Tahniah! Anda mendapat jualan!

Alhamdulilllah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Syukur teramat aku kepada Allah.

Bila sesekali buka Gmail dapat tajuk email sebegini….Tahniah! Anda mendapat jualan!

Dan isinya bertulis begini,

Hi ahmad yani,
Tahniah! Anda telah berjaya mendapatkan komisyen.
Sila login ke dalam akaun anda untuk melihat statistik dan jumlah komisyen yang terhasil.

Ini email dari klikjer dan ini komisen affiliate!

Kepada mereka yang bertanya kepada aku,

“Apa yang kau dapat daripada blog yang kau bina ini?”

Ini jawapannya. Aku dapat komisen affiliate.

Bila usaha yang tidak seberapa ini ada juga hasilnya. Siapa pula yang tidak gembira? Aku gembira dan aku bersyukur kepada Allah dengan rezeki komisen ini.

Tidak tahu pula produk apa terjual yang membolehkan aku mendapat komisen ini.

Mungkin daripada PANDUAN BISNES AIR BALANG yang boleh menjana pendapatan RM7000 sebulan.

Atau daripada PANDUAN BISNES AISKRIM yang boleh menjana pendapatan RM5000 sebulan.

Atau juga mungkin daripada PANDUAN BISNES BURGER yang bila diusahakan dengan bersungguh dan dengan cara yang betul mampu memberikan pendapatan RM5000 sebulan.

Ya, komisen yang aku dapat tidak banyak seperti sesetengah pemilik blog dan pemasar affiliate yang lain. Yang pendapatan mereka kadang kala mencecah ribu ribu sebulan hanya daripada affiliate sahaja.

Tapi aku percaya yang banyak itu mulanya daripada yang sedikit.

Nanti aku percaya, ia akan banyak…

Tahniah! – Anda mendapat jualan!

Tahniah! – Anda mendapat jualan!

Tahniah! – Anda mendapat jualan!

Tahniah! – Anda mendapat jualan!

Tahniah! – Anda mendapat jualan!

Tahniah! – Anda mendapat jualan!
….
….
….
MasyaAllah…berapa banyak Tahniah ha…..

 

Share

15 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge