Reunion Kali kedua Sahabat Sekelas Dunia Akhirat Thanawi Kg Sempadan Di Kuching Sarawak Mengukuhkan Ikatan Ukhwah

Alhamdulillah. Pertemuan ini berjaya dan berjalan dengan lancar.

Kami sahabat sekelas, Azmi Ashaari, DS Ali Sodikin Samah, Baharuddin Ahmad, Hashim Taib, Muhammad Tajri Ahmad, Mohammad Ridhuan Ghazali, Faisal Elias, Pauzi Hashim, Ahmad Shamsul Ahmad, Ali Ibrahim, Jamaluddin Md Ali, Mazlan Abd Adzis, Ahmad Yani Bahrom Azhar, Mohd Nawi Abu Bakar, Samsuddin Dahroji dan Abdul Muis…

…dapat berkumpul dan berjumpa tahun ini pada 16-17 November 2019 di Kuching Sarawak.

perjumpaan sekelas di sarawak

Setelah perjumpaan pertama 17 Desember 2014 di Restoran Al Rawsha, Kg Pandan Kuala Lumpur, kami ada merancang perjumpan tahunan.

Masing-masing kini ada komitmen dan tangungjawab yang perlu dipikul. Perjumpaan serentak bersama pasti akan menjadi sukar.

Sebab itu walau ada merancang untuk perjumpaan di tempat terdekat, tetap  tidak berjaya (di KL tentunya kerana berada di tengah).

Tetapi perancangan untuk berjumpa di tempat yang jauh, berjaya pula.

Ustaz Azmi Ashaari mendesak sahabat-sahabat datang ke Sarawak. Beliau mahu menjadi tuan rumah. Desakannya berjaya! Kami datang ke Sarawak.

Ya, tidak semua dapat hadir. Yang hadir pada pertemuan pertama…

… Dr Fauzi Azmi, Ghazali Akbar, Saidi Hamzah, Zainal Salleh, Jamaluddin Saad, Ahmad Razak Ibrahim, Rahmat Shafie, Azman tidak dapat hadir kali ini.

Termasuk yang sudah lama tidak ketemu, Hazwari, Idris Muhammad, Nasaruddin Ahmad, Wan Hadli, Amiruddin, Saifullah dan Safwan Hj Salleh

Begitu pun… Alhamdulillah. Separuh yang hadir gembira kerana dapat mengukuhkan ikatan ukhwah silaturrahim dan tali persahabatan.

Kita punya ramai kawan, sahabat juga mungkin ramai.

Namun perjumpaan dengan sahabat yang belajar semeja,  tidur sebantal, makan sedulang dan mandi se’kolah’ bersama-sama selama bertahun-tahun, tidak akan sama perasaannya bila berjumpa kawan dan sahabat sekadar kenal lama.

(#Pada yang tidak faham, jangan bertanya apa maksud belajar semeja, tidur sebantal, makan sedulang dan mandi se’kolah’. Yang faham akan terkenang-kenang kisah silam)

Perjumpaan ini tiada acara khusus. Tidak lama pun.Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada pagi Sabtu dan balik dari Kuching pada malam Isnin.

Cumanya malam Ahad itu ada program khas yang diatur.

Ustaz Azmi Ashaari lama menetap di Sarawak. Sudah menjadi orang Sarawak. Hasil pergaulan dan kenalan yang luas, beliau dan penduduk setempat mengatur Program Forum Perdana Ehwal Islam (Rasulullah Idola Sepanjang Zaman) sempena Majlis Sambutan Kelahiran Rasulullah (selawat atasnya).

forum perdana ehwal islam kg rampangi sarawak

Program diadakan di Masjid Darus Salam, Kampung Rampangi Fasa 1, Kuching Sarawak. Moderatornya, Ustaz Hj Azmi Ashaari sendiri. Sementara panel 1 dan 2, adalah Ustaz Hj Mohammad Ridhuan Ghazali dan Ustaz Hj Hashim Taib.

Setelah kami tamat belajar agama sekelas di Kampung Sempadan, mereka bertiga antara yang komitmen menyambung dan menuntut ilmu . Kini berusaha menyumbang kepada perkembangan ilmu di kalangan msyarakat.

Kami bangga kerana di antara kami, selain Azmi Ashaari, Mohammad Ridhuan Ghazali dan Hashim Taib, yang lainnya ada yang ilmuan dan terkenal di kalangan masyarakat.

majlis maulid rasul kg rampangi sarawak

sambutan majlis maulid rasul kg rampangi fasa 1 sarawak

Selain program forum, tiada acara khas yang khusus.

Datang ke Sarawak hanya ingin berjumpa-jumpa sahabat.

Kami sekadar makan-makan, berjalan-jalan dan berbelanja sedikit di Pasar Serikin, Jalan Little India dan mencari bekalan pulang di Mira Cake House (kek lapis) dan Terubuk di Pasar Satok.

Pertemuan yang singkat tapi penuh makna. Mengenang kisah-kisah lama dan berkongsi perkembangan hidup semasa.

Tiada rancangan tetap untuk pertemuan seterusnya. Namun keinginan untuk bertemu lagi beramai-ramai tetap ada. Mungkin kekal sesama kami atau mungkin juga pertemuan akan datang bersama keluarga.

(#Seorang dua yang dekat boleh bertemu selalu. Bertemu ramai-ramai itulah  tidak tentu bilanya)

Kepada Ustaz Azmi Ashaari yang bertindak sebagai tuan rumah, kami ucapkan Jazallahu Khairan. Ribuan terima kasih kerana melayani sahabat-sahabat lain seperti keluarga. Tiada kata melainkan kami serahkan kepada Allah membalasnya.

Juga kepada DS Ali Sodokin yang menjayakan rancangan dan menjadi ketua rombongan. Dan sahabat-sahabat lain yang dapat hadir dalam pertemuan ini.

Pertemuan ini bukan akhir. Selagi hidup ada masanya kita berkumpul dan bertemu lagi.

reunion sahabat dunia akhirat di sarawak

(#Nak tengok gambar-gambar, pergi ke wall FB sahabat-sahabat yang namanya disebut terutama wall Ustaz Haji Azmi Ashaari)

 

 

 

 

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge