Kita sudah berada pada pertengahan Ramadan. Sedikit hari lagi Aidilfitri akan menjelma.
Hari raya tanpa biskut raya, memang tidak sah! Mahu tidak mahu mesti ada sejenis dua biskut raya atas meja untuk dihidangkan kepada tetamu. Pelengkap kepada ketupat rendang atau makanan lain.
Hari raya Eidul Fitri 2018 ini, jika tuan puan perlukan biskut untuk memeriahkan raya… boleh dapatkan dari Safa Bakery & Café.
Macam-macam biskut ada di Safa. Tart Nenas, Tart Kurma, Ma’amor, Almond dan lainnya….dan semuanya dibuat dengan tangan.
Safa Bakery tidak membuat biskut banyak secara industry sebulan dua sebelum Ramadan dan menjual secara lambak sepanjang Ramadan.
Safa Bakery & Café hanya mula membuat biskut-biskut untuk jualan Ramadan seminggu sebelum puasa. Terus menerus dibuat sepanjang Ramadan sehingga 3-4 hari sebelum akhir Ramadan.
Jadi tuan puan yang mendapatkan biskut di Safa Bakery sepanjang Ramadan akan memperoleh biskut yang ‘fresh’ untuk hari raya nanti.
Biskut-biskut yang dibeli di Safa sepanjang bulan Ramadan ini tahan selama 3 bulan. Jadi biskut yang dibeli hanya berusia baru seminggu dua dan InShaAllah tahan untuk kegunaan Raya Eidhul Adha nanti….kalau belum dibuka.
Kalau sudah dibuka penutupnya, kena habiskan cepat. Ia tidak akan tahan lama (biskut-biskut ini tiada ubat tahan lama).
Semua biskut di Safa ada jaminan pulangan.
Kalau biskut dibeli mempunyai masalah, kurang masak ke, apa ke…maklumlah buat secara manual, jadi mungkin ada perkara yang terlepas pandang… maka boleh dipulangkan untuk penukaran atau kembalian wang.
Premis Safa adalah tetap bukan gerai bermusim, jadi tiada masalah untuk datang ke Safa. Berbanding bila membeli di gerai bermusim, jika biskut yang dibeli ada masalah, memang bermasalah lah mahu pulangkan semula sebab gerainya sudah tidak ada!
Sepanjang Ramadan Premis Safa dibuka setiap hari bekerja termasuk Sabtu dan Ahad.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
# Puan Sarifah Bikan [+] 013 333 6507
# Puan Siti Fatimah [+] 013 300 6429
Atau boleh terus datang ke Safa di alamat berikut:
# Safa Bakery & Café. Lot 1-12, GF Medan Mara, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.
semoga bisnes mereka sangat maju dan membantu para pengguna untuk mendapat biskut yang amat berkualiti..
memang terbaik dan jaminan kepuasan pelanggan
mrhanafi recently posted..Pengalaman Naik Twin Otter Ke Mukah
Beruntung orang KL.. dapat beli biskut raya yg fresh..
anuar recently posted..Combo Ebook Kewangan & Hartanah pada harga RM30 sahaja!!
kalau dekat, nak gak pegi kedai bakery nih.
hoho..
ini pun tak larat dah dok teman bini shopping.
titan recently posted..History Maker.
Alhamdulillah Ramadhan ini berjaya membantu seorang lagi pengusaha biskut raya dengan merekacipta logo sticker untuk perniagaan mereka.
AhmadiKatu recently posted..Meraba Dalam Kegelapan – Kebaikan Atau Kejahatan Yang Dicari
ramai yang dah start belu kuih raya. ada plak yang tunggu hujung2 ramadan. lebih murah katanya
nikkhazami recently posted..9 Cara Untuk Elak Biskut Jadi Lemau