Prinsip 10 Saat

Apa yang dimaksudkan dengan prinsip 10 saat? Prinsip 10 saat ialah prinsip yang ‘wajib’ diikuti ketika kita melayari internet dengan apa tujuan sekali pun.

Prinsip ini telah diberitahu oleh Aaron Ikram Mokhtar, penceramah IT dan juga Eksekutif Senior Jabatan Outreach CyberSecurity Malaysia kepada warga kerja syarikat penerbitan Karangkraf.

Beliau memberitahu sebelum menekan Send email, sebelum upload apa-apa gambar, sebelum menekan butang Share atau Publish. Sebelum menekan OK atau Enter. Dan sebelum berbuat apa-apa pun dengan menggunakan internet, gunakan 10 saat sebelum itu untuk memikirkan perkara ini;

  1. Adakah apa yang hendak aku buat ini dibenarkan oleh agama atau agama menegahnya?
  2. Apa yang hendak aku terbitkan ini melanggar undang-undang atau pun tidak?
  3. Apa yang hendak aku letakkan dalam internet ini bertentangan dengan etika moral budaya masyarakat atau boleh diterima?
  4. Bila aku terbitkan ini ke dalam internet, adakah ia menaikkan martabat diri aku atau ia akan menjatuhkan maruah aku?

10 saat bukannya lama. Namun 10 saat itulah yang menentukan internet itu adalah ‘syurga’ bagi semua orang atau ia adalah lubuk ‘neraka’.

Internet sudah menjadi budaya hidup bagi banyak orang di Malaysia. Mereka tidak boleh hidup tanpa internet. Internet sudah menjadi keperluan hidup sama seperti manusia perlukan rumah sebagai tempat tinggal.

Semua orang patut sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam memastikan keselamatan dunia internet seperti kita sentiasa berjaga-jaga agar rumah kita selamat untuk didiami.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge