Terbuang Tidak Dipandang Sedangkan Boleh Buat Duit Dengan Daun Pokok Ketapang

Anda tahukah yang Pokok Ketapang dan daunnya bernilai tinggi dari sudut kesihatan.

Apakah anda juga tahu yang ada orang boleh buat banyak duit dengan daun ketapang.

Pokok ketapang adalah tumbuhan liar yang memang tumbuhan asal di Asia Tenggara beriklim tropika. Boleh tumbuh subur di mana sahaja yang tanahnya berpasir tetapi lebih banyak tumbuh di tepi laut dan sungai.

Kerana ia mudah tumbuh , rimbun dengan daun yang besar dan lebar, maka Pokok Ketapang selalu dijadikan pokok hiasan dan teduhan terutama di tepi lebuh raya. Pokok ini memang cantik.

Malangnya, hanya itu diketahui orang akan kegunaannya. Tidak diketahui bahawa Pokok Ketapang mempunyai nilai kesihatan.

Kajian yang dibuat di makmal mendapati, kesemua bahagian pokok  ini iaitu buah, daun, kulit pokok dan akarnya mengandungi beberapa jenis acid dan mineral yang baik untuk kesihatan.

Jadi agak menghairankan kenapa kajian ini tidak dibuat secara mendalam sekaligus mengkomersialkan produk daripada pokok ini.

Apa fungsi kesihatan Pokok Ketapang ini?

DAUN POKOK KETAPANG

Orang-orang tua dahulu selalu menggunakan daun Ketapang ini untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Boleh juga mengatasi masalah batuk-batuk.

Air rebusan daun Ketapang boleh bertindak sebagai tonik yang mampu menghentikan masalah cirit birit. Juga masalah cacing dalam perut dan usus.

Jika daunnya dihancur menjadi seperti pes dan dimasukkan dalam air mandian, boleh menghilangkan ruam-ruam badan. Pes itu juga boleh dijadikan ubat pupuk untuk rawatan sakit-sakit tulang.

BUAH POKOK KETAPANG

Rasa isi buah Ketapang, pahit-pahit manis. Tidak sesuai dimakan begitu sahaja. Ada yang memanggang biji buah Ketapang dan memakannya seperti kekacang.

Biji ini bila dimakan bersama sarang madu lebah, mampu menghilangkan bau busuk kentut dan mengelakkan najis berdarah (mampu membersihkan kotoran usus).

Biji ini juga bila dimakan boleh merangsang air susu ibu selepas bersalin.

Minum air rebusan buah Ketapang ini, boleh meredakan demam, cirit birit dan masalah semput (asma).

AKAR POKOK KETAPANG

Seperti buah dan daun, akar Pokok Ketapang ini juga boleh mengatasi masalah yang sama.

Akarnya direbus seperti merebus buahnya. Airnya diminum untuk rawatan demam, masalah hati, masalah hempedu dan membersihkan usus.

Air rebusan akar ini juga boleh disapu pada kudis dan bisul atau disapu pada putting payu dara bagi ibu yang menyusukan anak bagi menghilangkan ‘sakit gigitan’ anak yang menyusu.

KEGUNAAN LAIN POKOK KETAPANG

Batang Pokok Ketapang agak keras, jadi sesuai juga dijadikan papan kayu perahu, perabut dan alatan kayu lain. Juga selalu dijadikan bahan kayu bakar.

Cumanya kayu dari pokok ini disukai anai-anai, jadi tidak sesuai dijadikan apa-apa produk yang diletakkan atas tanah.

Penduduk di India dan Sri Lanka menggunakan daun, kulit atau akar pokok ini untuk menyamak kulit.

Di India dan Sri Lanka juga terdapat sejenis ulat sutera (Indian Silt Worm – bukan yang sejenis di China) yang memakan daun Pokok Ketapang ini.

KETAPANG LIAR DAN KETAPANG HIASAN

Jika mahu menggunakan apa-apa bahagian Pokok Ketapang ini untuk kesihatan, pastikan diambil dari Pokok Ketapang liar yang tumbuh subur sendiri di hutan.

Bukan diambil dari Pokok Ketapang hiasan di taman terutamanya bukan di tepi lebuh raya. Pokok Ketapang hiasan ini sudah menyerap asap kenderaan dan bahan logam berat yang lain.

Begitu juga seperti pengambilan herba yang lain (jenis makan). Ia tidak oleh diambil secara berlebih atau banyak sekaligus.

BUAT DUIT DENGAN POKOK KETAPANG

Secara tepatnya Buat Duit Dengan Daun Ketapang.

Apa yang membuatkan Daun Ketapang bernilai dari sudut kewangan dan bagaimana caranya buat duit dengan Daun Ketapang ini?

Tadi sudah diberitahu, jika mahu jadikan Ketapang untuk rawatan kesihatan hendaklah pilih Ketapang liar di dalam hutan yang baik udara dan bebas ‘kotor’. Kerana Ketapang hiasan terutama di tepi lebuh raya telah menyerap asap dan bahan kimia.

Kerana fungsi ‘menyerap kotoran’ inilah daun Ketapang mendapat permintaan tinggi.

Peminat ikan hiasan akan meletakkan daun ini dalam akuarium ikan belaan untuk mengawal PH air dan untuk menyerap bahan kimia (berbahaya kepada ikan) yang terdapat di dalam akuarium.

Peminat ikan hiasan di Asia Tenggara boleh mendapatkan daun Ketapang ini di mana sahaja tetapi sukar didapati oleh peminat ikan hiasan di barat. Pokok Ketapang tidak boleh hidup di negara bermusim.

Jadi DAUN POKOK KETAPANG INI BOLEH DIJUAL kepada peminat atau pengusaha akuarium di negara barat. Mereka memang mencari daun ini.

Bagaimana mahu menjualnya? JUAL DI EBAY!

Lihat gambar di bawah, ada penjual yang menjana pendapatan tinggi dengan hanya menjual daun kering Ketapang di ebay.

OK, Daun Ketapang mudah didapati tetapi bagaimana cara menjual di ebay. Jika anda tidak pandai menjual di ebay. Panduan di bawah boleh membantu:

>>> PANDUAN MENJUAL DI EBAY <<<

Share

6 comments

Leave a Reply to Encik Hafiz™ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge