MD menyumbang juta ke ratus juta kepada Israel (fakta yang ramai percaya) sementara rokok menyumbang ratus juta ke billion kepada Israel (fakta yang tidak ramai mahu percaya).
Kalau makan di MD, kita dikatakan menyumbang duit kepada Israel. Kalau kita hisap rokok kita bukan sahaja menyumbang duit kepada Israel, kita sebenarnya turut ‘menyumbang kesihatan’ kita kepada Israel.
Maka, mana yang lebih besar faedahnya, memboikot MD atau memboikot rokok? Ironinya ramai mereka yang mahu memboikot MD paling kuat merokok!
Sejujurnya saya tidak boikot MD. Walau tidak boikot sudah lebih 15 tahun saya tidak makan hidangan MD, begitu juga Coca Cola dan Starbuck. Dan saya tidak pernah merokok seumur hidup.
Saya tidak boikot, cuma saya tidak suka. Saya hanya mahu mendahulukan apa-apa yang ada kaitan dengan umat Islam dan Melayu di Malaysia sahaja. Bila tidak ada baharulah saya beralih kepada yang lain.
Saya selalu terfikir begini…bila terjadi sesuatu keadaan di mana saya amat lapar dan tiada apa yang dapat dimakan kecuali ada premis MD yang dibuka, maka ‘rasa tidak suka’ itu tidak akan menghalang saya untuk masuk dan menjamah hidangan MD yang JAKIM iktiraf Halal bagi menghilangkan rasa lapar tanpa rasa bersalah apa-apa.
Kalau ketika itu saya boikot? Saya akan rasa bersalah. Saya akan rasa hina dan entah apa rasa lagi. Kerana itu saya tidak mahu boikot. Cuma saya tidak suka. Saya mahu mendahulukan Islam, Melayu dan Malaysia.
Saya tidak pula menegah orang memboikot MD kalau itu yang mereka mahu. Cuma saya mahu membawa kata tokoh-tokoh yang dikenali supaya boikot dengan ilmu bukan dengan emosi. Boikotlah dengan berhemah bukan secara keterlaluan.
Kalau mahu boikot, boikotlah kerana itu hak masing-masing tetapi kenapa mesti merendah-rendahkan golongan yang tidak mahu boikot? Kenapa mesti meludah perkerja? Kenapa mesti membaling batu hingga mengancam nyawa?
Tindakan meludah, tindakan membaling batu pada saya samalah seperti membunuh jiwa dan harga diri seseorang itu. Kalau yahudi membunuh nyawa umat Islam di Gaza, apa bezanya dengan ‘membunuh’ jiwa dan harga diri seseorang?
Ini bahasa kasar. Tapi itulah hakikatnya.
# Berikah sedekah atau sumbangan kepada penduduk Gaza melalui SMS dengan menaip PALESTIN 10 dan hantar ke 39111.
KLIK DI SINI UNTUK MENGETAHUI RAHSIA DAN KELEBIHAN BERSEDEKAH
ramai yang boikot emosi dan musim 🙂
puteri kasih recently posted..Kenapa Suka Baca Blog Tu?
Sebab itula saya ‘tanamkan’ rasa tidak suka. Tidak suka boleh kekal lama..
itu yang sebaiknya..kalau ikut emosi nanti akan jadi keterlaluan sampai timbul macam-macam kes seperti membaling batu pada pekerja
puteri kasih recently posted..Tak Boleh Hidup Tanpa Facebook?
Setuju dengan cara bro yang lebih berhemah. Islam kaya dengan budi pekerti mulia sepatut menjadi contoh kepada bukan islam.
akubiomed recently posted..Cerita semalam home made fish nugget
Akhlak itu yang patut diutamakan…
Yg penting jgn keterlaluan dan sentiasa menghormati pandangan org lain..
Pada saya bagus usaha menwar-warkan boikot ini sbg satu usaha memberi tekanan pada israel. Kita tidak dapat bantuk palestin dari segi tenaga, kita bantu dari segi lain.
Hairul Hissam recently posted..Nak Petua Hidup Sihat Lebih 100 Tahun? Dan Testimonial Bisnes Pau Untuk Skala Besar.
Barang yang jelas boleh kita boikot. Sekarang ini khabarnya Israel sudah tidak peduli jenama. Dia hantar barang pukal ke Negara tertentu dan Negara itu bungkus guna jenama Negara itu. Inilah yang kita risaukan.
orang kita bab main isu atau terlebih emosi bab sesuatu isu ni memang nombor 1 kat dunia.
titan recently posted..8 Cara nak Jual Produk Laku Keras Terlajak Laris
emosi-emosi ni selalunya tidak kekal…
yap.
bermusim kalau kat malaysia nih.
titan recently posted..Bagaimana saya dapat RM10 ribu pertama dengan hanya menulis blog?
Meludah perkerja dan mesti membaling batu bukanlah caranya. Majoriti pekerja McD orang Islam juga.
Denaihati recently posted..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
Niat betul, caranya tidak!
tidak semua yang mahu boikot..daripada memerah otak untuk boikot McD apa kata memerah otak membina bisnes sehebat McD
Hero Borneo recently posted..Terima Kasih Denaihati
Kita nak boikot tapi tiada alternative penggantinya…..
itulah cabaran sebenarnya.yang.kita hadapi sekarang ini
Hero Borneo recently posted..Bina Niche Blog Panduan Hipnosis
saya makan jer kalau dah lapar sangat asal halal. teringt kawan saya dia sara anak ramai tunggal pula tu dengan hanya keje dekat sana huhu..
suri recently posted..Review Lazada Takada Double Grill Pan TK-DGP01 Red
Memang kasihan pada yang berkeluarga dan menanggung anak. Yang bujang mudah cari kerja lain…
ahmadyani recently posted..Saya Tidak Boikot!
Emm bagus juga kan ada sikap macam ni..yang ni baru betul..huhu
Hafizul recently posted..Anak Kedua Pe’elnya Comel Sangat
erm.. lepas boikot mcD.. isap rokok dunghill.. diorang xnk boikot plak rokok tu..padahal rokok tu lagi banyak share.. 12% kot.. mcD 5% jer.. Aisyah bukan apa, kesian kt pekerja mcD jer.. Nak boikot biar laa kena dengan cara..
AISYAH recently posted..Gambar Lawak Untuk Komen Fb
Saya boikot rokok!!Bukan saya menyumbang penyakit kepada anda..Malah menyumpang penyakit kepada orang tersayang dan alam sekitar juga.
zara recently posted..6 Tips Kekal Langsing Sepanjang Bulan Syawal
mereka kerja sana tak bersalah sebab dah lama mereka kerja. buat kalau kita nak tapi pikirkan akan hal ornag sekeliling kita pula bagaimana.
suri recently posted..Buka Kedai Sendiri Pakej Lengkap Resepi Donat Dan Cakoi Hairul
Boikot mana yang mampu… 😀
HarfizBizstudent recently posted..Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41