Safa Bakery & Café Masuk RASA April 2015

Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bangunan Medan Mara, aroma bau roti yang sedang dibakar sungguh menarik perhatian. Hmmm…harum dan enak!

Kaki melangkah laju mencari lokasi datangnya bau tersebut. Sampai sahaja di depan kedai, mata terus terpaut pada pelbagai jenis roti yang tersusun rapi di atas rak pameran. Bukan hanya roti terdapat di sini malah kek, biskut dan pasta turut ditawarkan kepada pelanggan.

Lebih istimewa lagi, kedai ini adalah seratus peratus milik Bumiputera dan produknya dijamin halal. Oleh itu, bagi penggemar-penggemar kek dan pastry, khususnya yang beragama Islam, tidak perlu lagi berasa was-was. Nak cuba? Jangan lupa untuk berkunjung ke bakeri ini. Pasti memenuhi cita rasa anda.

kedai roti bumiputera

Lokasi: Safa Bakery & Café, lot 1-12, Tingkat Bawah Medan Mara, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
Waktu Urus Niaga: Isnin – Jumaat; 8.00 pagi – 6.30 petang / Sabtu; 9.00 pagi – 4.00 petang

Keistimewaan di Safa Bakery & Café;

1# Diusahakan 100% oleh pekerja Islam dan dimiliki oleh usahawan Bumiputera.

2# Produk yang dikeluarkan adalah resepi air tangan pemilik bakeri sendiri.

3# Roti disediakan oleh chef yang berpengalaman secara segar pada setiap hari.

4# Menjual pelbagai jenis roti, kek, biskut, pizza, pasta, pencuci mulut dan kerepek.

5# Bersedia menerima tempahan kek untuk pelbagai acara dan majlis.

6# Mengeluarkan produk yang berkualiti secara konsistan.

7# Harga produk yang dijual adalah berpatutan.

8# Mendapat pensijilan halal dari JAKIM

Dapatkan majalah RASA April 2015 di pasaran.

Klik Di Sini Untuk dapatkan…RAHSIA BAGAIMANA MENDAPAT PENDAPATAN 5 ANGKA SEBULAN DENGAN BISNES BURGER

Share

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge