Pengusaha Sambal Hitam Pahang Popular Di Terengganu

Saya bangga dengan perusahaan yang dibuat sahabat saya ini. Siapa yang saya maksudkan?

Tuan Mohamad Ridhuan Ghazali.

Apa yang diusahakan beliau di Terengganu sejak dua tahun lalu sekejap sahaja menjadi popular. Diminati ramai dan meluas permintaannya. Dan apa pula yang diusahakannya?

Sambal Hitam Pahang.

Sambal Hitam Pahang diperbuat daripada bahan asas utama, belimbing buluh rebus. Ditumis dengan ikan bilis, cili dan sebagainya. Dimasak begitu lama hingga hitam warnanya.

Sambal ini sempena namanya berwarna hitam dengan kombinasi rasa masam, masin, manis, lemak dan tentulah sambal itu pedas. Popular sebagai makanan pembuka selera atau penambah rasa.

Sempena namanya juga, sambal ini makanan tradisi orang Pahang khususnya di Kuala Lipis, Raub dan Jerantut.

Agensi berita Bernama memaparkan cerita tentang sahabat saya ini dalam akhbar Kosmo, Selasa 13 Jun 2017 yang lalu. Portal TerangganuTimes juga ada memuat naik kisah beliau.

Dibantu isteri dan sesekali anak-anak, Sambal Hitam Pahang yang diusahakan sahabat saya ini bukan sahaja diterima baik penduduk beberapa daerah di Terengganu, malah mendapat permintaan sampai dipos ke Jepun, Brunei, UK, Mesir dan Jordan.

Beliau banyak menggunakan medium facebook untuk menguar-uarkan Sambal Hitam Pahang yang diusahakannya ini. Kunjungi Page beliau untuk tahu lebih lanjut.

>> KLIK DI SINI untuk mengetahui 8 langkah melonjakkan jualan menggunakan Facebook Fanpage <<

Bagaimana pula orang Terengganu pandai memasak Sambal Hitam Pahang?

Tuan Mohamad Ridhuan Ghazali sebenarnya anak Pahang.

Seperti ibu bapa saya juga, kedua orang tua Tuan Mohamad Ridhuan adalah peneroka Tanah Rancangan Felda di Jerantut. Kedua orang tua saya di Felda Kota Gelanggi 2 Jerantut, sementara kedua orang tua Tuan Mohamad Ridhuan pula di Felda Sungai Retang Jerantut.

Sepanjang 80an kami sekelas di sebuah sekolah agama di Pahang. Sekarang saya di Kuala Lumpur dan beliau di Kampung Pasir Akar, Hulu Besut, Terengganu. Jadi saya mengenalinya bukan dari facebook.

Sahabat saya ini sebenarnya seorang guru j-QAF (jawi, al-Quran, Arab, Fardhu Ain). Di samping itu beliau juga memiliki tauliah untuk berceramah dan mengajar kitab di masjid dan surau.

Usaha membuat Sambal Hitam Pahang ini hanya ‘kerja’ kedua selepas mengajar.

Memang bila ada kemahuan dan perancangan yang bagus, usaha kedua akan mendatangkan hasil yang bagus tanpa mengabaikan kerja pertama yang utama. Usaha kedua ini boleh buat di rumah sahaja.

Tuan Mohamad Ridhuan Ghazali memilih Sambal Hitam Pahang yang sedap menyelerakan sebagai usaha kedua. InShaAllah, beliau dalam perancangan mahu menggunakan Belimbing Buluh untuk menghasilkan produk-produk lain di masa hadapan seperti cuka belimbing, acar, halwa, jeruk, sos pencicah dan lain-lain.

Mereka yang lain boleh mengusahakan apa yang menjadi minat atau dia pakar dengannya. Seperti membuat roti atau kek di dapur rumah dan menjual pada jiran satu kampung atau satu taman.

Usaha ini boleh dilakuan secara sambilan sahaja. Atau seperti yang dikatakan, sebagai usaha atau kerja kedua tanpa mengabaikan kerja pertama (utama).

>> KLIK DI SINI untuk belajar bagaimana mengusahakan bakery hanya di dapur rumah dan raih pendapatan lumayan <<

Saya doakan usaha sahabat saya ini terus berkembang di masa hadapan. Dan setiap perancangan beliau berjaya.

Share

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge