Selamat Hadir Ke BengkelDropship

Alhamdulillah, saya dapat hadir ke Bengkel eBay Dropship. Saya datang ke bengkel ini membawa ‘mangkuk yang kosong’ dan saya pulang membawa ‘mangkuk yang penuh’. Ia penuh walaupun saya hanya mendengar tanpa bertanya apa-apa.

Saya tidak bertanya kerana penerangan Tuan Mohd Najib Asaddok mudah difahami dan saya tahu bahawa saya boleh bertanya kemudian bila akan ada pertanyaan. Support selepas bengkel terutama support group di Facebook sangat aktif. Bukan group support yang ‘mati’.

Memang berbaloi menghadiri BengkelDropship ini. Lebih mudah faham walaupun penerangannya hampir semua ada dalam Video Lubuk Dropship. Sungguh! Tidak sama antara berguru dengan Tuan Mohd najib sendiri dan video terbitannya.

Apa saya nak buat dengan ‘mangkuk yang penuh’ ini?

Kalau mangkuk berisi air, tentulah kena minum supaya air tidak dipenuhi habuk sampai tidak boleh diminum. Kalau berisi tepung, tepung itu perlulah dibancuh untuk dibuat roti atau cucur goreng supaya tepung tidak terbiar penuh kulapuk.

Isi mangkuk perlu diguna segera. Dengan kata lain ‘Aku Wajib Bertindak’ segera menggunakan ilmu yang saya pelajari dari Tuan Mohd Najib di Bengkel eBay+Dropship ini untuk mendapat hasilnya.

Bila tidak bertindak, tidak akan dapat hasilnya. Jangan salahkan Tuan Mohd Najib bila tidak mendapat hasil yang diharapkan.

Tuan Mohd Najib hanya memberi kail. Ikannya perlu dipancing sendiri!

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge