Setiap Perancangan Memburu Impian Perlukan Supplemen

Setiap orang mempunyai impian. Impian untuk berbuat sesuatu atau memiliki sesuatu dalam hidupnya. Orang yang tidak memiliki impian, bermakna kehidupannya telah ‘mati’.

Dan setiap orang berharap yang impiannya akan menjadi kenyataan.

Impian dapat memotivasi dan memberi inspirasi dalam setiap pekerjaan bila kita percaya yang kita dapat menggapainya, percaya yang impian itu boleh menjadi kenyataan. Bagaimanapun percaya sahaja tidak cukup.

Percaya sahaja tidak memungkinkan kita meraih impian. Percaya perlukan pelan rancangan. Bagaimanapun pelan rancangan atau perancangan sahaja tidak cukup. Perancangan perlukan tindakan.

Kata pemotivasi, sekiranya anda mahu mencapai kejayaan…bertindaklah!

Namun sebenarnya, tindakan sahaja tidak cukup. Setiap tindakan kita tidak menjamin kejayaan. Namun yang pastinya, orang yang tidak bertindak tidak akan mencium bau kejayaan. Orang yang bertindak tidak semestinya berjaya, tapi orang yang berjaya ialah orang yang mengambil tindakan.

Apa yang membuatkan seseorang itu berjaya dalam tindakannya dan banyak yang lain tidak berjaya?

Ini sebenarnya bergantung kepada perancangan yang dibuatnya. Perancangan yang bagus, yang dibuat dengan teliti akan dapat menjamin kejayaan. Perancangan yang tidak bagus, yang dibuat sambil lewa tidak dapat menjamin kejayaan.

Perancangan bagus yang dibuat dengan teliti akan membuatkan tindakan kita juga bagus dan setiap aspek tindakan kita akan dibuat dengan teliti.

Perancangan tidak bagus dan dibuat dengan sambil lewa akan menjadikan tindakan kita juga sambil lewa sahaja. Keputusan yang kita dapat, asyik tidak bagus.

Kita memerlukan 5K sebagai supplemen untuk menjadikan perancangan memburu kejayaan itu sebagai perancangan yang bagus.

Apa itu 5K? Iaitu 5 ciri atau 5 perkataan yang bermula dengan huruf K.

Pada nota seterusnya akan mencatatkan apa itu 5K.

p/s: Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada  pengunjung ahmadyani.com. Didoakan, ramadhan ini akan menjadikan kita muslim super!

Sebarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge