MUDAHNYA BUAT ROTI

Panduan Rahsia Mudah Uli Doh Roti

& Cara Buat Aneka Roti Semudah Langkah 1, 2, 3…

 

Ramai rakyat Malaysia suka makan roti. Sebab itu industry roti di Malaysia (juga kek) bernilai RM2 bilion pada 2004 dan sentiasa meningkat. Bayangkan nilainya pada hari ini.

Dan bayangkan bila anda pandai menguli doh roti dan buat aneka roti daripada doh itu!

Anda dapat meraih keuntungan daripada nilai RM2 bilion tersebut. Sedikit pun sudah berbaloi-baloi.

Roti adalah makanan paling banyak dimakan selepas nasi di Malaysia. Malah dikatakan rakyat Malaysia paling banyak makan roti berbanding negara Asean yang lain.

Bila anda pandai menguli doh dan buat roti dengannya, kemahiran buat roti itu pasti akan menguntungkan anda;

  1. Boleh buat roti hanya untuk makan-makan sekeluarga.
  2. Boleh dijual kecil-kecil untuk menambah pendapatan keluarga..atau
  3. Jadikan sebagai pendapatan utama dengan membuka kedai roti!

Saya percaya anda seorang yang minat buat rot sendiri. Jika tidak anda tidak akan buka dan baca halaman ini kan?

Bukan anda seorang sahaja. Banyak orang telah cuba buat roti sendiri. Banyak cabaran dan halangan yang mereka hadapi;

1# Banyak sangat resepi. Tidak tahu mana nak ikut. Bila buat, roti tidak berapa hendak menjadi.

2# Cara membuatnya remeh dan sukar diikuti. Banyak sangat ‘pantang larang’ yang kena dipatuhi.

3# Sudah banyak duit yang dibayar untuk kursus buat roti tapi belum boleh buat roti seperti yang diingini.

4# Ilmu yang dipelajari di kursus makin lama makin dilupai. Sukar pula nak mengingatinya kecuali terpaksa menghadiri kursus semula. Ini bermakna kena bayar yuran sekali lagi.

Pernahkah anda cuba buat roti sendiri. Apakah anda menghadapi cabaran dan halangan  sama dengan orang lain seperti di atas?

Kalau ya, saya minta anda banyak bersabar dan terus berusaha membuat sendiri roti walau anda menghadapi banyak cabaran dan halangan.

Anda ingin tahu kenapa saya minta anda sabar dan terus berusaha. Sebabnya kerana 2 kenyataan ini;

Kenyataan #1

 ‘Kini teknologi mempunyai cara yang lebih pintar untuk mencemari roti kita, jadi sains mendedahkan kesannya kepada kesihatan awam. Seperti mana kajian terbaru menyarankan, kita perlu memikirkan semula cara kita membuat roti.”…petikan rencana. ‘the shocking truth about bread,’ dalam akhbar British; The Independent; 29 ogos 2006.

Kenyataan #2

“92% roti dalam pasaran mengandungi bahan kimia berlebihan daripada had yang dibenarkan termasuk bahan lain yang meragukan.” …Persatuan Pengguna Pulau Pinang [CAP]

Memang mengejutkan bila mengetahui yang hanya ada 8% sahaja roti dalam pasaran yang 100% terbaik dari segi kandungan dan cara pembuatannya.

Sepanjang kita membeli roti di kedai, pastinya kita tidak tahu, apakah kita terbeli yang 92% roti atau yang 8% itu.

“Wahai sekelian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik [halalan thoyyibah] dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang lagi nyata bagi kamu,” al Baqarah;168

Walaupun pihak berkenaan menafikan kenyataan ini, kes-kes yang menyusul kemudiannya membuatkan banyak orang tidak senang duduk.

Antara kes yang dilaporkan;

[ Berus dari bulu babi yang diambil dari kedai menjual kek dan roti; Berita Harian, Isnin; 1 Disember 2008]

berus roti bulu babi

[ Kandungan bahan kimia yang tinggi dalam roti; Harian Metro, khamis; 9 Oktobor 2008 ]

roti ada melamine

Dan sebenarnya ada banyak lagi kes-kes yang dilapurkan dari masa ke semasa.

Ada 3  persoalan yang selalu ditanya tapi selalu tidak dapat dijawab dengan tepat;

1# Kenapa roti dalam pasaran tahan lama?

2# Kenapa roti itu kekal lembut dan gebu walau roti lama?

3# Kenapa roti-roti ini kekal bau dan rasanya walau sudah tamat tempoh?

Bila diselidik dalam-dalam, rupa-rupanya pengeluar roti akan melakukan banyak cara untuk memastikan roti keluaran mereka tidak keras, tidak cepat rosak, tidak cepat busuk, tidak cepat berkulat dan sebagainya bagi mengelak kerugian.

Caranya ialah dengan menambah banyak ‘bahan sampingan’ ketika proses membuat roti.

‘Bahan sampingan’ ini tidak dimasukkan dalam senarai bahan membuat roti. Pengeluar roti mentakrifkan ‘bahan sampingan’ ini sebagai ‘alat bantuan pembakaran’.

Dengan kata lain ‘bahan sampingan’ ini dikategorikan sebagai…MESIN!

Dari situasi inilah, saya berharap anda juga berusaha membuat roti sendiri. Banyak kebaikan yang anda dapat bila anda buat sendiri roti yang anda genar makan;

1# Anda dan keluarga akan terhindar dari risiko pengambilan bahan kimia yang meragukan, kerana anda sendiri yang mencampurkan semua bahannya.

2# Roti yang dibuat sendiri pastinya halal dan thoyyibah, kerana kebersihan dan kebaikan bahan-bahan itu anda sendiri yang tentukan.

3# Roti yang dibuat sendiri lebih berkat dimakan dan banyak pula pahalanya bila dimakan bersama ahli keluarga dan sahabat handai.

“Wahai orang yang beriman, makanlah daripada benda yang baik [halal] yang KAMI berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada ALLAH jika betul kamu hanya beribadah kepada-NYA,” al Baqarah; 172

Selain itu banyak faedah lain yang menguntungkan, bila anda sudah pandai dan mahir membuat roti;

1# Anda boleh menjana pendapatan sampingan bila anda jual roti yang anda buat itu,

  1. Jual pada kawan atau jiran.
  2. Letak di kantin sekolah atau kantin kilang, di restoran atau kedai makan.
  3. Jual dipasar malam.

2# Anda boleh jadi usahawan sepenuh masa dengan membuka kedai roti. Roti adalah makanan paling banyak diambil oleh rakyat Malaysia selepas nasi. Jadi pasaran bagi roti adalah pasaran yang menguntungkan, lebih-lebih lagi bila diusahakan oleh orang Melayu.

3# Kemahiran buat roti ini akan ‘membantu’ anda pada masa hadapan, pada saat-saat kecemasan seperti diberhentikan kerja contohnya atau sebagainya.

Saya amat percaya anda sudah mahu buat sendiri roti di rumah. Dalam masa yang sama saya juga percaya yang anda tertanya-tanya….senangkah buat roti?

Sebenarnya ada cara yang mudah dan senang untuk membuat roti. Cara yang mudah dan senang inilah yang saya amalkan bertahun-tahun membuat roti.

Ya, bila ada cara yang mudah membuat roti, kenapa pula hendak buat dengan cara yang susah?

Sebelum itu saya mahu kenalkan dahulu siapa diri saya.

Saya Ahmad Yani bin Bahrom Azhar. Kerjaya saya sekarang ini di samping menulis di ahmadyani.com adalah menguli dan membuat roti di sebuah kedai roti milik 100% bumiputera di tengah ibukota KL.

Dari pengalaman saya menguli roti ini, saya susun satu panduan mudah untuk memudahkan anda belajar dan jadi mahir menguli dan membentuk roti hanya di rumah tanpa perlu ikuti kursus.

Selain untuk anda, panduan ini juga khusus untuk mereka yang asyik meminta saya mengajarkan mereka menguli dan membentuk roti tetapi tidak dapat saya tunaikan.

Inilah panduan Rahsia Mudah Uli Doh Roti & Cara Buat Aneka Roti Semudah Langkah 1, 2, 3… (ebook PANDAI ULI)

PandaiUliDoh

#Ini adalah ebook. Anda perlu download ebook ini ke komputer#

Ebook ini disusun dalam beberapa bahagian atau bab untuk memudahkan anda mempelajarinya.

Bahagian #1

Anda patut tahu tentang roti yang anda suka makan. Ramai tahu makan sahaja. Mereka tidak tahu pun bagaimana roti itu dibuat dan kandungan bahan di dalamnya.

Bahagian #2

Diterangkan dengan mudah apa bahan-bahan asas untuk menguli dan membuat roti.

Bahagian #3

Diterangkah cara-cara senang untuk menguli. Selangkah demi selangkah untuk memudahkan anda faham.

Bahagian #4

Untuk menguli mestilah ada resepi. Resepi dalam ebook ini adalah resepi sama yang saya gunakan di kedai tempat saya berkhidmat.

Bahagian #5

Banyak roti yang boleh dibuat daripada doh yang siap diuli. Diberikan beberapa idea untuk membuat roti yang mudah.

Bahagian #6

Diterangkan juga proses membakarnya. Membakar roti tidaklah sesusah mana.

Dengan menggunakan panduan dalam ebook Pandai Uli ini, saya yakin, impian anda yang memiliki ebook ini untuk membuat sendiri roti akan tercapai.

Anda boleh menghasilkan ‘roti pertama’ anda sendiri kerana cara membuatnya teramatlah mudah.

Faedah yang anda dapat

Saya mahu memastikan yang bila anda melabur untuk memiliki ebook ini:…

1# Anda akan dapat resepi yang sama saya gunakan di tempat saya berkhidmat untuk menguli dan membuat roti.

2# Teknik mengulinya juga sama seperti yang saya amalkan selama bertahun-tahun. Saya terangkan selangkah demi selangkah.

3# Anda boleh buat banyak roti daripada doh yang sama. Hanya gunakan sedikit daya kreatif anda untuk menghasilkan pelbagai jenis roti dengan bermacam jenis inti yang anda suka.

4# Teknik menguli doh ini boleh anda jadikan asas untuk menguli apa-apa jenis resepi yang boleh anda dapati daripada majalah atau apa sahaja.

5# Untungnya memiliki ebook ini adalah anda boleh mengulangkaji beberapa kali yang anda inginkan. Tidak seperti kursus. Anda perlu membayar lain bila ilmu yang anda dapat di kursus itu sudah dilupai.

6# Paling penting adalah ILMU BERMANFAAT yang boleh menjadi asset diri yang mengutungkan anda sendiri nanti. Kemahiran buat roti ini mungkin akan ‘membantu’ anda pada masa akan datang.

Kos pelaburan yang perlu anda keluarkan untuk memiliki ebook ini

Berapa wang yang perlu anda keluarkan untuk belajar buat roti? RM300, RM500, RM800 atau RM1000?

Percaya atau tidak itulah harga yang dikenakan bergantung pada popularity orang yang mengajar, malah ada yang mencecah RM1500 hanya untuk sehari! Harga RM300 pun sudah mustahil pada hari ini.

Saya ada berita baik untuk anda! Tidak perlu anda keluarkan wang sebanyak itu untuk memiliki ebook Pandai Uli ini.

Selama ini banyak kali pelanggan tempat saya bekerja minta diadakan kursus namun tidak dapat dipenuhi dan kerana itu ada pelanggan yang hanya mahukan resepi dan teknik buat roti dari saya.

Bila saya beritahu yang saya tidak boleh berinya dengan percuma, mereka sanggup bayar walaupun saya minta mereka mengeluarkan belanja sebanyak RM100.

Dan sekarang melalui ebook ini ingin berikan resepi, teknik menguli dan panduan mudah buat roti  kepada sesiapa yang berminat…terutamanya anda!

Saya ada berita  gembira untuk anda.

Anda hanya perlu buat pelaburan ilmu sebanyak RM50 saja…Ya! RM50 bukan RM100

Pelaburan RM50 ini mungkin anda anggap masih mahal.

Ya, saya tidak kata ia murah! Kerana anda boleh mendapatkan buku resepi roti di pasaran dengan harga lebih murah daripada RM50. Malah kurang RM10 pun ada.

Saya tidak menjual resepi dan teknik. Saya mahu beri pada anda resepi dan teknik buat roti yang telah digunakan untuk berniaga lebih daripada 20 tahun!

Harus diingat urusniaga kek dan roti termasuk pastry di Malaysia pada tahun 2004 bernilai RM2 bilion!

Jangan tunggu lagi! Miliki ebook Panduan Rahsia Mudah Uli Doh Roti ini sekarang dan jadikan ia maklumat berharga dalam simpanan anda. Anda boleh mempelajari pada bila-bila masa dan jadikan kemahiran buat roti ini ‘aset diri’ yang akan menguntungkan anda nanti.

#Makluman sekali lagi: panduan ini adalah ebuku (ebook/electronic book) dalam format PDF. Bila ada membeli ebook ini, ia akan dikirim kepada emel anda dan anda perlu download ebook ini ke computer. Tiada buku fizikal yang akan dipos ke alamat rumah anda.

Ini caranya untuk anda memiliki ebook ini;

Langkah 1# BUAT BAYARAN RM50 KE SALAH SATU AKUAN BERIKUT:

MAYBANK; 1640 2503 2452

CIMB; 760 009 5975 (lama 1404 0009 0592 06)

Atas nama Ahmad Yani Bahrom Azhar. Jika anda menggunakan kaedah online, gunakan emel ini: ahmadyani70@gmail.com

Langkah 2# BERIKAN MAKLUMAT/BUKTI BAYARAN

Kirim maklumat seperti: jumlah bayaran, bank, masa dan tarikh bayaran atau kirim gambar resit transaksi ke:

Email: ahmadyani70@gmail.com

SMS/WhatsApp: 017 633 6897

Langkah 3# BERIKAN EMAIL dan NAMA ANDA

Berikan alamat email supaya anda dapat download ebook yang anda beli ini. Saya syorkan untuk guna Gmail atau Hotmail. Elak guna yahoo supaya link download tidak hilang.

Berikan nama anda supaya saya tahu yang saya berurusan dengan orang!

 

# Link ebook akan dihantar ke alamat email yang anda beri setelah pengesahan bayaran dibuat. Sila pastikan alamat email anda betul.

# Sila bersabar sebelum menerima link download kerana saya hanya online sebelah malam sahaja.

# Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, boleh ajukan pada ahmadyani70@gmail.com atau WhatsApp ke 017 633 689

Sebarkan Nota Ini...

56 thoughts on “MUDAHNYA BUAT ROTI

  1. emma

    Salam, En yani. saya berminat dengan produk tuan. tapi saya ingin bertanya, adakah resepi tuan menggunakan bread maker/machine atau uli tangan? ICH tu stand for ape? tq.

    Reply
      1. emma

        kalau takde bread maker, pakai uli tangan je jadi tak? saya tak cukup duit beli bread maker lagi… en yani ade suggestion bread maker yang murah dan bagus? tq

        Reply
  2. yazlin saleh

    salam !en AHMAD YANI BAHROM AZHAR saya berminat nak mendapatkan PRRX’P , ada kah en masih lagi menjualnya buat masa sekarang ni ??

    Reply
  3. jamaliah

    Salam En Ahmadyani, saya berminat dengan buku ni. Masih ada lagikah buku ni untuk dibeli dengan harga yang ditawarkan.

    Reply
  4. hjh masturana

    salam, sy telah membuat bayaran utk belian panduan ini melalui mayban2u pd 14 september 2012 jam 1056am. Slip bayaran beserta maklumat berkaitan telah saya emailkan kpd saudara lbh kurang dlm lingkungan tarikh yg sama. DUKACITANYA SEHINGGA KINI SAYA TIDAK MENERIMA SEBARANG KIRIMAN DARI SAUDARA MAHUPUN SEBARANG MAKLUMBALAS MELALUI EMAIL.

    Reply
  5. MARMIZA BINTI DARUS

    Salam En.Ahmadyani.Saya berminat utk membeli buku ini. Adakah ianya masih di jual dan berapakah harganya sekarang?

    Reply
      1. MARMIZA BINTI DARUS

        Saya akan mnghntar wang pos mngunakan pos ekspres utk memastikan ianya smpi dlm keadaan baik.Saya ingin meminta nbor talipon encik utk diisi di alamat pngirim sampul.

        Reply
  6. MARMIZA BINTI DARUS

    Salam En.Ahmadyani.Pd tarikh 21/4/2013 saya tlh pun mnghntar wang pos dgn mnggunakan sampul pos ekspress pd nama dan alamat encik Disini saya ingin memastikan samada encik tlh menerima atau blum?Kiranya tlh trima adakah encik tlh membuat kiriman buku roti itu kpd saya?

    Reply
    1. admin Post author

      Boleh. Untuk makluman ini bukan buku resepi, ini panduan teknik membuat roti. kalau semata-mata ingin buku resepi, elok beli di kedai-kedai biasa yang banyak menjual buku resepi.

      Reply
  7. Rashidah Unos

    En Ahmad, saya difahamkan kaedah dlm buku ni adalah menggunakan BM…sy tidak memiliki BM….kalau menggunakan mixer machine heavy duty tu boleh tak menggunakan teknik dlm buku ni….mohon bantuan untuk menukarkan teknik yg tidak menggunakan BM

    Reply
    1. admin Post author

      Boleh saja, cuma MMHD biasanya mesin besar, mesin besar biasanya untuk bancuhan 4kg tepung ke atas. Kalau bancuh 2kg tepung, bancuhan tidak berapa elok. Cuba ‘double’kan resepi 2kg menjadi 4kg, tapi hati dengan jumlah air. Mungkin jumlah air kurang sedikit.

      Reply
  8. Rashidah Unos

    Saya telah membuat internet bank transfer Ref#523536 sebentar tadi. Saya ada attached dlm email kpd encik Ahmad. Sila maklumkan kpd saya jika ada apa2 masalah dlm urusan TT. Terima kasih.

    Reply
  9. Hafiz osman88

    salam..encik saya dah bankin rm50…encik dah terima dah?saya akan email nama dan alamat saya sekali…

    Reply
  10. Cikchem Ruth

    Salam. En Ahmadyani, buku ni masih ada lagi ke? Saya nak beli satu. Adakah harganya masih RM50?
    Saya akan buat pembayaran secara transfer melelui Mayban2u dan emailkan bukti pembayaran
    Mohon jawapan segera drpd Encik.

    Terima kasih.

    Reply
  11. norizan bt ibrahim

    en ahmad boleh tak saya beli buku ni dgn harga rm59 lagi sekarang ni. saya berminatlah

    Reply
  12. harlina

    Assalamualaikum en yani…saya betminat nk membeli buku membuat roti..masih ada stok dan harganya masih rm50?

    Reply
      1. widawati buang

        salam…sy br trf rm50 utk dptkn buku resipi roti

        Status: Successful
        Reference number: 2068794303
        Transaction date: 08 Jul 2014
        Transaction time: 12:27:42

        Reply
  13. Niknasrul

    Assalamu’alaikum en yani,

    Boleh bagi no hp tak? Saya nak beli

    Terimakasih

    019 9761167

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge