Tentera Allah Telah Datang Ke Malaysia!

Ada negara di dunia ini tidak begitu disukai kerana karenah dan campur tangan politik dan tentera mereka yang dianggap melampau di sebahagian negara Islam. Semua orang tahu apa negara yang tidak disukai itu dan di mana negara Islam yang terlibat.

Dan ketika negara yang tidak disukai itu dilanda malapetaka alam, sebahagian orang cenderung menyatakan malapetaka alam ini adalah ‘tentera’ yang Allah datangkan sebagai pengajaran dan pembalasan atas kejahatan yang negara ini lakukan ke atas negara-negara Islam.

Ilmu saya tidak sampai setinggi itu untuk menentukan setiap kejadian yang menakutkan sebagai ‘tentera’ Allah. Kalau pun benar Allah menghantar puting beliung, ribut taufan, banjir besar, kemarau kontang dan yang lain sebagai tenteraNya, saya tidak layak untuk menyebutnya.

Sesuatu yang cenderung kita fikirkan tidak akan berlaku sudah pun berlaku!

puting beliung melanda malaysia

Puting beliung yang kita dengar dan tahu asyik ‘menyerang’ bandar dan negeri di Amerika Syarikat, sudah mula datang ke Malaysia.

Entah apa maksud Datuk Che Gayah Ismail, Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia, bila beliau berkata puting beliung di Malaysia adalah fenomena biasa. Bukan sesuatu yang luar biasa. Katanya lagi, bila ia cepat disebarkan khususnya melalui media sosial, ia seolah-olah menjadi perkara luar biasa. Beliau juga menegaskan kesan puting beliung di Malaysia tidak seteruk di Amerika Syarikat.

Teruk atau tidak teruk kesannya, ia tetap puting beliung!

Yakjuj Makjuj juga adalah malapetaka alam. Cumanya ia belum berlaku. Ketahui apa itu Yakjuj Makjuj melalui kupasan yang lain daripada biasa. KLIK DI SINI!

Malaysia tidak berada dalam lingkaran gunung berapi yang boleh menyebabkan gempa bumi di Malaysia. Dulunya bila negara jiran dilanda gempa, rakyat Malaysia boleh tidur lena. Besoknya bila gempa masuk berita TV dan keluar dalam berita akhbar, baharulah rakyat Malaysia tahu…oh! Di sana berlaku gempa bumi!

Sekarang bila berlaku gempa bumi di negara jiran, ada sebahagian rakyat Malaysia tidak boleh tidur dan tidak boleh buat kerja. Kerana rumah bertingkat-tingkat mereka bergoyang. Kerana bangunan tempat mereka bekerja turut bergegar. Rumah tidak runtuh. Bangunan pejabat tidak rosak, tapi hakikatnya gempa telah sampai ke Malaysia!

Apa yang hendak kita kata dengan apa yang berlaku ini? Individu-individu yang menganggap ribut dan puting beliung yang melanda Amerika Syarikat sebagai ‘tentera’ Allah, apa pula yang hendak dianggap dengan ribut dan putting beliung yang melanda Malaysia?

Apa yang hendak dianggap dengan gempa yang sudah mula dirasai kesannya di Malaysia?

Ribut kencang, putting beliung, gempa, letusan gunung berapi, banjir besar, kemarau kontang dan sebagainya adalah ciptaan Allah. Perubahan cuaca dunia atau pemanasan global hanyalah ‘asbab’ terjadinya semua perkara itu. Dan seperti yang dikatakan umum, manusialah yang menjadi ‘asbab’ kepada perubahan cuaca dunia.

Share

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge