Peluang Akhirat Dan Peluang Dunia Yang Boleh Direbut Pada Setiap Ramadan

Hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan masuk ke bulan Ramadan!

Bulan suci penuh barakah. Bulan kita di mana kita umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan penuh.

Di bulan ini, banyak peluang yang boleh kita ambil.

Peluang untuk akhirat… dan peluang untuk dunia.

Peluang untuk akhirat tu… kita sedia maklum untuk melakukan segala dan sebanyak-banyak amal yang dianjurkan setiap Ramadan. Pahalanya berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.

Dalam artikel ini, kita hanya ingin bercerita tentang peluang dunia yang ada.

===

Untuk tahun ini berbanding tahun sebelumnya, walau Covid-19 masih belum pulih, pihak kerajaan dah buat pengumuman awal yang bazar Ramadan akan dibenarkan.

Ini berita gembira buat semua peniaga bazar Ramadan yang tidak boleh berniaga tahun lepas.

Geng-geng bisnes air balang mungkin tengah sibuk cuci balang dan memastikan peralatan lain elok tersedia. Mungkin juga tengah test resepi-resepi air baru!

Tidak ketinggalan juga geng bisnes bakeri. Mungkin sudah ambil order awal dari pelanggan. Sample-sample kuih raya juga sudah mula diedarkan untuk collect tempahan.

Bahan mentah dengan segala tepung, butter dan sebagainya kena sediakan awal. Kena beli awal sebelum kehabisan stok bahan mentah di kedai peralatan kek dan roti.

[+] SAYA MAHU PANDUAN BISNES BAKERI DARI RUMAH

Geng bisnes makan dari rumah pun sama dengan geng bakeri. Mereka target pelanggan yang tidak mahu berkunjung ke bazar Ramadan dan terlalu sibuk untuk memasak sendiri. Kena order makanan dari luar.

Mereka tengah sibuk buat preparation menu-menu combo yang sesuai untuk ditawarkan kepada pelanggan untuk dijadikan juadah berbuka puasa kelak, disamping sibuk buat design & tempah packaging baru agar nampak lebih menarik.

Begitu juga supplier dan penjual bisnes tudung dan baju raya. Mungkin tengah sibuk buka pendaftaran untuk siapa-siapa yang berminat menjadi agen ataupun dropship mereka


Sesiapa yang mahu cuba buat duit lebih menjelang bulan puasa dan raya ini, boleh join program dropship mereka. Macam mana nak jual? Jual di Shopee ataupun di Lazada. Kita boleh berniaga di kedua-dua marketplace ini walau tiada produk di tangan.

===

Kalau tidak tahu….

Macam mana nak buat bisnes air balang? Macam mana nak buat bisnes bakeri dari rumah, macam mana nak buat bisnes tudung, buat bisnes makan dari rumah, menjual di shopee, lazada?

Semua itu boleh dipelajari. Masih belum terlambat. Malah semua itu bukan setakat bulan Ramadan sahaja. Bisnes tu boleh dibuat sepanjang masa. Orang makan dan minum sepanjang hidup, bukan pada bulan Ramadan sahaja.

Ada beberapa panduan lengkap berupa ebook, bagaimana untuk memulakan semua bisnes itu.

Jadi tidak ada alasan lagi sebenarnya kalau nak kata…. Tak tahu nak belajar di mana….. Nak dapatkan semua ilmu tu di mana?

Semuanya tersedia di depan mata.

Boleh klik butan di bawah untuk lihat semua panduan bisnes yang ada!

Kita doakan kepada yang sudah ada bisnes yang bisnes mereka akan mendatangkan hasil yang melimpah ruah. Kita doakan kepada mereka yang akan memulakan bisnes yang mereka akan berjaya mencapai impian mereka dalam bisnes ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge