Shisha Haram!

Jawatankuasa Fatwa Perlis telah mengeluarkan fatwa bahawa amalan menghisap shisha adalah haram.

Fatwa ini dikeluarkan pada 24 Jun 2013. Sebelum ini pada 2009, Melaka juga telah mengharamkan shisha. Negeri lain belum berbuat seperti Melaka dan Perlis.

shishas

Shisha diharamkan kerana menghisap shisha membawa mudarat yang besar kepada kesihatan, lebih besar mudaratnya daripada menghisap rokok.

Majlis Fatwa Kebangsaan belum lagi membuat keputusan. Akan tetapi menurut kata Orang Besar di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), keputusan akhir lebih condong kepada mengharamkan amalan menghisap shisha. Asasnya kerana, antara rokok dan shisha, shisha lebih bahaya. Logiknya kalau rokok diharamkan, yang lebih bahaya dari itu tentulah lebih patut diharamkan.

Mungkin sedikit info tentang shisha ini menjadi fakta kuat untuk Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengharamkan shisha;…

1 # WHO – Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengeluarkan kenyataan bahawa shisha mengandungi bahan yang 400 lebih berbahaya berbanding rokok.

2 # Shisha mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam jumlah kepekatan yang tinggi.

3 # Mereka yang hisap shisha akan menyedut sebanyak 50 hingga 200 kali sekali penggunaan yang bersamaan 0.15 hingga 1 liter asap selama 20 hingga 80 minit.

4 # Setiap batang paip shisha bersamaan 40 batang rokok tapi bahayanya seperti menghisap lebih 102 batang rokok.

Amalan menghisap shisha berleluasa ekoran pertambahan restoran Arab.

Bila pergi ke restoran Arab, cukuplah sekadar makan makanannya yang pelbagai dan sedap untuk sesekali menukar rasa lidah. Dan ‘habiskan’ duit hanya itu itu. Kenapa menghabiskan duit hanya untuk asap yang memudaratkan kesihatan?

Share

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge