Perjalanan Politik TunM dan DSAI Pada Pandangan Ustaz Ashaari Muhammad.

Ustaz Ashaari Muhammad dikenali ramai kerana Al Arqam. Beliau bersama beberapa rakan mengasaskan Al Arqam dan dipilih sebagai pemimpin utama. Dan kekal sebagai pemimpin utama sehingga akhir kehidupan beliau.

Al Arqam yang beliau asaskan, memberi tumpuan kepada tiga keutamaan. Satunya – pendidikan/sekolah. Duanya – dakwah. Tiganya – ekonomi. Ketiga-tiganya berjalan serentak dengan jayanya.

Namun antara ketiganya, pendidikan/sekolah melalui Yayasan Al Arqam paling diambil berat. Kerana melalui pendidikan/sekolah, pelapis akan dilahirkan untuk meneruskan kerja-kerja dakwah dan ekonomi ummah.

Dan Al Arqam menjadi fenomena global.

Walau Ustaz Ashaari memberi tumpuan kepada dakwah, pendidikan/sekolah dan ekonomi. Sesekali beliau menjentik sedikit hal-hal pentadbiran negara Malaysia dan mengusik sedikit hal-hal politik!

Bila Ustaz Ashaari menjentik dan mengusik, sedikit sebanyak ia menimbulkan reaksi awam.

Ada sekali Malaysia menjadi ‘kecoh’ sekejap bila Ustaz Ashaari pernah menyarankan supaya JAKIM diserahkan kepada Al Arqam.

Bila JAKIM diserahkan kepada Al Arqam, Ustaz Ashaari akan memastikan kerja-kerja agama yang dipikul oleh JAKIM akan dilaksanakan oleh ahli-ahli Al Arqam tanpa mengira waktu pejabat dan kerajaan tidak perlu bayar gaji!

Namun kerajaan lebih suka JAKIM diurus mengikut waktu pejabat dan staff di bayar gaji

Ustaz Ashaari juga pernah dianggap ‘orang gila’ kerana mengulas perjalanan politik, dua tokoh terkenal di Malaysia. Tapi yang ini tidak mengecohkan Malaysia kerana ia tidak diucap secara umum.

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (ketika itu belum Tun) pernah diberitahu akan menjadi individu yang akan menguburkan gabungan parti terbesar di Malaysia sekaligus menjatuhkan pentadbiran kerajaan.

Memang kata-kata yang gila! Kerana Dr Mahathir ketika itu berada dipuncak sebagai PM dan Pengerusi BN.

Ustaz Ashaari tidak melihat realiti kata-katanya. Setelah lama dia meninggal, kata-katanya benar. Tun Mahathir mengetuai PH untuk mengucar-ngacirkan BN. Walau tidak terkubur sepenuhnya tapi Tun Mahathir berjaya menjatuhkan kerajaan BN yang pernah dikuasainya.

Malah untuk kali kedua menjatuhkan kerajaan PH yang sedang dipimpinnya!

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pernah diberitahu tidak akan berjaya menjadi PM. Dan ditambah dengan nada keras sedikit. Tidak walau untuk sehari!

Ini pun kata-kata yang gila! Kerana DSAI ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri. Selangkah sahaja lagi untuk menjadi PM.

Tidak seperti TunM, Ustaz Ashaari dapat melihat realiti kata-katanya. Ustaz Ashaari masih hidup ketika DSAI dilucutkan jawatan TPM oleh TunM sekaligus menguburkan peluang untuk menjadi PM.

Namun perjalanan politik DSAI masih panjang dan beliau sedang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sama ada kata-kata Ustaz Ashaari itu benar yang DSAI tidak akan berjaya menjadi PM belum dibuktikan lagi. Apa yang pasti, usahanya kerap kali tersekat.

Mereka yang tidak suka Ustaz Ashaari menganggap kata-katanya sebagai ‘bomoh ramalan’ yang dibantu syaitan. Sedang pada mereka yang menjadikannya sebagai Mursyid, menganggap kata-katanya sebagai firasat orang alim.

Hanya Allah yang mengetahui dan Dialah yang berkuasa atas segala sesuatu.

Aku meraikan kesamaan dengan tokoh yang dianggap kontoversi ini. Kami lahir pada tarikh yang sama.

30hb Oktober… aku Ahmad Yani Bin Bahrom Azhar lahir. Dan pada 30hb Oktober juga lahirnya Ustaz Ashaari Muhammad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge