Sisi Ungku Aziz Yang Jarang Diketahui

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Profesor Diraja Ungku Aziz lebih dikenali sebagai Pak Ungku. Individu yang jarang menonjolkan diri, namun cukup terkenal sebagai ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.

Idea beliau yang cukup terkenal ialah penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji, pengasas Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan penubuhan beberapa falkulti di Universiti Malaya ketika beliau menjadi Naib Canselor.

Ada beberapa sisi pada diri Pak Ungku yang jarang diketahui umum. Di sisi saya catatkan beberapa perkara yang baharu saya tahu tentang Pak Ungku ini,

1# Pada 2012, umur beliau mencecah 90 tahun namun masih sihat bertenaga. Beliau mengamalkan pemakanan sihat dan mengikuti peraturan menjaga kesihatan bersandarkan buku, Fit For Life oleh J Diamond.

2# Setiap selepas subuh, Pak Ungku mencabar mindanya dengan membuat sudoku atau membaca buku-buku ‘berat’.

3# Setiap hari akan membaca Financial Times untuk mengetahui perkembangan ekonomi, bidang yang paling diminatinya.

4# Bekerja 7 hari seminggu dan sentiasa berada di pejabat ketika tiada majlis-majlis rasmi.

5# Tidur jam 11.30 atau 12 tengah malam dan bangun jam 6 pagi.

6# Berehat 1 jam sehari antara jam 3 hingga 4.

7# Setiap hari akan melakukan senaman ringan di rumah sebelum ke pejabat.

8# Berani memberi gelar ‘profesor kangkung’ kepada ahli akademik yang tidak berusaha memperbaiki diri.

9# Tidak mahu menjadi hamba Internet kerana itu jarang melayari Internet.

10# Tidak suka ‘dikawal’ oleh alatan elektronik, sebab itu tidak gemar menggunakan gajet-gajet terkini.

11# Sentiasa bimbang dengan orang Melayu yang suka merempit, bersikap ‘tidak apa’ dan kurang membaca.

12# Juga bimbang dengan sikap orang Melayu yang inginkan lebih. Jika ada satu kereta, mahukan dua. Inginkan lebih ini bukan untuk keperluan hidup, akan tetapi lebih kepada berlagak.

13# Mempunyai koleksi buku peribadi lebih daripada 4,000 naskhah

Pak Ungku adalah bapa kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

 

5 thoughts on “Sisi Ungku Aziz Yang Jarang Diketahui

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge