Nostalgia Rumah Tok Nordin Dan Opah Embun Di Kampung Luat Lenggong Perak

Ini rumah keluarga Tok Nordin dan Opah Embun. Letaknya di Kampung Luat, Lenggong. Kedudukannya dekat benar dengan Sungai Perak. Hanya beberapa langkah di hadapan rumah.

Kedua-dua tok dan opah sudah arwah. Al Fatihah. Begitulah, dunia ini hanya tempat singgah. Tiba waktunya kita akan tinggalkan dunia ini, kembali menemui Allah.

Rumah Pusaka Tok dan Opah Kampung Luat

Tok Nordin dan Opah Embun adalah ayah dan ibu kepada arwah ibu saya. Ya, ibu saya juga sudah arwah.

Ibu pergi lebih awal berbanding ibunya, iaitu Opah Embun. Akan tetapi Tok Nordin, lebih awal mendahului keduanya.

Ibu anak sulung. Di bawahnya ada 4 orang yang menjadi bapa saudara saya. Alhamdulillah, keempat-empatnya sihat wal’afiat.

Sebagaimana ibu yang berkeluarga dan punya kediaman sendiri. Begitu juga 4 adik lelakinya. Bekeluarga dan ada rumah sendiri.

Maka, jadilah rumah ini sebagai rumah tinggal. Tidak berpenghuni.

Melihat rumah ini melalui gambar lama dan sesekali yang dimuat naik oleh seseorang yang ada nostalgia bersama rumah ini, rawan hati jadinya.

Apa lagi, lebihlah terasa bila ada kesempatan jejak kaki ke Luat dan berdepan-depan nyata dengan rumah tok dan opah ini.

Saya tidak malu untuk mengaku…

… saya selalu tersayat hati bila melihat rumah kayu yang dibina dengan seni dan gaya Melayu tempatan ditinggal kosong tidak berpenghuni. Tidak terjaga. Menunggu masa untuk rebah!

Melihat rumah tinggal di kampung atau sepanjang jalan bila berkenderaan, hati rasa sedih sangat.

Lantak kalau orang mengata tidak macho kerana hati mudah berhiba, masih terperangkap dengan nostalgia lama atau apa pun mahu dikata.

Memang diakui, ada rumah yang terpaksa diroboh.

Rumah sudah tidak boleh diduduki kerana kayu lantai atau dinding yang sudah dimamah usia. Sudah menjadi mustahil untuk dibina kembali dengan kayu sama seperti asalnya.

Kos membina rumah kayu sudah sama kos membina 2-3 buah rumah batu sederhana besar. Sudah tidak ekonomik untuk membina rumah kayu pada situasi ekonomi sekarang.

Tambahan pula pemiliknya, rata-rata bekerja kampung dengan pendapatan tidak seberapa.

Tok Nordin dan Opah Embun membela saya setelah ayah dan ibu berpindah menjadi peneroka di Pahang. Beberapa tahun saya tinggal di rumah ini.

Jadi saya punya nostalgia indah dengan rumah tok dan opah di Kampung Luat ini.

Ketika rumah masih tidak ditambah binaannya.

Rumah yang masih ada dua beranda. Satunya beranda besar di anjung depan. Duanya kecil sedikit di bahagian tengah. Tiganya kalau boleh dipanggil beranda, di dapur tempat membasuh pinggan mangkuk dan sebagainya.

Seronok melihat opah memasak menggunakan kayu api. Dengan para di atas dapur yang ada daging dan ikan kering salai dan beberapa bungkus lempuk durian.

Bawah rumah bertiang tinggi menjadi pasak kayu api. Ada kepuk padi. Ada pangkin tempat berehat. Halaman rumah yang terasa luas benar ketika itu, menjadi tempat bermain dan menjemur padi.

Di hadapan sedikit, dekat tebing Sungai Perak ada dua mesin penggelek getah keping. Getah keping sudah tidak dibuat orang.

Getah masih diusahakan di Luat, tapi lebih mudah dibiarkan menjadi getah sekerap daripada mengusahakan getah keping. Sawah padi pula hanya menjadi kenangan.

Rumah tok dan opah ini, kelihatannya masih kukuh dan boleh diduduki. Tapi sebenarnya sudah tidak kuat. Bahagian kayunya sudah rapuh dimakan bubuk. Atapnya yang asal, tidak pernah berganti.

Bapa-bapa saudara terutamanya yang bongsu berkira-kira untuk mengubah suai rumah supaya boleh digunakan semula.

Kalau pun tidak dijadikan kediaman tetap, rumah ini boleh menjadi tempat persinggahan dan tempat berkumpul adik beradik dan sanak saudara.  Sesekali yang jauh mahu mengutip nostalgia di kampung halaman, rumah ini menjadi destinasi.

Saya kena bersedia menerima hakikat. Jauh ke hadapan, rumah Tok Nordin dan Opah Embun mungkin tidak seperti ini lagi.

== == ==

Tak tahu nak tulis status facebook? Tak reti nak bina ayat? Content bagaimana sesuai untuk produk? Ha, kalian boleh dapatkan E-Book dari KHAIRUL HAKIMIN MUHAMMAD ini.
Di dalam ini ada idea bagaimana kalian nak bina content untuk naikkan follower dan juga untuk jual produk kalian.
Terus KLIK LINK INI untuk buat pembelian ya! Kemudian bina content di wall masing-masing, boleh dapat 100,000 pengikut dan mudahnya nak buat sales!
Share

8 comments

  1. nostalgia dan kenangan yang mmg tak boleh dilupakan begitu sahaja… Al-fatihah untuk tok dan opah tuan..
    انا لله وانا اليه راجعون.

    اللهم اغفر لهما و ارحمهما وعافهما و اعف عنهما وارزقهما شفاعة سيدنا وحبيبنا محمد واهل بيته الطيبين الطاهرين وادخلهما الجنة مع الأبرار.

    اللهم صل على محمد و ال محمد و عجل فرجهم.

    اعوذُ بِاللهِ منَ الشَّيطاَنِ الرّجيم.
    بِسْمِ اللهِ الرَّحمنِ الرَّحِيْم ۞
    أَلحَمدُ لِلّه رَبِّ العَالَمِين ۞ ألرَّحمَنِ الرَّحِِيم ۞ ملِكِ يَوْمِ الدِين ۞ إيّاكَ نَعبُدُ وَ إيّاكَ نَستعِين ۞ إهدِنَا الصِّرَاط المُستَقِيم ۞ صِرَاطَ الَذِينَ أنعَمتَ عَليْهِمَ، غَيْرِالمَغضُوبِ عَليْهِم وَلاَالضَّالِّين
    صدق الله العلي العظيم…
    Great Eastern Takaful Kuala Lumpur recently posted..Cara Daftar Online Akaun Takaful Bagi Pelanggan Great Eastern TakafulMy Profile

  2. Faham perasaan tuan. Sbb saya pun bila tengok rumah Melayu lama kat Perak, Melaka, Johor, terasa sedih sebab banyak yang cantik-cantik tapi reput dimakan anai-anai.

    Kita tak ada cukup duit untuk buat rumah-rumah ini jadi hotel. Jadi mat saleh sahajalah yang ada bajet untuk ambil rumah-rumah ini, pulih semula, bayar tukang kayu dan hidupkan semula jadi hotel unik. Ini tuan boleh tengok di Bonton Langkawi. Harga satu malam pun dalam RM 500.

    Dan kalau ada rumah warisan pun, tak berapa nak jadi tempat tarikan. Contohnya Rumah Penghulu Seman kat KL, tak berapa sangat orang kita jejak.

    Dan kalau ada koleksi rumah lama, macam rumah Kutai yang dikumpul kat Kompleks Sejarah Pasar Salak, pun akhirnya hanya jadi makanan angin dan anai-anai.

    Tak ada cara lain nak kekalkan warisan rumah Melayu yang cantik bernostalgia begini, melainkan ianya mendatangkan sumber duit. Dan nak jadikan ia sumber duit macam di Bonton, juga perlukan ongkos. Catch 21 kata org putih.
    Suri recently posted..Syarikat Penerbangan Malaysia Termasuk Yang Menghalang Macbook Pro DiBawa Ke KabinMy Profile

  3. Rumah binaan yang lama banyak mengekalkan seniukir dan senibina orang melayu.. sayang kalau tak dipelihara semula untuk rujukan generasi akan datang…

    kan bagus kalau ada badan yang bertanggungjawab blh bantu keluarkan peruntukan untuk memulihara semula rumah2 lama supaya senibina dan seniukir bangasa kita tak hilang ditelan zaman..
    Takaful Keluarga Terbaik recently posted..Takaful Keluarga Terbaik Pulau PinangMy Profile

Leave a Reply to Great Eastern Takaful Kuala Lumpur Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge