Sensasi Baru Yakjuj Makjuj

Muhammad Alexander, seorang pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia telah menulis 2 buah buku tentang Yakjuj Makjuj iaitu ‘Bencana Dari Sebalik Gunung & 5 Gelombang Pembawa Bencana”.

Buku ini terbitan PTS. Hanya mereka yang suka membaca dan suka pada perbahasan fakta sahaja dapat menghabiskan buku tebal tulisan beliau ini.

# ini juga satu nota yang tebal (panjang) #

Sememangnya buku-buku yang membahaskan fakta jarang terdapat yang nipis-nipis. Selalunya tebal belaka. Saya pula suka membeli dan membaca buku yang tebal. Rasa ‘berbaloi’ keluarkan duit untuk buku yang tebal.

Buku tebal seperti yang dianggap banyak orang, ia buku yang banyak fakta dan luas perbahasannya. Itu juga anggapan saya walaupun anggapan ini bukan selalunya benar.

Berbalik semula pada persoalan Yakjuj Makjuj. Seperti fakta dan perbahasan dalam buku tulisan Muhammad Alexander tentang Yakjuj Makjuj, begitulah juga yang tertanam kukuh dalam minda umat Islam sejak dahulu hingga sekarang dan mungkin juga sehingga Yakjuj Makjuj muncul.

Hampir semua umat Islam percaya Yakjuj Makjuj adalah 2 jenis suku bangsa manusia yang telah melakukan ‘kerosakan’ pada zaman dahulu dan akan melakukan ‘kerosakan dan kemusnahan’ yang lebih dahsyat pada zaman akan datang. Tepatnya pada zaman hampir kepada kiamat!

2 suku bangsa ini telah disekat daripada bermaharajalela di dunia luas dengan sekatan ‘tembok keras’ oleh Iskandar Zulkarnain, raja besar zaman purba. Raja Iskandar Zulkarnain telah memberi amaran bahawa tembok yang dibinanya akan runtuh pada masa akhir zaman dan Yakjuj Makjuj akan keluar bermaharajalela semula.

Itulah fakta yang menjadi kefahaman umat Islam selama ini dan itulah juga yang saya faham dan pegang selama ini.

Fakta itu telah disanggah! Klikjer.com telah menerbitkan satu ebook yang memuatkan fakta baru sensasi tentang Yakjuj Makjuj.

YakjujMakjujKLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN EBOOK TERSEBUT.

Fakta ini telah ‘mengganggu’ kefahaman dan pegangan saya selama ini tentang Yakjuj Makjuj. Dan fakta ini juga saya yakin akan diperbahaskan dengan mendalam oleh ilmuan Islam bila ia tersebar secara meluas.

Cuba baca ‘surat jualan’ ebook tersebut di bawah ini. Surat jualan (berbentuk slide video) ini sahaja sudah memuatkan fakta yang disebutkan itu. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam kenalah memiliki ebooknya.

1. Selama hampir 1400 tahun, umat Islam telah bertanyakan soalan yang salah tentang Yakjuj & Makjuj. Soalan mereka : “Siapakah Yakjuj & Makjuj?”

2. Ini soalan yang salah. Sepatutnya mereka bertanya : “Apakah Yakjuj & Makjuj?”

3. Dalam slide ini, saya akan buktikan kepada anda bahawa Yakjuj & Makjuj bukanlah dua jenis kaum yang melakukan kerosakan. Slide ini akan mencabar pandangan tradisional para pengkaji yang selama ini mentafsirkan Yakjuj & Makjuj sebagai dua kaum perosak.

4. Saya akan sertakan sekali dengan bukti ayat-ayat Al-Quran dan beberapa fakta lain yang akan membuatkan anda tidak senang duduk selama beberapa hari ini. Yakjuj & Makjuj jauh lebih menggerunkan daripada apa yang anda pernah bayangkan.

5. Tiada satu pun kekuatan senjata manusia di atas dunia ini mampu menewaskan Yakjuj & Makjuj. Yakjuj & Makjuj mempunyai kekuatan yang sangat besar dan menakutkan. Zulkarnain sendiri pun tidak mampu menewaskan Yakjuj & Makjuj walaupun dia mempunyai sebuah bala tentera yang sangat kuat.

6. Yang mampu dilakukan oleh Zulkarnain hanyalah dengan mengurung Yakjuj & Makjuj di sebalik sebuah tembok besi. Ini sahajalah cara paling berkesan untuk menyekat kemaraan Yakjuj & Makjuj.

7. Walaupun telah berjaya mengurung Yakjuj & Makjuj, Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang dibinanya akan musnah pada masa akan datang. Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan tembok besi yang mengurungnya. Cuba anda bayangkan betapa kuatnya Yakjuj & Makjuj menghancurkan tembok besi yang mengurungnya selama ini.

8. Apabila Yakjuj & Makjuj terlepas dari tempat pengurungannya, anda hanya boleh berdoa kepada Tuhan agar terselamat daripada serangannya.

9. Tahukah anda mengapa Yakjuj & Makjuj tidak boleh ditewaskan dengan kekuatan senjata manusia? Jawapannya bergantung kepada soalan pertama anda sama ada : “Siapakah Yakjuj & Makjuj?” atau “Apakah Yakjuj & Makjuj?”

10. Jika anda bertanya menggunakan soalan pertama, lebih baik anda jangan baca slide ini kerana pendedahan saya akan membuatkan anda tidak tidur nyenyak selama beberapa malam. Tetapi jika anda berfikiran terbuka untuk bertanya menggunakan soalan kedua, tahniah saya ucapkan.

11. Anda akan menjadi antara orang yang terawal didedahkan dengan pembongkaran misteri Yakjuj & Makjuj. Yakjuj & Makjuj telah menjadi antara salah satu misteri terbesar dalam sejarah manusia.

12. Sehingga ke hari ini tiada seorang pun pengkaji berjaya membuktikan „siapakah? Yakjuj & Makjuj. Kegagalan membongkarkan misteri Yakjuj & Makjuj adalah berpunca dari kesilapan generasi dahulu yang mencetuskan persoalan iaitu : “Siapakah Yakjuj & Makjuj?”

13. Al-Quran tidak pernah menggambarkan Yakjuj & Makjuj sebagai makhluk atau kaum perosak. Jika dibaca dengan teliti, dua perkataan Yakjuj & Makjuj lebih membawa pengertian kepada sejenis bencana yang merosakkan Bumi.

14. Anda mahu tahu apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini? Bersedialah untuk mengalami satu perubahan paradigma yang akan mengubah kepercayaan anda buat selama-lamanya.

15. Saya akan bongkarkan kepada anda apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj. Sebelum itu mari kita rujuk beberapa ayat Al-Quran. Dua perkataan Yakjuj & Makjuj hanya disebut di dalam Al-Quran sebanyak dua kali sahaja iaitu pada surah Al-Kahfi ayat 94 dan Al- Anbiya? ayat 96.

16. “Mereka berkata, “Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu membuat kerosakan di atas Bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami??” – [18 : 94]

17. “Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]

18. Daripada kisah Al-Quran, kita semua tahu Zulkarnain telah membina sebuah tembok atau empangan untuk melindungi suatu kaum dari ancaman Yakjuj & Makjuj. “Berkata : Apa yang Tuhanku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan kekuatan dan aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan antara mereka?.” – [18 : 95]

19. Tembok ini dibina oleh Zulkarnain untuk memisahkan Yakjuj & Makjuj daripada mengancam kehidupan kaum tersebut. Zulkarnain telah menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelamatkan kaum ini dengan membina sebuah empangan yang tidak mampu ditandingi oleh Yakjuj & Makjuj.

20. Tetapi yang menjadi persoalannya ialah jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, mengapa „mereka? berdiam diri sahaja semasa pembinaan tembok itu? Jadi untuk memecahkan kebuntuan ini, kita patut mengubah soalannya daripada “siapakah? kepada “apakah? Yakjuj & Makjuj.

21. Sekarang mari kita lihat beberapa lagi ayat Al-Quran dan fakta bahasa untuk mengkaji sifat-sifat Yakjuj & Makjuj.

22. #1 : Terletak di antara dua gunung. Yakjuj & Makjuj muncul ketika Zulkarnain melintasi satu kawasan di antara dua buah gunung. ”Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung ……………..” – [18 : 93]

23. #2 : Merosakkan permukaan Bumi. Kemunculan Yakjuj & Makjuj menyebabkan kerosakan di atas permukaan Bumi. “Mereka berkata, „Wahai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat kerosakan di Bumi …………” – [18 : 94]

24. #3 : Boleh disekat dengan empangan. Yakjuj & Makjuj tidak boleh dimusnahkan dengan menggunakan senjata, tetapi boleh disekat dengan tembok atau empangan. “……… aku akan membuatkan satu tembok antara kamu dan mereka?.” – [18 : 95]

25. #4 : Mempunyai sifat menyala. Perkataan „Yakjuj? mempunyai huruf akar „alif-jim? yang membawa pengertian “nyalaan?.

26. #5 : Bergerak seperti gelombang. Perkataan “Makjuj? mempunyai huruf akar “mim-jim? yang membawa pengertian “gelombang”

27. #6 : Turun dari lereng-lereng tinggi. Yakjuj & Makjuj akan turun dari lereng- lereng tinggi semasa kemunculannya yang akan datang. “Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]

28. #7 : Akan muncul semula dari bawah tanah. Yakjuj & Makjuj akan menghancurkan empangan besi yang mengurungnya dari bawah tanah. “……… tetapi apabila janji Tuhanku datang Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar.” – [18 : 98]

29. Sekarang cuba anda fikirkan dengan minda terbuka, apakah yang :
• Terletak di antara 2 gunung.
• Merosakkan permukaan bumi.
• Boleh disekat dengan empangan.
• Mempunyai sifat menyala.
• Bergerak seperti gelombang.
• Turun dari lereng-lereng tinggi.
• Akan muncul semula dari bawah tanah.

30. Jika minda anda masih terperangkap dengan pandangan tradisional, pasti anda akan menjawab Yakjuj & Makjuj adalah kaum perosak yang tinggal di bawah tanah. Seperti yang telah saya nyatakan di awal slide ini, Yakjuj & Makjuj bukan “siapakah” tetapi “apakah”.

31. Jika Yakjuj & Makjuj adalah makhluk, pasti Zulkarnain tidak mampu menyiapkan pembinaan tembok besi tersebut. Ini bermakna Yakjuj & Makjuj sangat berbeza daripada apa yang digambarkan kepada kita oleh pengkaji terdahulu.

32. Anda mahu tahu apakah yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj? Yang sebenarnya Yakjuj & Makjuj ialah sejenis bencana alam yang keluar dari bawah permukaan Bumi. Dua perkataan Yakjuj & Makjuj digunakan sebagai istilah kepada sejenis bencana alam dalam bahasa kaum yang ditemui Zulkarnain.

33. Bahasa kaum ini tidak sama dengan bahasa Zulkarnain. “Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]. Tetapi Zulkarnain masih memahami permintaan kaum ini kerana dia melihat bagaimana Yakjuj & Makjuj memusnahkan penempatan mereka.

34. Keperluan membina empangan menunjukkan Yakjuj & Makjuj adalah suatu bencana alam yang mengalir di atas permukaan Bumi. Hanya terdapat satu kaedah sahaja untuk menyekat aliran Yakjuj & Makjuj iaitu dengan membina empangan.

35. Tetapi saya masih belum beritahu anda apakah sebenarnya entiti bernama Yakjuj & Makjuj ini. Untuk mengetahui apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Yakjuj & Makjuj, kita imbas semula pengertian dua perkataan ini.

36. Mempunyai sifat menyala. Perkataan “Yakjuj” mempunyai huruf akar “alif-jim? yang membawa pengertian “nyalaan”. Bergerak seperti gelombang. Perkataan “Makjuj” mempunyai huruf akar “mim-jim” yang membawa pengertian “gelombang”. Untuk memudahkan pemahaman anda, kita terjemahkan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada Bahasa Melayu iaitu : “Gelombang Yang Menyala”.

37. Sekarang kita gantikan dua perkataan Yakjuj & Makjuj kepada “gelombang yang menyala” ke dalam surah Al-Kahfi dan Al- Anbiya”.

38. “Mereka berkata, Hai Zulkarnain, sesungguhnya gelombang yang menyala itu membuat kerosakan di atas Bumi maka dapatkah kami memberikan suatu pembayaran kepadamu supaya kamu membuat tembok di antara mereka dan kami?” – [18 : 94]

39. “Sehingga apabila gelombang yang menyala dibukakan dan turun dengan cepat dari seluruh tebing-tebing tinggi.” – [21 : 96]

40. Apakah bencana alam yang mengeluarkan “gelombang yang menyala” dan memusnahkan permukaan Bumi? Masihkah anda ingat mata pelajaran Geografi yang dipelajari di sekolah menengah dahulu? Sudah pasti anda akan menjawab : LETUSAN GUNUNG BERAPI!

41. Apabila meletus, sesebuah gunung berapi itu akan memuntahkan sejenis batuan lebur yang dikenali sebagai lava. Lava mempunyai sifat menyala dan mengalir seperti gelombang.

42. Ini bermakna Yakjuj & Makjuj adalah satu istilah kepada perkataan lava yang melimpah dari dua buah gunung berapi. Lava tidak boleh dimusnahkan tetapi alirannya boleh disekat dengan pembinaan empangan.

43. Kaedah sekatan lava yang digunakan oleh Zulkarnain sama seperti yang anda boleh lihat dalam filem “Volcano”. Dalam filem ini, aliran lava disekat dengan penghadang konkrit yang bertindak sebagai empangan. Inilah situasi yang sama dihadapi oleh Zulkarnain. Kaum yang ditemui Zulkarnain sedang ditimpa bencana gunung berapi.

44. Seperti fenomena pusaran angin, masyarakat di Barat menggelarnya sebagai “tornado” tetapi di Malaysia ianya dikenali sebagai “puting beliung”. Dua perkataan “putting” dan “beliung” digunakan kerana perbezaan istilah di antara Bahasa Melayu dan Latin. Orang Latin hanya menggunakan satu perkataan sahaja iaitu “tornado”. Tetapi penggunaan lebih satu perkataan dalam sesuatu bahasa itu tidak menjadikan puting beliung dan tornado sesuatu yang berlainan.

45. Begitu jugalah dengan penggunaan dua perkataan Yakjuj & Makjuj. Ia ditulis secara berpasangan kerana Yakjuj & Makjuj merupakan satu entiti (bukan 2) iaitu lava.

46. Saya tahu fikiran anda sedang mengalami konflik kerana bertentangan dengan kepercayaan anda selama ini. Dulu saya pun begitu. Saya percaya Yakjuj & Makjuj adalah dua kaum perosak yang ganas dan gemar melakukan perperangan.

47. Tetapi selepas menonton babak letusan supervolcano di Yellowstone dalam filem 2012, saya mula membuat kajian apakah sebenarnya Yakjuj & Makjuj seperti yang disebut di dalam Al-Quran. Letusan gunung berapi raksasa ini mengingatkan saya pada ayat Al-Quran berikut di mana Zulkarnain memberi amaran tembok besi yang mengurung Yakjuj & Makjuj akan hancur seperti yang dijanjikan Tuhan.

48. “……… tetapi apabila janji Tuhanku datang Dia menjadikannya hancur dan janji Tuhanku adalah benar.” – [18 : 98]

49. Anda fikir ini mengarut??? Tidak kira anda hidup pada zaman bila pun, penyelesaian sesuatu masalah itu masih memerlukan kaedah yang sama. Pembinaan empangan lava bukanlah satu perkara yang aneh dalam sejarah manusia.

50. Di Jepun dan Indonesia terdapat banyak empangan lava dibina oleh pihak kerajaan sebagai persediaan menghadapi bencana gunung berapi. Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus, aliran lava akan disekat dengan puluhan sistem empangan konkrit dan memberi lebih masa kepada penduduk di sekitarnya menyelamatkan diri.

51. Zulkarnain telah menggunakan kaedah ini untuk menyekat limpahan lava dari dua buah gunung berapi yang sedang aktif. Dan kaedah ini diikuti orang terkemudian. Walaupun kaum ini telah diselamatkan oleh Zulkarnain, tetapi Yakjuj & Makjuj akan muncul semula sebelum Hari Kiamat.

52. Penempatan kaum ini terletak di antara dua gunung berapi yang sedang aktif. “Sehingga apabila dia sampai di antara dua gunung dia mendapati di bahagian sisi mereka terdapat satu kaum yang hampir tidak memahami ucapan.” – [18 : 93]

53. Kemunculan kali kedua Yakjuj & Makjuj ialah letusan gunung berapi raksasa atau supervolcano. Apabila supervolcano meletus, kesannya akan mengancam manusia di seluruh dunia. Yakjuj & Makjuj adalah malapetaka yang akan berlaku pada skala global. Tuhan telah memberi amaran kepada kita tentang bencana maha dahsyat ini :

54. “Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas menutupi manusia ini adalah azab yang pedih.” – [44:10]

55. “Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaranKu?” – [67:17]

56. “Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamu sedang ia bergoncang?” – [67:16]

57. Ayat-ayat Al-Quran ini menunjukkan ciri- ciri kemusnahan dari letusan gunung berapi raksasa yang akan berlaku tidak lama lagi.

58. Saya akan tunjukkan anda di mana terletaknya dua buah gunung berapi itu. Pasti anda tidak percaya bagaimana saya menemui lokasi tembok Yakjuj & Makjuj yang terletak di antara dua buah gunung berapi. Saya telah menemui di manakah terletaknya dua gunung berapi itu. Di sebuah kawasan yang terletak di penghujung empayar Zulkarnain.

59. Zulkarnain ialah seorang raja dari sebuah empayar yang berdekatan dengan Tanah Arab. Mengikut sejarah, empayar ini sangat terkenal kerana memiliki teknologi pembinaan tembok seperti empangan, kubu- kubu pertahanan dan sebagainya.

60. Binaan-binaan empayar ini masih kukuh dan boleh dilihat dari Russia sehingga ke Iran pada hari ini. Dengan membongkarkan identiti Zulkarnain, saya berjaya menjejak lokasi dua buah gunung berapi ini dengan mudah berpandukan peta empayar Zulkarnain.

61. Anda ingin tahu siapakah Zulkarnain yang sebenar? Anda mahu tahu di mana lokasi dua buah gunung berapi tersebut?

KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN EBOOK YAKJUJ MAKJUJ

Share

14 comments

  • terima kasih perkongsiaanya yang banyak maklumatnya dan penjelasannya.
    Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPressMy Profile

  • benar-benar sensasi…cukup berbeza dgn apa yg digambarkan selama ni…

    insyaAllah…akan dptkn dlm kdr segera…

    terima kasih saudara ahmad yani berkongsi
    hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #43 ‘Renew’ Iman!My Profile

  • serius menarik cerita ini, saya terbuka minda, walaupun dari kecik pegang yakjuj majuj ni sejenis makhluk, tetapi disebabkan x fanatik dengan ilmu, saya boleh sahaja menerima apa apa yg baru selagi ianya berfakta dan dapat dibuktikan dengan hujah, so saya dpt terima ianya bermaksud gunung berapi, xpa nanti saya akan kaji sendiri mengikut maklumat ni, TETAPI saya susah nak terima utk saya ketahui siapa itu Zulkarnain saya perlu dapatkan ebook, waaaaa
    Juan recently posted..Sony Xperia Z1 Malaysia Latest Smartphone From Sony 2013My Profile

  • Membuatkan saya mula berfikir…! tq for sharing
    Mohd Shubhi recently posted..Siri panduan jadi kayaMy Profile

  • saya pun pernah baca buku mengenai yakjuj makjuj, namun utk pecahkan kepercayaan tu sukar pada mula, sebab itu penting kita baca sampai habis penulisan 🙂
    Khairul Zamri recently posted..Revolusi Syria dan Perang Akhir ZamanMy Profile

  • Izzuddin Fauzi

    Bacaan yang menarik… Ada yang dah tahu dan ada yang baru tahu 🙂
    Izzuddin Fauzi recently posted..Teknologi Depan Mata, Rosakkan BangsaMy Profile

  • yapp..banyak benda dapat belajar yang selama ini kita tidak perasan..
    titan recently posted..Tempahan qurban sempena musim raya haji 2013 – eQurban.comMy Profile

  • satu teori yang baru..kalau difikirkan ikut ligk ada benarnya..hmmmm
    blogger lelaki recently posted..Sambutan Hari Malaysia 1963My Profile

  • sy baca sampai habis. takut eh.uhuh
    pahan recently posted..UPDATE PALING MENARIK DARI BLOG WALKING #7My Profile

  • Assalamualaikum penulis,
    Sy dah beli buku e-book ni wi http://www.yakjujdanmakjuj.com dan dah baca. Pada saya tak salah kita buka minda kita, luaskan pemikiran kita, ayat al-Quran dan hadis itu banyak maksud tersurat dan tersiratnya, sy amat cadangkan semua saudara seMuslim beli dan baca buku ini.

    Saya tengok di blog/ ruangan chatting lain banyak yg tak bersetuju dan mengeji hasil kajian ini. Sekadar menunjukkan video mmg satu cara pemasaran penulis buku ini. Tak salahkan? Dia dah menghabiskan masa dan tenaga bertahun2 utk hasilkan buku ini. Tapi, begitu ramai yg nak semua benda free menegur atau marah bila terpaksa beli buku ini jika nak tahu lebih lanjut.

    Cuba renungkan sekiranya kajian ini dibuat oleh Barat, disampaikan dlm National Geographic dan dibuat cerita seperti kiamat pd thn 2012 tu, agak2 m.mana kecut perut dan betapa percayanya org yg kata kajian anak Melayu Islam ini sebagai buang masa dan video ini bodoh.

    Hadis Nabi s.a.w “Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.” (Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah).

  • KALAU larva gunung berapa mana munkin ada Bahasa….mana mungkin menjadi bangkai….mana mungkin burung2 besar dihantar untuk menbuang bangkai….mana munkin bole memanah kelangit dan panah2 kembali dengan berdarah…mana mungkin disebut sebagai kaum….kalau gunung berapi sudah tentu Nabi sendiri yg akan mengatakan begitu…angap la ia perkara ghaib bila tiba waktunya dia akan berlaku….kalau Allah hendak menyembunyikan sesuatu …didepan mata sendiri pun tak Nampak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge