hanya bila anak atau murid itu dibantai.

Saya pernah dipukul ayah dengan tali pinggang. Berbirat betis kaki. Guru pukul guna rotan. Siap kena pilih jenis rotan lagi. 3 jenis rotan panjang. Kecil sebesar jari kelingking. Sederhana seperti jari tengah. Besar semacam ibu jari. Selalunya saya pilih yang sederhana.

Walaupun mengadu sakit pada mak dan ayah selepas dipukul guru. Mak dan ayah hanya cakap, “lain kali belajar betul-betul. Jangan main-main dalam kelas.” Mak dan ayah tidak pernah ‘serang’ guru dan sekolah. Sekarang? Sekolah dan guru kena bersiap sedia menghadapi ‘serangan’ ibubapa.

Budaya kita sebenarnya menerima kaedah pukul atau merotan sebagai salah satu kaedah mendidik. Yang tidak diterima hanyalah membantai. Bantai adalah pukul kerana mendera.

Saya tidak faham kenapa Malaysia menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). Hak kanak-kanak PBB tentulah mengikut acuan dan teori barat yang jauh daripada Islam. Sedangkan Islam sudah punya garis panduan bagaimana mendidik anak. Dan memukul atau merotan untuk mendidik termasuk dalam garis panduan ini.

Penjelasan Dr Maza dalam blog beliau tentang merotan ini elok dibaca. Kalau taip ‘merotan anak’ di google, ada beberapa penjelasan yang menarik untuk difikirkan.

Kita mahu menjadi Negara maju pada 2020 mengikut acuan sendiri. Tapi nampaknya kita asyik menandatangani perjanjian di sana sini. Perjanjian yang dibuat oleh orang lain. Bukan perjanjian yang kita adun sendiri.

Masyarakat barat yang tidak menerima budaya pukul anak sebagai salah satu cara mendidik pun, ramai yang tidak bersetuju merotan anak dianggap jenayah. Kita yang menerima budaya ini pula mahu bersetuju, merotan dianggap jenayah?

Panduan mendidik anak supaya menjadi anak soleh dan solehah

Jika bersetuju merotan anak dianggap jenayah, apa gelar kita kepada mak ayah yang pernah merotan kita dulu. Ibubapa kita penjenayah?

Kita patut berhati-hati. Saya anggap ini jarum halus untuk menghina Islam. Menghina Nabi Muhammad SAW.

Jika bersetuju merotan anak di anggap jenayah, apa gelar kita kepada Nabi Muhammad SAW yang beri izin ibubapa untuk pukul anak yang sudah sampai usianya tapi  masih belum mahu solat walau sudah diasuh dan dididik dengan bermacam cara?

Nabi kita Nabi Muhammad penjenayah? Nau’zubillah.

Share

8 comments

Leave a Reply to Ikhwan Fahmi Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge