Perkara Yang Pasti Tiada Moga Lagi.

Prakata buku-buku agama baik daripada penerbit, penterjemah atau penulis akan dimulakan dengan segala puji bagi Allah, pemilik seluruh alam dan selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan seluruh pengikut yang ikhlas sehingga hari kiamat.

Bagaimanapun, ada sesetengahnya iaitu puji dan selawat ini ditulis (sengaja atau tidak disengajakan?) dengan cara yang tidak betul. Kalau saya salah dalam hal ini, mohon betulkan.

Ia ditulis begini…segala puji bagi Allah…..dan seterusnya. Semoga selawat dan salam dicurahkan kepada Nabi Muhammad……..dan seterusnya. Di mana salahnya?

Salahnya pada bahagian selawat. Kenapa mesti ada semoga?

Semoga itu sesuatu yang tidak pasti. Yang serba mungkin. Mungkin Ya dan mungkin Tidak! Mungkin Ada dan mungkin Tiada! Mungkin Diberi dan mungkin Tidak Diberi! Dan serba mungkin yang lain.

Semoga ini seperti kita berharap bahawa Allah akan berselawat kepada Nabi Muhammad, jangan tidak berselawat pula! Semoga ini seperti ada masa Allah berselawat kepada Nabi Muhammad dan ada masanya tidak!

Allah berfirman dalam surah ke 33 al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud; “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat berselawat kepada Nabi (Muhammad). Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya dan ucapkanlah salam dengan sempurna.”

Sesungguhnya di sini adalah pasti! Tiada mungkin-mungkin lagi. Kerana itu tiada sebab untuk kita mengharapkan Allah untuk berselawat kepada nabi kerana sesungguhnya sudah pasti Allah berselawat kepada nabi bersama seluruh malaikatnya dan kita diperintah untuk berselawat sama.

Sekiranya ada khilaf dalam cara menulis, ia perlu diperbetulkan. Sekiranya disengajakan, wajib insaf.

Allah menyeru orang-orang yang beriman untuk berselawat kepada nabi. Kenapa Allah tidak menyeru kepada orang-orang Islam? Kerana hanya orang beriman yang akan menurut perintah Allah, orang Islam belum tentu lagi.

Jadilah kita orang yang beriman dengan memperbanyakkan selawat kepada Nabi Muhammad. Belilah satu buku himpunan selawat. Baca semua selawat yang dicatat dalam buku itu dan pilih satu selawat yang ‘serasi’ dengan diri kita, yang bila kita bacanya hati kita rasa tenang.

Jadikan selawat itu sebagai zikir seharian.

Share

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge