Sekat E-Coli Dan Wabak Penyakit Dengan Wirid Doa

Wabak E-Coli belum ada tanda mahu menghentikan serangannya di Eropah walaupun berita tidak lagi kerap menyiarkannya.

Warga Eropah masih masih berada dalam resah gelisah, takut serangan akan menjengah pintu rumah mereka. Para petani masih tidak dapat tidur lena kerana sayuran mereka dikatakan menjadi alat serangan. Pemimpinnya berkerut dahi kerana tidak tahu alat untuk menampan serangan.

Saintis bingung sambil bertelagah sesama sendiri kerana masih kabur apa punca serangan dan bagaimana serangan berlaku.

Kemodenan yang dibanggakan, tidak berguna sebesar habuk pun bila berhadapan dengan kuasa Kun Fa Ya Kun [Jadi! Maka Jadilah Ia].

Penyakit dan wabak [penyakit berjangkit] datangnya dari Allah. Maka hanya kepada Allah kita meminta agar penyakit dan wabak penyakit tidak menyerbu kita.

Meminta ini adalah tawakkal. Mengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, tawakkal tidak boleh berdiri sendiri tanpa disokong ikhtiar atau usaha.

Ikhtiar ialah bersenam, menjaga makan, makan apa yang berkhasiat, buat pemeriksaan kesihatan secara berkala dan lainnya. Setelah buat semua itu, barulah kita minta pada Allah agar kita selamat dari penyakit dan wabak penyakit.

Saya nak beritahu akan doa yang selalu saya amalkan sebagai ikhtiar menghindari penyakit dan wabak penyakit. Amalkan baca 7 kali selepas solat 5 waktu. Amalkan seperti membaca wirid, jadi tidak perlu angkat tangan seperti selalunya orang berdoa.

Ini bacaannya [maaflah, sudah lama tidak melatih tulis hingga hilang seninya],

cegah sakit dgn doa

[Pada aku ada lima yang dengannya aku memadamkan kepanasan penyakit berjangkit iaitu Nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah dan (Hassan dan Hussain) kedua anak mereka]

Sudah lama saya amalkan wirid [doa] ini. Ulamak-ulamak tua terdahulu mengatakan wirid ini dapat membantu kita terhindar dari terkena penyakit berjangkit yang melanda.

Apa yang saya dapat dari amalan ini?

Apa yang perlu dipegang sebagai keyakinan ialah doa atau wirid ialah ikhtiar dan tawakkal yang tidak memberi kesan apa-apa kecuali dengan izin Allah. Walau kita berikhtiar dan bertawakkal dengan tekun, namun bila Allah mahu memberi ujian sakit, maka kita akan tetap sakit.

Sekiranya kita tetap sakit, kenalah terima dengan redha. Itu ujian Allah yang ada hikmahnya. Begitu pun kita wajin tetap berikhtiar dan bertawakkal kerana ada pahalanya.

Bagaimanapun setakat ini saya rasa wirid atau doa ini ada kesannya. Saya berdoa pada Allah agar kesan ini berterusan. Setakat ini sudah amat lama saya tidak terlantar kerana demam. Kalau hari ini badan panas dan malam menggeletar sejuk, alhamdulillah esoknya saya dapat bangun dengan segar dan pergi kerja. Saya tidak telan panadol atau berjumpa doktor.

Selsema saya setakat dua tiga hari. Selsema sahaja bukan demam selsema. Itu juga tanpa panadol atau berjumpa doktor. Prinsip saya bila sakit demam melebihi 3 hari baru telan panadol atau jumpa doktor. Setakat ini tiada yang teruk.

Saya yakin dengan amalan wirid ini dan saya rasa ada kesannya pada diri. Kalau anda mahu beramal dengannya, silakan…tiada ruginya.

Nota# mulanya saya tidak mahu mencatat nota ini. Kerana takut dikatakan riak. Tapi bila membaca blog Tuan Aqifazizan yang katanya kerap sakit di antara adik beradik lain, maka saya catat nota ini. Semoga catatan ini ada manfaatnya. Nota akan datang saya mahu catatkan kenapa saya jarang telan panadol atau jumpa doktor.

Share

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge