Kakanda saya Nazimah Bahrom Azhar gembira menyambut dua menantu lelaki sekaligus. Kedua-duanya sah menjadi suami kepada anak kembar perempuan. Dua di atas kembar lelaki. Dan tiga di bawah kembar juga lelaki. Hanya mereka perempuan kembar dua.

Tanggal 14hb November 2015 adalah hari yang bersejarah kepada kakanda saya Nazimah dan suaminya Kanda Nordin Jamaluddin dan tentunya kegembiraan lebih kepada kembar dua anakanda saudara saya Nor Fazlini dan Nor Fazlina.

Kanda Nazimah menyambung takdir bonda saya yang punya anak kembar. Adinda perempuan saya yang lain tiada anak kembar. Adinda-adinda saya masih muda, mungkin nanti Allah juga takdirkan mereka punya anak kembar.
Adinda saya yang kembar (perempuan bongsu) masih baharu perkahwinan mereka. Manalah tahu, nanti mereka juga dikurniakan anak kembar. Dua adinda lain yang perempuan juga masih muda. Juga mungkin dikurniakan anak kembar.
Sekiranya tidak, nanti mungkin antara Nor Fazlini dan Nor Fazlina atau kedua-duanya dianugerahkan anak kembar. Nanti bolehlah kami berbangga dikenali sebagai keluarga kembar!


Kakanda saya Nazimah sudah punya empat menantu dan dua cucu. Belum pun capai umur 50 tahun sudah bergelar nenek. Tahniah kerana mendapat dua menantu baharu.
Kepada kembar dua anakanda saudara saya Nor Fazlini bersama suaminya Muhammad Sidiq dan Nor Fazlina bersama suaminya Mohd Rofandi, juga ucapan tahniah.
Semoga kedua kamu menjadi isteri yang solehah dan nanti menjadi ibu mithali. Didoakan keduanya sentiasa dalam lindungan Allah, dimurahkan rezeki, dikurniakan anak yang soleh solehah dan berbahagia bersama pasangan hidup sampai hujung usia.
Selamat Pengantin Baharu!
selamat pengantin baru kepada kedua mempelai..
musadun recently posted..Tonton Video Gegar Vaganza Minggu Ke-5 Online 2015
Atas ucapan itu saya ucapkan terima kasih bagi pihak mereka…
Tahniah buat kedua-dua pasangan pengantin… Rupanya bro ada salah silah keluarga yang mempunyai anak kembar… Tentu seronokkan… Teringin juga nak dapat sepasang anak kembar… Tapi masih belum ada rezeki lagi…
Anuar recently posted..Perkembangan Contest SEO Terbaik 2015
Anak kembar bukan bermula daripada bonda saya, di atasnya pun sudah ada anak kembar. Cumanya mungkin bermula dari bonda saya anak kembarnya perempuan.
Wah terus dapat dua menantu. Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai dan keluarga. Mudah-mudahan masjid yang dibina ini berkekalan sehingga ke anak cucu. Amin.
Azmir Shah recently posted..Tips Pengurusan Kewangan Di Simposium Pengurusan Ringgit (SUPER) 2015
Buat sekaligus mudah, lagipun masing-masing sudah ada calon..
Mmg untung kawen muda nie… belum 50 tahun dah ramai ahli keluarga dan cucu …..
selamat pengantin baru juga buat dua pasangan tu.. semoga bahagia ke anak cucu..
Hairul Hissam recently posted..Resepi 13 Kek Harijadi Dan Dekorasi. Jom Tonton Video Preview Yang Paling Menawan Kalbu Nie.
Untungnya bila kawin muda atas kesedaran dan ilmu….
Bestnya dapat menantu dua sekaligus, memang meriah sangat
kalau dapat menantu pun kembar pastinya lagi meriah kan
Jangan tertukar sudah..
Noriza Rahman recently posted..Pengambilan Vitamin E, Zink dan Multivitamin diambil Serentak?
sekali dua… doakan yang terbaik buat dua pasangan bahagia … semoga murah rezeki… amin
zik recently posted..15 Tips berbelanja secara bijak
seribu kali tahniah yea
doakan terbaik untuk pasangan anda
Meriah majlis..2 mempelai diraikan serentak.
biasa lah 2…
yang luar biasa pun yang nieh
ahaha
topijerami recently posted..Promosi Unifi 2015 30 MBPS dan 50 MBPS
tu dia.
memang terbaik la. terus sambut 2 menantu.
jimat belanja dan jimat masa.
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 401-435