Sebelum Pulang Beraya, Amalkan Tip Dan Langkah Keselamatan Ini

Esok lusa kita akan merayakan Hari Raya Eidul Fitri.

Korang balik kampung?

Ada penduduk kota yang tidak balik kampung. Sama ada mereka memang orang kota, mungkin kerana di kampung sudah tidak ada sesiapa atau terpaksa bertugas di hari lebaran ini.

Di sini ada 3 tip dan langkah keselamatan yang perlu korang beri perhatian sebagai bekal persediaan sebelum pulang ke kampung menyambut hari lebaran.

InShaAllah, ini untuk mengelak dan mengurangkan kejadian tidak diingini. Kita mahu pulang dengan gembira. Kita tidak mahu kepulangan diiringi kesedihan  dengan berita kemalangan dan sebagainya.

3 Tip Langkah Keselamatan

1# Pastikan kenderaan dalam keadaan terbaik dan selamat.

Pastikan betul-betul yang setiap komponen kereta berfungsi dengan sempurna terutama, wiper, lampu, brek dan lainnya.

Patutnya seminggu dua sebelum perjalanan jauh, kereta sudah diservis sepenuhnya.

>>DAPATKAN 50 TIP JAGA KERETA YANG POMEN TAK MAHU ANDA TAHU<<

2# Dapatkan rehat secukupnya.

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan keadaan diri segar bugar. Dapatkan rehat yang cukup seperti tidur dahulu sebelum memandu.

Ya, kita boleh berhenti rehat di R&R jika letih semasa memandu. Tetapi bagaimana jika berlaku kesesakan, nak berehat di mana? Mahu masuk ke R&R pun susah.

Jadi berehat (tidur) di rumah sebelum memandu adalah sangat penting.

tip penjagaan kereta sebelum memandu

3# Jangan ambil apa-apa ubat sebelum memandu.

Kebanyakkan ubat boleh membuatkan rasa mengantuk, jadi kalau boleh elakkan ambil ubat sebelum memandu.

Kalau perlu ambil ubat kerana deskripsi doktor, ambil beberpa jam sebelum memandu. Atau ambil selepas memandu.

Jika mengantuk dan letih semasa memandu, usah dilawan-lawan. Berhenti rehat di tempat rehat yang disediakan. Tidur 5-10 minit sebelum memandu semula.

Biar lambat sampai ke tempat dituju, asalkan kita dan keluarga semuanya selamat.

Untuk makluman, Malaysia mencatatkan kes kemalangan jalan raya yang tinggi pada 2017. Rakyat Malaysia kehilangan nyawa dalam kes ini sebanyak 6,740! Puratanya, 19 nyawa hilang setiap hari.

Setiap dari kita bertanggungjawab untuk bersama menangani masalah ini.

Selamat pulang ke kampung dan selamat menyambut Hari Raya EidulFitri 2018.

Share

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge