Roti John di Pasar Ramadhan; Apa Rasanya?

Ada sesiapa yang boleh beritahu saya apa rasanya Roti John? Sedapkah?

Sudah tentu sedap. Sebab itu orang beratur membelinya di pasar ramadhan. Peniaga yang menjualnya akan mengira untung sahaja sebaik jualan tamat kerana jualan banyak laku.

Sudah lama saya teringin makan Roti John. Setiapa kali melintas gerai menjual Roti John saya akan menjeling terliur. Hati membuak mahu rasa. Ingin membelinya untuk buka puasa. Saya mahu tanya sekali lagi, apa rasa Roti John. Sedapkah?

Tuan pembaca tentu hairan kenapa saya bertanya begitu. Kenapa tidak beli dan rasa! Kenapa harus bertanya pada orang?

Saya mahu beli dan rasa, namun ada sesuatu yang menghalangnya. Semua gerai menjual Roti John yang saya kunjungi tidak membasuh satu bahan membuat Roti John yang sepatutnya dibasuh…telor ayam!

p.s# sebenarnya banyak makanan di pasar ramadhan yang menggunakan telor ayam yang tidak dibasuh seperti murtabak.  Menurut ilmu yang saya tahu, telor ayam mesti dibasuh sebelum diguna kerana ia diseliputi najis bila ayam bertelur walaupun telor itu kelihatan bersih.

Saya tidak sanggup makan makanan yang menggunakan telor yang tidak dibasuh yang jelas di mata. Yang tidak jelas itu, kita boleh mengambil sikap berbaik sangka.

Share

7 comments

  • Tuan, sebenarnya masih ramai lagi tidak tahu dan tidak peka mengenai hal najis pada telur ayam.

    • Sijil halal tidak akan diberi jika telor ayam tidak dibasuh. Namun di pasar ramadhan hal ini tidak diambil berat. Ini amat menyedihkan.

  • Assalamu’laikum Tuan.

    Kita memiliki prinsip yang sama. Ada 1 kedai makan yang sehingga sekarang tidak saya kunjunginya lagi. Hal ini kerana kedai itu tidak membasuh telur di dalam masakannya.

    Saya berharap artikel ini akan memberi kesedaran kepada semua. 🙂

    • Umat Islam selalunya hanya fikirkan soal babi dan arak dalam makanan. Soal telor ayam dibasuh dianggap perkara kecil, sedangkan soal basuh telor ini ada disebut dalam hukum fekah.

  • emm..sebab tu dah tak makan sangat roti john. Baik makan kebab..harga kebab lagi murah dari roti johnn..kebab dapat daging..roti john just telur dengan daging ciput aje..

  • Memandangkan roti john = sejenis makanan, so ia agak subjektif. Ada yg kawe suka dan ada yg kureeeng sikit. Generally, mmg sedap kalu cukup ramuan. Kalu yg bajet punya tu, adakalanya lain sikit rasanya….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge