Shopee Melancarkan Portal Buy Malaysia sebagai Menyahut Kempen Beli Barangan Malaysia

Shopee menyahut dan menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia dengan melancarkan portal Buy Malaysia bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan penjual serta perniagaan tempatan.

Ketua Produk Pengguna Cepat Laris (FMCG) Shopee Malaysia, Tan Ming Kita berkata, pengenalan portal Buy Malaysia dalam aplikasi Shopee dapat memperluaskan penawaran produk buatan Malaysia dengan lebih progresif menerusi Kempen Beli Barangan Malaysia bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap barangan import.

Menerusi Buy Malaysia, portal dalam aplikasi bercirikan Jalur Gemilang boleh dikenal pasti dengan mudah di aplikasi mudah alih dan laman web Shopee.

# Baca >> CARA MEMULAKAN BISNES DI SHOPEE

Selain membantu mempromosikan peniaga tempatan, Shopee dengan kerjasama sektor awam menawarkan diskaun mingguan istimewa, pulangan tunai dan baucar penghantaran percuma.

Bagi Kerajaan Malaysia pula melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), menyasarkan jualan sempena Kempen Beli Barangan Malaysia mencecah RM513 juga bagi tempoh enam bulan (Julai – Disember).

Menterinya, Datuk Alexander Nanta  Linggi, berkata sasaran lebih tinggi daripada RM430 juta bagi tempah sama tahun lalu dipacu suntikan kewangan oleh kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) untuk rakyat berbelanja.

KPDNHEP menjangkakan 13,000 produk dan perkhidmatan tempatan akan ditawarkan menerusi kempen ini untuk memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia menyokong barangan buatan Malaysia.

Kempen beli barangan Malaysia adalah penting bagi membantu usahawan tempatan selepas terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kerajaan berharap kempen ini dapat membantu usahawan tempatan mengekalkan perniagaan dan menjamin sektor pekerjaan negara pasca PKP.

Kerajaan dan pihak swasta perlu berganding bahu membangunkan semula ekonomi Malaysia.

Kita berdoa ekonomi Malaysia pulih dengan cepat.

===

Mungkin anda perlukan ini:

>> Cara bagaimana anda boleh mulakan bisnes bakeri dari rumah dan membantu menjana ekonomi keluarga dengan pendapatan sampingan 3 – 4 angka sebulan!

 

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge