Sejarah Jalan Tuanku Abdul Rahman Yang Aku Kenal Siri 1
Jalan Tuanku Abdul Rahman punya sejarah yang panjang. Nama yang cukup terkenal. Hampir seluruh orang di Malaysia tahu akan nama jalan ini. Mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, jika tidak tahu akan jalan ini… hidupnya memang ‘tidak sempurna’.
Jalan ini dikenali juga dengan nama pendeknya, Jalan TAR.
Namun sekarang ini, ‘aura’ Jalan TAR sudah jatuh sedikit, tapi popularitinya tetap kekal dalam minda sesiapa juga.
Bila diberitahu telah pergi ke Kuala Lumpur, pasti akan ditanya orang, “Pergi tak Jalan Tuanku Abdul Rahman?”
Memang akan ‘dituduh’ sia-sia sahaja pergi ke Kuala Lumpur kalau tidak pergi ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Memang, tidak lengkap kedatangan ke Kuala Lumpur sekiranya tidak pergi berjalan-jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Ramai salah anggap nama jalan ini adalah nama Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman.
Sedangkan nama jalan ini dinamakan sempena nama Yang diPertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan.
Dahulunya jalan ini meriah sebagai tempat membeli belah. Sekarang pun sebenarnya cukup terkenal sebagai destinasi membeli belah.
Bezanya dahulu cukup meriah sepanjang jalan dari pangkalnya di kawasan Chow Kit hingga hujungnya berdekatan Dataran Merdeka.
Sekarang kemeriahan hanya ‘setompok’ berdekatan dengan kawasan masjid India terutama sepanjang Ramadan.
Walau ada pusat penjaja seumpama Petaling Street di Chow Kit, meriahnya tidak seperti dahulu ketika gerainya ‘berselerak’.
Jalan ini diubah nama kepada Jalan Tuanku Abdul Rahman, dari nama asalnya iaitu Jalan Batu (Batu Road).
Jalan TAR penuh sejarah warna warni. Sepanjang jalan ini wujud, ia membentuk sejarah Kuala Lumpur itu sendiri.
Saya mahu mengimbau sejarah Jalan TAR ini. Tapi bukan sejarah sepanjang jalan ini wujud.
Saya cuma mahu mengimbau sejarah Jalan Tuanku Abdul Rahman ini, sepanjang saya lalu lalang setiap hari. Pergi dan balik kerja.
Ada beberapa perubahan yang berlaku. Walau ia perubahan biasa di tengah kota, menarik juga bila mengingat kenangan lama.
Jadi saya mahu catat kenangan ini. Untuk simpanan diri.
Catatan ini saya mahu simpan di blog dan di facebook. Sejujurnya, ini hanya untuk syok sendiri.
Jika catatan ini dapat menghibur mereka yang membacanya… saya suka!
.
.
.
#Dapat jual air balang di tepi jalan besar yang ramai orang..memang untung…
saya lama dah tak pergi KL..
ada ada rezeki mahu juga rasanya nak ke TAR..
beli apa yang patut sebagai buah tangan balik dari KL
mrhanafi recently posted..Hijrah Diri : Sentiasa Bersangka Baik
Yang tak seronok datang KL ni, jalannya….jem memanjang…
Baru saya tahu asal usul nama jalan ni
ingatkan nama perdana menteri
Mazni Azmi recently posted..16 Tanda Awal Kehamilan & Alahan mengandung yang wajib suami tahu!
Saya pun ingat nama Jalan TAR ni sempena nama Perdana Menteri yang pertama 🙁
sabree hussin recently posted..Apakah sistem consignment merugikan atau menguntungkan peniaga?
Memang ramai yang keliru…nama sama.
Tahun lepas sekali je pergi ke sini.. isteri beli tudung.. seronok juga la shopping kat sini..hehe
Hafizul recently posted..Microsoft Excel Suka Buat Akaun Dengannya
Baju tudung memang di sinilah tempat untuk membeli. Banyak pilihan…
baru tahu rupanya sempena nama agung pertama
raihanah recently posted..Makanan Terbaik Untuk Naikkan Paras HB