Penjual Burger Bergaji RM10 Ribu sebulan!

Percaya atau tidak yang pendapatan penjual burger boleh mencecah RM10 ribu sebulan?

Wow! Betul ke?

Kalau bekerja sebagai pegawai kerajaan, jawatan apa yang gajinya mencecah RM10 ribu sebulan. Dan kalau bekerja di sektor swasta pula, apa tugas yang melayakkan seseorang mendapat gaji RM10 ribu sebulan?

Normal kalau ramai tidak mempercayainya. Normal kalau ramai orang suka makan burger, baik burger di premis makanan segera seperti McD atau hanya di tepi jalan.

Tapi hampir mustahil orang percaya penjual burger, gajinya boleh cecah RM10 ribu sebulan.

Mustahil pekerja McD, gajinya setinggi itu dan tiada siapa percaya penjual burger tepi jalan boleh mendapat RM10 ribu. Mereka hanya datang membeli, dalam masa yang sama memandang sebelah mata sahaja kepada penjual burger.

Sesekali bila membeli burger tepi jalan, tanyakan berapa purata jualan mereka sehari dan kira dengan harga burger yang dijual.

Satu gerai burger di hadapan sebuah bangunan pejabat dapat menjual habis purata 200 biji burger sehari dengan harga RM3. Dulu harga ini mahal, kerana harga biasa adalah RM2.50 sahaja. Sekarang RM3 adalah harga biasa. Malah boleh dikatakan murah. Biasa harga murah sekarang adalah RM3.50.

Ini kiraan mudah.

Harga 1 burger daging – RM3.00

Kos burger +- = RM1.00

Untung = RM2.00

Jadi 200 biji x RM2 = RM400 sehari.

Kalau sebulan = RM400 x 30 = RM12000. Jadi 12 ribu bukan 10 ribu. Kalau gerai mereka di kawasan lebih ramai orang, bayangkan purata jumlah jualan mereka.

Jadi dara-dara bujang tu, jangan pandang sebelah mata abang penjual burger. Mereka kelihatan selekeh tapi poket tebal.

Orang lihat meniaga burger seperti ini macam tidak ada untung, tetapi apa yang saya boleh cakap, cubalah berniaga, kata Mior Asyraf Hizaq Zulkefli.

Siapa Mior Asyraf Hizaq Zulkefli ini? Cerita sensasinya mendapat RM12,000 sebulan dengan menjual burger memang memberi inspirasi.

Apa yang membuatkan seorang penjual burger mendapat RM10-12 ribu sebulan sedangkan yang lain hanya cukup-cukup makan sahaja?

Ada 3 perbezaan nyata yang boleh kita perhatikan pada penjual burger

#1 Tahap masak daging

Memasak daging bukan sekadar letak daging atas kuali. Bolak balik dua tiga kali, sudah siap.

Daging yang tidak konsisten cara masaknya, hari ini kita beli dagingnya separuh masak. Besok pula terlebih garing. Selepas itu memang tidak akan datang beli lagi.

#2 Rasa tersendiri

Perasa yang biasa peniaga burger gunakan untuk memberi rasa pada daging adalah perasa jenama Maggi. Ada yang buat sendiri guna resepi rahsia sendiri.

Daging yang dibuat sendiri boleh ditambah rasa dengan rempah ratus pelbagai. Mahal sedikit tidak mengapa. Asalkan sedap, akan dicari dan dibeli berulang kali.

#3 Extra servis

Jualan burger yang boleh mencecah lebih RM10 ribu sebulan tentunya bukan burger biasa yang hanya roti dilapik daging, sos cili, sedikit timun, bawang dan tomato. Itu pun sudah cukup baik, ada yang hanya daging dan sos sahaja.

Peniaga burger yang dapat menjual 200 burger sehari akan buat tambahan coleslaw, sos lada hitam, jeruk timun atau bawang goreng karemel dan salad. Mereka memberi lebih untuk pelanggan.

Perkara extra inilah yang tidak ramai peniaga burger membuatnya. Dan peniaga yang ikhlas memberi extra servis ini akan diserbu pelanggan. Tidak hairan jika jualan boleh mencapai 200 sehari.

Seperti kata Dato’ Chef Li, penulis buku Jutawan Senyap, faktor kecil sebegini sebenarnya memainkan peranan untuk menarik pelanggan. Beliau juga kerap sarankan, lebih baik buat daging burger kita sendiri. Yang boleh ditambah banyak extra di dalamnya. Lebih sedap. Lebih digemari pelanggan.

chef li jutawan senyap

Beliau memiliki lebih 20 stall burger yang kini diuruskan oleh anak beliau. Dan tentunya ada bisnes yang lain.

Anak Dato’ Chef Li ini, iaitu Aqif ada buat satu panduan untuk mereka yang nak buka stall burger ini. Panduan ini padat dengan ilmu kerana mereka memang tidak lokek dengan ilmu.

Kalau berminat cara nak buat bisnes 5 angka dengan burger, sangat sarankan

DOWNLOAD DI SINI SEKARANG JUGA!

Klik link di atas. Panduan ini dalam bentuk ebook. Bonus resepi buat daging burger patty pun diberikan juga. Ada bonus lain.

Anda boleh cakap…nak buat bisnes burger pun kena berguru? Nak kena panduan tu panduan ni?

Apa anda cakap itu betul. Tapi alang-alang bisnes, biarlah bisnes yang betul-betul boleh mengkayakan kita. Bukan sekadar menambah duit poket sahaja.

Dalam Islam, kita dituntut untuk berguru. Mahu dunia perlukan ilmu. Mahu akhirat pun juga dengan ilmu. Ada beza hasil ilmu dengan berguru dan tanpa guru.

Antara beza yang nyata, bisnes tanpa guru hanya boleh menambah duit poket. Sedangkan bisnes dengan berguru boleh mengkayakan kita, boleh menjadikan kita jutawan!

Kalau serius mahu buat bisnes burger, tambah ilmu berkenaan bisnes burger ini.

DOWNLOAD DI SINI SEKARANG JUGA!

Tidak rugi dapatkan ilmu dari guru yang betul.

Share

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge