Kawan, aku selalu menasihati semasa kamu masih di alam percintaan supaya bercintalah mengikut syariat.
Tiada salahnya mencintai wanita kerana itu lumrah alam dan tabii manusia. Cintailah mereka namun bercinta-cintalah tanpa melanggar hukum tuhan.
Kamu bukan sahaja tidak endahkan nasihat yang aku berikan malah kamu mentertawakannya. Aku sedih bila kamu menuduh aku cemburukan kamu yang sudah ada teman wanita sedangkan aku tiada siapa.
Kawan, perlukah aku ada seorang teman wanita sebelum menasihati lelaki lain yang ada teman wanita. Perlukah aku menjadi seorang suami sebelum menasihati lelaki lain yang ada isteri. Perlukah aku menjadi seorang ayah sebelum menasihati lelaki lain yang ada anak.
Patutnya kita harus menerima kebenaran walau dari siapa pun ia datang. Aku faham kalau kamu mahu orang yang ada pengalaman hidup untuk menasihati kamu, tapi aku bukan menasihati kamu tentang pengalaman hidup. Aku menasihati kamu akan agama tentang hukum hakam yang ringkas.
Tahukah kamu, sekiranya hal-hal agama terutamanya tentang hukum hakam perlukan pengalaman hidup sebelum menyebarkannya, nescaya Islam tidak berkembang dan penganutnya akan mundur dalam kejahilan.
Seorang ilmuan yang mengajar murid-muridnya tentang zakat pendapatan mungkin tidak pernah membayar zakat pendapatan seumur hidupnya kerana hartanya tiada untuk dizakatkan. Adakah kamu tidak mahu menerima ilmu zakat daripadanya semata-mata kerana dia tiada pengalaman hidup membayar zakat pendapatan?
Begitulah aku kawan!
Perlukah aku bercinta-cinta dulu sebelum aku menasihati kamu bahawa berpegang-pegang dan berpeluk-peluk dengan kekasihmu sebelum kahwin adalah haram! Untuk memberitahu kamu tentang hukum itu tidak perlukan pengalaman hidup.
Setelah puas aku mensihati kamu dan kamu tidak endahkannya, sekarang kamu mahu aku doakan kebahagiaan kamu hingga ke anak cucu pada hari perkahwinan kamu?
Kawan, aku serba salah.
Untuk mendoakan kamu seperti aku restui apa yang kamu buat sebelum berkahwin. Tidak mendoakan kamu seperti aku tidak merestui mahligai sah yang kamu bina.
Kawan, aku ingin mengingatkan kamu. Dalam pada kamu bergembira sudah beristeri, jangan lupa apa yang kamu buat sebelum bergelar suami isteri kekal sebagai dosa.
Dosa bergaul bebas sebelum berkahwin tidak akan terhapus setelah kamu berkahwin!
Sebelum minta aku mendoakan kebahagiaan perkahwinan kamu, beristighfar dulu banyak-banyak akan dosa-dosa yang kamu buat semasa berkasih dan semasa bertunang. Istighfar itu mendatangkan keampunan. Keampunan Allah bererti redhaNya.
Bila Allah redha, apa lagi yang hendak ditakutkan tentang kebahagiaan.
bila menasihati tak semestinya kena ada pengalaman…yang dinasihati tu sepatutnya menerima dengan hati yang terbuka demi untuk kebaikan
puteri kasih recently posted..Perjalanan Terakhir Mangsa MH17
Perlu menilai kebenaran nasiha itu, jangan ‘pandang’ siapa yang memberi nasihat…
Hidup berpasangan jalan terbaik adalah duduk berbincang.
akubiomed recently posted..Laporan buat duit tanpa modal
Berbincang adalah ikhtiar manusia, sementara itu usah lupa yang kebahagiaan itu anugerah Allah. Maka kena menjadi insan yang baik dengan Allah supaya kita dapat anugerah itu….
dosa akan terampun dengan izin Allah melalui taubat..sebaik-baiknya taubat nasuha
Hero Borneo recently posted..Mengapa Hari Berkabung Negara Penting?
Suami isteri yang hidupnya dalam ampunan Allah, pasti bahagia…
wanita suka cintai eh..lelaki pun sama apa itu nikamt Allah berikan tapi harus sederhana
suri recently posted..Hari Berkabung Malaysia MH17 22 Ogos 2014
Bercinta kena berpada-pada…
ya.
serba salah juga dibuatnya nih..
titan recently posted..Buat Duit dengan Advertorial.MY
Doa ertinya sokongan. Memang serba salah menyokong sesuatu yang tidak kena dengan jiwa kita lebih lagi tidak kena dengan agama…
kalau dah duduk berdua2 mmg susahlah nak undur…bak kata ustaz azhar..hok pakai serban macam aku pun boleh terbang !! hehe
Zufar recently posted..Ramal Food Junction
Bila hanya berdua mesti ada yang ketiga…Kalau iman lemah akan tergoda dengan hasutan yang ketiga…
sudah jadi adat orang kita..kita akan tengok siapa orang yang menegur bukan apa yang dia tegur
blogger lelaki recently posted..iPhone 5s Gajet Impian Setiap Blogger
Adat yang sebegitu wajar ditinggalkan.
susah laa macam ni.. nasihat ni tidak perlu tengok pada pangkat, darjat ke apa… sepatutnya kena terima nasihat dan teguran dari orang lain.
Aisyah recently posted..Cara Mengirimkan Doa Kepada Arwah Di Dalam Kubur
Teguran yang betul wajib diterima walau dari siapa….
bercinta jgn lama2… kena cepat2 kawen utk menutup pintu maksiat… 😀
Hairul Hissam recently posted..Resepi Cakoi Versi 2 Lebih Kembang Beb. Jom Tonton Videonya Ini
Memang itu yang dianjurkan oleh agama…
buat apa pun jika jauh dari agama mesti jadi janggal
bercinta tidak hiraukan agama
apatah lagi jika dah berkahwin tinggalkan agama
mana nak dibawa bahtera keluarga?
jika tak syurga…neraka lah jawabnye
Azam Mohamad recently posted..Akhirnya…..abis stok cloth diaper dah terjual…
Assalamualaikum saudara,
sy setuju dgn apa yang dikatakan berhubung keberkatan perkahwinan seseorg yng menjaga batas-batas pergaulan semasa bercinta sebelum nikah itu ataupun dalam tempoh bertunang. tapi sy tdk memahami tentang rasa serba salah saudara untuk mendoakn sahabat saudara yg mahu menikah itu gara2 kesalahannya wktu sblm menikah. terguran saudara kepada sahabat saudara itu betul, sy tidak kata salah, tetapi menghukumnya sehingga membataskn diri saudara utk mendoakan kebahagiaan, kesejahteraan rumahtangga yg dibina sahabat saudara itu tidak harus terjadi. mungkin bukan niat saudara utk menghukum sahabat saudara itu, kerana sy yakin marah saudara kerana agama dan teguran saudara kerana menjaga kesucian agama. justeru moga2 yang membaca tulisan ini juga akan terpanggil untuk membuat koreksi diri. namun, kita ini siapalah untuk menghukum. cukup saja usaha kita menasihati dan mengajaknya kembali kepada Allah kerana hidayah itu milik Allah. apa yang boleh dilakukan sebagai sahabat yang baik adalah terus menasihati ke arah kebaikan dan mendoaknnya insaf serta bertaubat atas kesalahan yg pernah diperbuat.
Betul apa yang CikPuan kata, Kita harus mendoakan kebaikan untuk sahabat kita walau apa pun yang dia buat. Serba salah itu adalah kerana iman saya yang lemah lebih-lebih lagi bila orang yang berkahwin itu menganggap dosa pergaulan bebas sebelum kahwin akan terhapus bila berkahwin.
ustaz selalu cakap, bercinta lepas kawin memang terbaik, boleh elakkan berbagai godaan syaitan..
Denaihati recently posted..Bagaimana memasukkan table ke dalam artikel
Zaman sekarang ini, sukar untuk mencari pasangan sebegini…
Emm memang akan ada rasa serba salah macam ni..kan diam jadi masalah juga..hehe
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #93 â Tolong Jawabkan
nasihat dari seorang sahabat itu perlu..itu dikira kewajipn kita..mnasihati sesama saudara Islam, jika salah, kita betulkan kan, yang dinasihati tu pula perlu bersikap terbuka dlm menrima teguran..teguran yang baik la..bukn tegur dengan cara yang salah..
Yaya recently posted..IT’S ONITSUKA TIGER!