Ramadhan Dan Bonus Pahala

Ramadhan datang bukan dengan senyap sepi. Ramadhan datang membawa perutusan ini,..

“Aku datang membawa kurniaan Allah. Marilah ambil kurniaan tuhan kamu ini. Sesungguhnya Allah amat pemurah untuk memberikan Kurniaan yang tidak terhitung oleh kamu. Hanya orang yang berusaha mendapatkannya, akan memperolehinya. Amatlah rugi pada orang yang tidak mengendahkan kurniaan Allah ini.”

Ramadhan adalah peluang yang diberi pada kita untuk mendapat bonus pahala. Setiap amalan yang dibuat pada bulan ini akan digandakan pahalanya dengan gandaan yang tidak terhitung berbanding dengan bulan lain.

Rebutlah apa yang Allah ingin beri pada bulan ramadhan ini. Seperti yang selalu disebut oleh ustaz-ustaz kita, “ramadhan akan datang belum pasti kita temui. Ini mungkin ramadhan terakhir.”

Saya rasa belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada sesiapa yang berkunjung ke blog ini.

Share

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge