Sekarang Ini Zaman Gila

Sasterawan Negara Dato’ Dr Anwar Ridhwan melontarkan pertanyaan lewat satu tulisannya dalam Berita Harian 8 September 2014, mungkinkah  negara kita sekarang ini mula memasuki ‘zaman gila!’

Pertanyaan ini kasar kerana gila adalah situasi yang teruk. Teruk kerana gila berada di tingkat atas. Kurang waras atau kurang siuman masih di tingkat bawah.

Dato’ Dr Anwar Ridhwan mengambil 3 ciri dalam puisi Jawa abad ke 19 ditulis pujangga Jawa bernama Ronggowarsito. Ciri ini bila ada pada satu-satu zaman, zaman itu dianggap zaman gila. Sepertinya, 3 ciri memang berlaku sekarang ini di Negara kita Malaysia ini.

3 Ciri zaman gila yang boleh menjadi malapetaka jika tidak dikawal situasinya. Kita cuba menilai sendiri apakah ciri itu berlaku di sekeliling kita;

Ciri 1 : Nilai Kehidupan Merosot

Aspek akhlak, moral dan budi pekerti tidak lagi dijunjung. Mula letak di tepi. Pengguna media sosial terang-terang menghina individu lain atau menghina kebudayaan serta kepercayaan agama lain. Perlakuan jenayah dan seksual disebarkan tanpa segan silu di alam maya.

Ahli politik tidak beretika dan celupar mulut ketika membelasah musuh politik atau polisi yang tidak disukainya. Pasangan pengantin boleh merayau-rayau separuh bogel di tempat awam malah ada pesta bogel yang diadakan di pantai Negara ini.

Ciri 2 : Tidak Endahkan Peraturan

Peraturan jalan raya tidak dipatuhi. Iklan-iklan haram digantung dan ditampal sesuka hati. Lebih teruk dari itu kontrak sosial, undang-undang dan perlembagaan cuba dicabar.

Ciri 3 : Hidup Penuh Keraguan

Kenapa 2 ciri di atas selalu berlaku? Sebabnya pemimpin dan penguasa dilihat lambat dan ragu-ragu dalam bertindak secara tegas dan menyeluruh. Kalau bertindak pun, tindakan itu tidak telus.

Inilah 3 ciri utama zaman gila yang sudah ditulis Ronggowarsito pada abad ke 19. Ketika dia menulis 3 ciri ini, semua itu belum berlaku lagi.

Apa pendapat anda tentang 3 ciri ini. Bagi saya ia sudah muncul di halaman rumah kita.

Bila ia dibiarkan, bukan sahaja zaman ini dianggap zaman gila. Kita sendiri akan menjadi gila!

Share

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge