Kelaparan besar pernah melanda seluruh Eropah antara tahun 1840-1850. Dikenali dengan ‘The Great Hunger’. Seluruh penduduk di Eropah menderita. Namun yang paling parah menderita adalah penduduk di Ireland dan Scotland.
Kelaparan besar terjadi bila tanaman kentang yang menjadi makanan ruji tidak menjadi. Sementara kentang yang sedia ada diserang ulat dan kulat berbahaya sehingga tidak boleh digunakan sama sekali.
Kematian akibat tragedi kelaparan besar ini melebihi 1 juta orang. Penduduk Ireland berhijrah secara besaran-besaran mencari tempat yang lebih baik di Amerika membuatkan penduduk Ireland berkurang sebanyak 25 peratus.
Pada 1847, Sultan Abdul Majid 1, Khalifah Dinasti Uthmaniah Turki menyatakan hasrat kepada Ratu Victoria untuk mengirimkan bantuan sebanyak 10,000 Paun Sterling (sekarang bersamaan 1.6 USD juta lebih) untuk membantu penduduk Ireland. Ireland dan Scotland ketika itu di bawah kekuasaan England.
Akan tetapi Ratu Victoria meminta Sultan Abdul Majid untuk mengirim 1,000 Paun Sterling sahaja. Tentulah aneh bila Ratu Victoria menolak bantuan 10,000 dan hanya meminta 1,000 Paun Sterling sahaja.
Rata-rata ahli sejarah berpendapat Ratu Victoria tidak mahu Sultan Abdul Majid menerima pujian lebih daripada dirinya. Ratu Victoria hanya membantu sebanyak 2,000 Paun Sterling sahaja (sekarang bersamaan 336 USD ribu lebih), jauh lebih kecil daripada tawaran bantuan Sultan Abdul Majid. Ratu Victoria mahu Sultan Abdul Majid kelihatan membantu kurang daripada dirinya.
Sultan Abdul Majid setuju untuk mengirim bantuan sebanyak 1,000 Paun Sterling. Akan tetapi dalam diam-diam Sultan mengirim 3 kapal besar yang penuh muatan makanan ke Ireland.
Pemerintah England yang tahu keberangkatan 3 kapal dari Turki berusaha untuk menahan 3 kapal yang penuh muatan bekalan makanan itu. Namun 3 kapal itu selamat berlabuh di Pelabuhan Drogheda. Selamat memunggah muatan dan mengagihkan bantuan dan kapal itu selamat kembali ke Turki.
Pembesar dan Bangsawan Ireland menyampaikan pujian dan rasa terima kasih kepada Khalifah Dinasti Uthmaniah Turki, Sultan Abdul Majid 1. Lebih-lebih lagi bila mengetahui ekonomi Turki ketika itu juga dalam keadaan ‘teruk’. Mereka berharap agar tindakan Sultan Turki itu menjadi contoh kepada pemimpin Negara lain.
Pujian dan rasa terima kasih itu disampaikan melalui surat rasmi yang sehingga kini masih disimpan rapi di Muzium Kebangsaan Turki.
Bantuan daripada pemerintah Islam Turki itu sangat membekas dalam hati masyarakat Ireland. Terutamanya bagi mereka yang tinggal dekat dengan Pelabuhan Drogheda. Mereka menganggap Turki seperti saudara sendiri.
Sesiapa yang berkunjung ke Ireland khusunya ke Drogheda dapat menyaksikan hal-hal yang bercirikan Negara Turki.
Sebuah hotel di Drogheba, The WestCourt Hotel meletakkan sebuah plat penghargaan di luar dinding hotel menyatakan terima kasih kepada pelaut kapal Turki yang bermalam di situ selepas memunggah muatan kapal sebelum pulang semula ke Turki.
Bahkan salah satu kelab bola Ireland, Drogheda United FC menjadikan lambang Dinasti Uthmaniah Turki sebagai lambang kelab mereka sebagai penghormatan dan rasa terima kasih atas bantuan itu.
Lambang itu bukan sahaja melambangkan Dinasti Uthmaniah Turki, lambang bulan sabit dan bintang itu sebenarnya sudah menjadi lambang yang mewakili Islam.
Mereka bangga dengan lambang bulan sabit dan bintang itu di saat ramai umat Islam yang bangga dengan jersi bola sepak yang punya lambang salib.
Subhanallah.
Begitulah bila pemerintah benar-benar memerintah mengikut acuan yang digariskan oleh Islam tanpa dicampurkan dengan acuan-acuan lain.
NOTA# Dikatakan bahawa selepas terbinanya Masjid Biru, Sultan Muhammad alFateh berfikir bagaimana mahu membezakan Masjid Biru sebagai masjid dan Aga Sophia yang kelihatan sama.
Pembesar di sekeliling baginda tidak dapat memberikan idea. Ketika itulah dikatakan Sultan terpandang bulan sabit yang betul-betul kelihatan ‘terletak’ di hujung menara Masjid Biru dan ada sebutir bintang di sisinya.
Sejak itulah Sultan Muhammad alFateh menjadikan bulan sabit dan bintang sebagai lambang masjid dan sekarang sekaligus dianggap sebagai lambang Islam.
===
Mungkin anda perlukan ini:
Wah, rasa nak menangis baca entri ni. kagum dengan Dinasti Uthmaniah Turki.
Ani Haryani recently posted..Turunkan Darah Tinggi Dengan Sihat Supaya Tidak Lagi Sakit Kepala & Sentiasa Tersenyum
Kisah-kisah sebegini sebenarnya cuba ‘ditutup’ supaya tidak diketahui orang.
baru tau gitu al kisahnya…
AUC recently posted..Ubat Sakit Lutut yang Mujarab
Kalau kita selongkar lebih dalam, akan ada banyak kisah sebegitu….
Sejarah Islam ni kalau kita baca semula memang dapat memberi kesan kepada kita
zara recently posted..Tips Membeli Breast Pump Yang Terbaik Dan Berbaloi Untuk Wang Anda
Sejarah Islam sebenarnya adalah ‘sebuah buku motivasi’ yang baik daripada buku-buku motivasi sedia ada…
Antara subjek yang saya suka waktu sekolah dulu ialah Sirah
Khairul Zamri recently posted..Jana Pendapatan Dengan Bisnes Burger
Sirah atau tarikh atau tawarikh…
serius tuan saya suka baca kisah ni, baru tahu ada kisah hebat dalam Islam yang kita x tahu
myrujukan recently posted..Betulkah Tinted Kereta Dapat Menahan Haba Panas
Satu sebab kita tak tahu kerana banyak juga sejarah Islam yang ‘disorok’, juga kerana tidak tidak menyelongkar sepenuhnya…
kisah hebat yang harini tak ramai orang tahu
Uncle Zuan recently posted..Kenapa Ulang Alik? Kenapa Tak Sewa Kat KL je?Â
Ia ada kena mengena dengan Freemason. Bila kita baca tentang Illuminati, Freemason dan lihat keadaan sekeliling sekarang, mereka ada di mana-mana. Anggotanya adalah rakyat kita sendiri . Sejarah Turki memang menarik. Saya teringin nak ke sana untuk menyaksikan Kamal Attaturk yang tidak di terima bumi.Itu sebagai peringatan untuk kita.
rahimah recently posted..Bercuti Ke Turki ? Jangan Beli Aiskrim Mereka Jika Anda Jenis Panas Baran.