Sudah Beroperasi Di Kedai Baharu

Melalui blog ini, saya diminta untuk memaklumkan bahawa Safa Bakery & Cafe (sebelum ini dikenali Ikhwan Cake House) sudah beroperasi di kedai serba baharunya di Lot 1-12, Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

kedai roti melayu

Medan Mara adalah bangunan HQ Majlis Amanah Rakyat (MARA). Duduk letaknya di sebelah bangunan Komplek Pertama. Medan Mara bercantum bangunan dengan Busana Menara Mara. Dua bangunan ini, Medan Mara dan Busana Mara adalah milik MARA. Di sebelah bangunan Busana Mara adalah Maju Junction.

medan mara dan busana mara

Medan Mara mengadap Jalan Raja Laut. Sementara Busana Mara mengadap Jalan T.A.Rahman.

Dahulunya, dapur kedai dan ruang jualan adalah terpisah oleh dinding. Sekarang terbuka. Pelanggan boleh melihat pekerja dapur melakukan kerja. Tujuannya untuk menghilangkan keraguan pelanggan. Bahawa roti di kedai ini, dibuat sendiri di kedai dan orang Melayu yang membuatnya.

kedai roti murah

kedai roti muslim

kedai roti sedap

Melalui blog ini, saya mewakili pemilik kedai ini, menjemput semua untuk berkunjung ke kedai ini.

Share

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge