Tahniah Dan Selamat Pengantin Baru Kepada Nur Amalina Yasmin dan Mohd Nizam

Sekali lagi sabtu hujung minggu aku hadir ke majlis kahwin adik sepupu. Dua minggu sebelumnya, adik sepupu kahwin di Kampung Luat. Kali ini di Teluk Intan.

Tahniah dan salam pengantin baru untuk adik sepupu Nur Amalina Yasmin dan suaminya Mohd Nizam.

Majlis perkahwinan berlangsung pada Sabtu 14 September 2019, bertempat di Dewan Kompasti, Kampung Padang Tembak, Teluk Intan Perak. Aku tidak dapat hadir ketika majlis akad nikah yang diadakan pada paginya, di Masjid At Taqwa yang terletak berhampiran.

Begitu cepat masa berlalu. Adik kecil yang keluarga panggil baby sudah besar dan sekarang sudah menjadi isteri orang.

Entah masih sesuai dipanggil baby lagi atau tidak yang empunya dirilah yang tentukan.

Kiranya opah masih ada, entah bagaimana perasaannya. Cucu yang dibelanya masa kecil sampai tadika, sekarang punya tanggungjawab besar sebagai isteri orang.

Teringat-ingat, dulu masa opah masih ada dan aku selalu balik raya aidilfitri di kampung. Sekali dua hari raya, aku berdua dengan adik sepupu Nur Amalina Yasmin yang terpaksa melayan tetamu yang hadir beraya.

Adik sepupu Nur Amalina selalu dihantar balik semasa cuti untuk bersama opah sewaktu sudah mula sekolah rendah di Teluk Intan. Begitu juga cuti raya, dia dihantar pulang dulu.

Ketika orang tuanya atau keluarga yang lain sampai petang raya. Jadi paginya, kami berdua yang sibuk melayan tetamu. Opah sudah tidak berdaya sangat. Tok memang sudah tidak ada ketika itu.

Masa lalu hanya jadi kenangan. Masa hadapan lebih penuh cabaran untuk ditempuh.

Rupanya adik sepupu Nur Amalina berkahwin dulu walau bertunang sekali dengan kakaknya. Kakaknya menetapkan bulan tiga tahun depan untuk menjadi isteri orang.

Dua perkahwinan adik sepupu yang aku hadir ini adalah sepupu sebelah mak.

Ayah kepada adik sepupu Nur Amalina yang di Teluk Intan ini adalah adik mak yang bongsu. Walau bongsu, kami panggil Pak Teh bukan Pak Su atau Chu.

Itu kerana opah berharap dapat anak lagi. Tapi takdirnya, anak opah sampai pada Pak Teh sahaja.

Tahniah Pak Teh Ahmad Sakri bin Nordin dan Mak Teh Zuraini binti Mazani kerana dapat menantu. Tahniah Ikha, Nabila dan Danish kerana dapat ipar.

Alhamdulillah, majlis dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Langit juga ‘merestui’ dengan curahan hujan yang lebat juga. Walau hujan lebat, tempiasnya tidak masuk ke dalam dewan. Jadi tidak terganggu mereka yang makan hampir ke pintu.

Aku berdoa kepada Allah, moga adik sepupu Nur Amalina Yasmin menjadi isteri yang solehah. Dan suaminya Mohd Nizam menjadi suami yang soleh. Anak keturunan mereka berdua adalah anak-anak yang soleh dan solehah.

Keluarga yang diredhai dan diberkati Allah. Keluarga yang bahagia. Keluarga yang dimurahkan rezeki. Keluarga yang diberikan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Akhir sekali lagi…

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ADIK SEPUPU NUR AMALINA YASMIN BINTI AHMAD SAKRI DAN MOHD NIZAM BIN HJ ROSLAN

Share

2 comments

Leave a Reply to Wan Syahida Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge