Terdapat lebih 70 ribu rakyat Malaysia mengerjakan umrah pada setiap tahun. Selalunya mereka pergi menggunakan pakej umrah yang dianjurkan oleh agensi pelancongan.
Adalah malang dan menyedihkan bila mengetahui bahawa tawaran pakej haji dan umrah adalah antara 12 bentuk penipuan yang paling popular di Malaysia. Rakyat Malaysia yang tertipu dengan pakej umrah ini sudah kerugian melebihi RM4.8 juta. Demikian menurut statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.
Antara taktik yang berjaya membuatkan rakyat Malaysia ditipu ialah tawaran ‘Murah dan Mudah’. Kosnya murah dan urusan pergi dan balik adalah mudah.
Selalunya jemaah mengetahui mereka telah ditipu bila;
- Tarikh penerbangan asyik ditunda.
- Agensi yang menguruskan umrah memberitahu kos mengurus jemaah tidak mencukupi dan meminta sedikit lagi bayaran.
- Terkandas di lapangan terbang atas alasan visa.
- Pejabat operasi ditutup dengan tampalan notis, ‘Premis ditutup untuk sementara waktu’.
- Talian telefon tidak berfungsi bila dihubungi.
- Ditawarkan kembalian wang tapi cek yang diterima adalah cek tendang!
Berikut adalah beberapa tip mudah yang boleh diikuti untuk mengelak daripada ditipu ketika memilih pakej umrah;
- Pilih syarikat yang berkemampuan dan berkredibilti, bukan semata-mata kerana kita kenal individu di dalam syarikat itu.
- Pilih pakej yang kurang daripada 40 orang kerana seorang individu selalunya hanya mampu mengurus 40 orang jemaah di bawahnya. Adalah tidak masuk akal seorang mutawif umrah dapat menguruskan lebih dari 40 orang jemaah.
- Buat bayaran atas nama syarikat bukan atas nama tuan punya syarikat.
- Biasanya kadar normal umrah sekarang ini ialah RM5000 ke atas. Berhati-hati bila jumlah adalah kurang daripada jumlah itu. Dan tentunya tidak masuk akal jika ia di bawah RM2500.
- Minta nasihat kawan-kawan yang pernah pergi umrah. Bagaimana pengalaman mereka diurus semasa pergi dan balik daripada umrah.
Bila agama hanya bertapak pada akal tanpa meresap dalam hati, itu yang membuatkan orang mengambil kesempatan menipu walaupun ia membabitkan urusan agama
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hassan Malek meminta jemaah yang ditipu untuk membuat aduan rasmi kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). In Sha Allah, kes akan diselesaikan tidak lebih daripada 60 hari selepas kes difailkan.
Saya berdoa pada Allah minta ‘dihantarkan’ saya pergi ke Mekah untuk buat umrah dalam tempoh terdekat. Dan berdoa minta supaya saya dan semua orang yang berhajat ke Mekah tidak ditipu lagi oleh mereka yang suka menipu ini.
Senang betul nak tipu org..
hafiz recently posted..Tips keselamatan untuk wanita
jadi kita kenalah lebih berhati-hati…
betul tu…yg menipu tu mmg mencari manusia yg teringin.ambil kesempatan…
sama2 kita lebih berhati-hati
hafizmd recently posted..Siri Kesihatan 2: 5 Cara Tingkatkan Kolesterol ‘Baik’ HDL
mudah ditipu tapi tak akan kekal lama punya.tak baik.tak bugus
suri recently posted..Kaki Gatal Gara-Gara Jobdirumah
Urusan ibadah pun nak dibuat main2. Siap boleh tipu orang lagi.
Hazmin Hamudin recently posted..Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H
kerana yang beraja dalam hati ialah wang! Bukannya tuhan…
banyak orang suka buat hal kerana duit suka pentingkan diri sendiri.
suri recently posted..Tersenyum Membuat Putu Piring Dan Putu Mayam Sendiri
setuju…nafsu jahat mengatasi segalanya
hafizmd recently posted..Siri 4:Ambil Kesempatan Atas Blogger Hebat!
Berani sungguh mengambil kesempatan menipu. 🙁
akubiomed recently posted..I AM NIKON Showcase 2013 di Mid Valley Megamall
Dia berani sebab tidak takutkan Allah..
orang buat baik pun sanggup kena tipu..apa jenis manusia macam tu!
kakiblog recently posted..Review Blog :happysus.com
Jenis tak takut neraka…
kita doakan keinsafan buat mereka!
kakiblog recently posted..Tulis Idea Dan Dapat Duit
mcma ni pun ada orang nak tipu yer..manusia ke apa ni
blogger lelaki recently posted..Peristiwa Di Bulan Muharram
Kata orang ini manusia tiada hati perut. Kata yang lain ini manusia ada Islam tapi tiada iman…
Kaki penipu memang pandai, dia gunakan perkara ibadah untuk menipu kerana ramai yang anggap takkan nak menipu dalam ibadah…perlu berhati-hati sebagai usaha untuk mengelakkannya. Tapi kalau kena juga bersabar sajalah dan kongsikan pengalaman agar orang lain terlepas dari tipudaya itu.
Mohd Shubhi recently posted..Apakah tabiat buruk yang menggagalkan hidup anda selama ini?
Betul tu…jangan senyap aje. Mungkin nama syarikat itu patut didedahkan. Dan dedahkan sekali nama penganjurnya…
setuju…barulah org ramai dpat lebih berhati2
hafizmd recently posted..Siri 4:Ambil Kesempatan Atas Blogger Hebat!
tak elok tipu orang berdosakan…duit dapat tak berkat nampak di situ Tuhan lihat sungguh berkata dia antara orang yang rugi kerna besikap begini
suri recently posted..Belajar Buat Bun, Pau dan Pizza Terus Menjadi
Amat-amat berdosa…
Ramai yg buat penipuan penyelewengan atas nama agama.
Kita jadi mudah ‘terpercaya’…
hafizmd recently posted..Siri 4:Ambil Kesempatan Atas Blogger Hebat!
Dari satu segi yang lain, itu menandakan hati kita baik dengan bersangka baik pada orang.
yang tak pergi dan sangat teruja bila ada peluang mmg mudah ditipu..berwaspada lah selalu.. thnks info yg bagus ini.
Terima kasih kembali…
kena lebih berhati-hati..ada manusia yang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan duit
puteri kasih recently posted..Perkataan Apa Yang Anda Nampak?
Mereka menganggap duit itu lebih besar dari tuhan.
Ya, zaman sekarang ni, nak buat kerja ibadah pun kena berhati-hati.
Saya hampir juga terkena. Bila tengok berita rasanya dalam bulan lepas, owner syarikat tu kena tangkap.. rasa bersyukur sangat. tapi ada member yang tak sempat ambik balik duit. Dah jadi kes polis, agak sukar nak dapatkan duit tu balik walaupun masuk kat tribunal.
Cikgu Hairul recently posted..Biarkan Orang Gila Itu
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Trip menunaikan umrah secara percuma.
ummi jual vitamin recently posted..Peluang Menunaikan Umrah Bertaraf Lima Bintang Secara Percuma