Terima Kasih Tuan Izman Pauzi Untuk Dua Buku Yang Bagus

Terima kasih kepada Tuan Izman Pauzi.

Saya sudah menerima 2 buah buku yang tuan kirim. Saya masukkan duit malam dan pagi besoknya sudah dibuat pengiriman pos laju. Tindakan yang pantas.

Bila membeli secara online terutama daripada orang perseorangan (tiada tim pekerja syarikat), saya sebenarnya tidak mengharapkan sangat kiriman yang segera. Saya faham kerana individu itu pasti ada ‘beban’ tugas lain yang perlu juga dibuat.

Mungkin kerja makan gajinya yang perlu dilaksanakan, aktiviti kemasyarakatan yang ‘wajib’ disertainya, kekangan jauh dekatnya pejabat pos, masa dekat hujung minggu membuat pesanan dan keluarga anak isteri pun mungkin ada keperluan mendesak.

Tapi bila pesanan yang dibuat  diambil tindakan segera dan cepat pula sampainya kepada yang memesan, saya ucapkan terima kasih dan moga usaha Tuan Izman mengalirkan rezeki yang melimpah ruah.

Rezeki idea untuk terus menulis bagi memartabatkan masyarakat membaca dan rezeki kewangan bila buku laku keras.

2 buku kiriman Tuan Izman adalah nukilan beliau sendiri.

Satunya…JANGAN SENTAP, OKEY! Cetakan pertamanya tahun 2015. Buku ini terbitan…GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.

Duanya…BACA DALAM HATI. Cetakan pertamanya, April 2018. Buku ini terbitan…CK PUBLICATION

buku izaman pauzi

Sebelum ini, (tentunya kerap pada tahun mula dicetak) buku dengan tajuk Jangan Sentap, Okey!…..  beberapa kali dilihat di kedai buku yang saya selalu kunjungi.

Tapi asyik bertangguh niat untuk membeli. Ketika itu saya lebih ghairah membeli buku dalam kategori sama, buku-buku orang putih terjemahan Melayu yang tebal!

Dalam banyak keadaan saya sebenarnya lebih berghairah kepada buku yang tebal. Kecuali buku nipis itu terkandung satu-satunya topik tiada dalam buku lain.

Bila Tuan Izman selalu post di wall facebook beliau tentang bukunya, saya tergerak hati ingin memilikinya. Lebih lagi bila Tuan Izman telah menjadi rakan di facebook. Saya datangi kedai-kedai buku bila berkesempatan, tapi tidak jumpa buku Jangan Sentap, Okey!

Jadi bila Tuan Izman menawarkan secara online buku tulisannya itu termasuk buku terbaru, Baca Dalam Hati…dengan harga menarik, saya terus beli.

2 buku ini, 200 lebih muka surat. Jadi sebenarnya, tidaklah boleh dikatakan nipis.

Sebagai penulis buku, tentunya mereka tidak boleh hanya ‘senyap’ setelah buku terbit. Perlu juga ‘membantu’ penerbit memasarkan buku dengan apa juga cara, termasuk menguar-uarkan di facebook. Bila buku laku, mereka juga yang untung kan?

Penulis patut lebih tahu berkenaan pemasaran ini, tidak patut rasanya saya berlebih ‘mengajar’ penulis apa yang patut dibuat sedang diri sendiri, satu buku pun tidak tertulis.

Namun mahu saya beritahu… seperti cara yang dibuat oleh Tuan Izman yang sesekali menyelit catatan tentang 2 buku tulisan beliau di facebook, membuat saya tergerak hati untuk membeli buku ‘nipis’ ini. Dua sekaligus!

Sedangkan sebelum ini saya tidak tergerak hati langsung untuk membeli buku yang nipis bila ada buku tebal dalam kategori yang sama. Saya percaya orang lain juga akan mempunyai gerak hati yang sama. Asalnya tidak mahu membeli tapi bila asyik diperkatakan, timbul niat mahu membeli.

Anda boleh hubungi Tuan Izman Pauzi untuk memiliki buku ini.

= = =

Dan bila anda tidak sempat berkunjung ke kedai buku, atau sudah pergi ke kedai buku tapi tidak berjumpa buku yang dicari…anda boleh mencari buku yang diingini melalui portal kedai buku online.

Saya cadangkan bookcafe.  Kedai buku online yang saya suka. Layari bookcafe melalui banner di bawah;

– kalau sudah hubungi Tuan Izman untuk membeli tu…bisik-bisiklah pada beliau yang korang berniat beli sebab terbaca post saya ni. Manalah tahu, entah-entah tergerak hatinya nak bagi komisen pada saya. Haa..ha..haaa….gurau je!

– post saya ini…kerana saya ‘tabik hormat’ kepada penulis-penulis. Saya percaya selain penulis ini mahu membina income pasif. Mereka juga mahu memandaikan bangsa dan mahu mengumpul ‘saham’ di akhirat sana.

Share

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge