Tanpa Kayu, Negara Kita Masih Boleh Maju

Bermula tahun ini, negara China tidak lagi membenarkan pokok kayu ditebang secara komersil.

Negara Gajah Putih, Thailand di utara negara kita juga sudah haramkan penebangan pokok balak sama seperti China.

Tanpa pokok, tanah akan ditimpa air hujan yang lebat sekaligus menjadi salur air deras ke sungai. Sungai melimpahkan air banjir ke sekitarnya. Pokok adalah ‘payung’ tanah. Air hujan, walau lebat akan jatuh dengan ‘lembut’ ke tanah setelah menimpa dedaun pokok. Tanah mempunyai masa untuk menyerap air hujan yang jatuh dengan ‘lembut’ ini.

2 negara ini tidak mahu lagi menanggung risiko banjir akibat tanah yang tidak dapat menampung air hujan. Kos untuk menampung kerugian selepas banjir tidak dapat ditampung dengan keuntungan pokok kayu yang ditebang.

Dengar khabarnya kilang-kilang kayu di Malaysia sudah banyak mengirim kayu kepada 2 negara ini kerana permintaan yang tinggi, hinggakan stok kayu agak ‘susah’ diperolehi. Mereka yang menempah kayu untuk kegunaan rumah atau apa pun ke tunggu lama sikit sebelum mendapatkannya.

Bila negara kita Malaysia mahu bertindak seperti 2 negara ini. Tidakkah siri banjir besar yang pernah melanda Malaysia terutama di Kelantan dahulu boleh dijadikan pengajaran?

Mungkin pemimpin kita berfikir panjang untuk melaksanakannya. Ini soal kantung negara.

Tapi cuba fikirkan ini.

Negara kita dikeliling oleh laut, jadi industri perikanan dan berkaitan dengannya boleh menjana wang kepada negara.

Negara kita tanahnya subur, jadi industri pertanian dan berkaitan dengannya boleh menjana wang kepada negara.

Negara kita flora dan faunanya menakjubkan, jadi duit pelancong dan apa-apa yang berkaitan dengan pelancong boleh menjana wang kepada negara.

Negara kita hasil mahsulnya melimpah ruah, jadi minyak dan emas contohnya boleh menjana wang kepada negara.

Negara kita boleh hasilkan banyak benda baru dengan idea generasi muda yang boleh menjana wang kepada negara.

Negara kita juga selama ini banyak menjana wang dengan idea dan keringat generasi lama.

Jadi tidak ada apa ruginya jika Malaysia menutup Industri Perkayuan Negara walau nilainya billion. Kita boleh gantikannya dengan Industri Buluh dan Kayu Getah Negara.

Kerana Malaysia dengan pokok-pokok lebih bermakna dan bernilai tropikanya. Apa maknanya jika tropika Malaysia yang gondol, seperti padang rumput Monggolia.

Agak-agaknya rintihan hati yang dalam ini didengarkan oleh mereka yang di tangannya memegang amanah kuasa?

Share

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge