Siti – Isu Perdana

Saya ada pernah memberitahu yang antara hobi dan minat saya ialah mengumpul majalah, akhbar atau penerbitan keluaran sulung, edisi perdana atau bilangan#1.

Bagaimanapun, minat atau hobi ini tidaklah ‘mencengkam’ akal dan hati saya sangat. Di sebabkan itu, ada juga penerbitan yang terlepas pandang. Bila sedar penerbitan ini ada dalam pasaran, ia sudah masuk keluaran 3-4. Mahu cari Bil.#1 sudah susah.

Saya juga ada pernah memberitahu mahu meletakkkan keluaran#1 ini sebagai salah satu entri blog ini. Sekadar untuk pengetahuan. Boleh jadi sebagai satu bahan ketika tiada idea untuk menulis.

Ini bukan Wordless setiap rabu, jadi akan ada sedikit catatan tentang keluaran#1 atau Isu Perdana ini. Contohnya catatan tentang siapa penerbit, pengarang, tahun terbit, konsep isi dan apa-apa catatan yang sepatutnya sekadar yang saya tahu.

Dan nota kali ini ialah majalah SITI, Identiti Wanita Malaysia.

Siti-IsuPerdana-Blog001Mula terbit; 1993 tidak pula dicatatkan bila bulannya.
Penerbit; Dayaramis ‘M’ Sdn Bhd, Taman Permata, Ulu Klang.
Ketua Pengarang; Yusof Harun
Tim. Ketua Pengarang; B.H.Amir
Pengarang; Rumizan Ayob

Muka depan majalah ini ialah Tun Dr. Siti Hasmah dan rencana utamanya ialah kisah hidup beliau. Siti sebagai nama majalah ini bukan bermaksud nama beliau tapi Siti mengambil sempena nama wanita Islam pertama iaitu Siti Khadijah yang melahirkan penghulu wanita di syurga iaitu Siti Fatimah.

Majalah ini seperti kata pengarangnya diterbitkan sebagai penghormatan kepada wanita. Dan tentulah kebanyakan isinya adalah cerita tentang wanita. Ada juga kisah lelaki.

Seingat saya, majalah ini tiada sambungannya. Tiada keluaran ke 2. Tidak ingat pula saya kalau saya terlepas pandang isu seterusnya. Maklumlah tahun 1993.

Share

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge