Saloma Link Yang Cantik Jadi Tumpuan Ramai Dan Menjadi Mercu Tanda Terkini Kampung Baru

Sesudah 13 hari dibuka, hari ini baru datang niat untuk jalan-jalan dan menengok Saloma Link yang juga dikenali sebagai Pintasan Saloma.

Malu pula rasanya. Benda ada depan mata tapi tidak bersegera meninjau. Ah, apa hendak dikisah lambat atau cepat, ia ada di situ. Tidak berubah ke mana-mana.

Jejantas pejalan kaki yang dijenamakan dengan nama Saloma Link atau Pintasan Saloma ini menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 di sebelah Kampung Baru dengan Jalan Saloma dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Untuk mudah datang ke sini, berhenti di Stesen LRT Kampung Baru. Saloma Link hanya berdekatan dengannya.

sejarah saloma link

Ada lif dan tangga bertingkat untuk naik ke atas dari arah Kampung Baru. Dari arah sebelah KLCC pula, laluan naik dan turunnya landai.

Terdapat pelantar peninjau di pintu masuk lif yang agak luas. Pelantar ini memang sengaja direka dan dibina disebelah Kampung Baru supaya orang ramai boleh bergambar cantik dengan latar belakang Saloma Link dan KLCC.

fakta pintasan saloma

Saloma link dibina merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Hulu Klang (AKLEH) dengan kos RM31 juta. Pembinaannya bermula pada 2 April 1918 dan siap pada 31 Januari 2020. Ia dibuka kepada orang ramai pada 5 Februari 2020.

Pada seimbas pandangan, Saloma Link atau Pintasan Saloma ini adalah binaan yang mudah.

Sedangkan yang sebenarnya, ia binaan sukar kerana ia perlu dibina tanpa menutup Lebuhraya AKLEH. Juga kerana terdapat laluan terowong LRT berdekatan, saluran gas dan sebagainya.

pintasan saloma dibuka

Reka bentuknya mengambil elemen sirih junjung. Laluan lurusnya ke arah Kampung Baru bertepatan dengan arah kiblat. Tapi jangan pula kalian hampar sejadah dan solat di sini.

Bumbung Saloma Link yang kelok melengkung, terdiri daripada 4,100 panel pasad berlian yang dilengkapi lampu LED untuk menjadikan pencahayaannya unik pada watu malam. Cahayanya berwarna warni.

jejantas saloma

Sebab itu, bila ada kesempatan, datanglah waktu malam. Melihat gambar-gambar yang orang naikkan dalam media sosial, Saloma Link lebih cantik dipandang waktu malam.

fakta lengkap saloma link

Saloma Link atau Pintasan Saloma bukan hanya menceriakan Kampung Baru dan warganya, ia turut menjadi mencu tanda terkini Kuala Lumpur.

===

Mungkin anda perlukan ini:

Klik > > > Belajar bagaimana cara berniaga online produk fizikal di Shopee dengan betul sehingga mampu menjana sale 4 angka seminggu!

3 comments

    1. Petang-petang memang penuh orang tangkap gambar. Remang-remang petang menunggu gelap, lampu baru dibuka. Memang cantik pemandangan. Berbeza ketika lampu dibuka penuh ketika gelap betul.

Leave a Reply to Suri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge