Teruja Mahu Jadi Kaya Melalui eBay

Sebaik habis berkursus di Bengkel eBay + Dropship 29hb sept 2012 kelolaan Tuan Mohd Najib Asaddok, hati berkobar-kobar.

Melihat kejayaan Tuan Mohd Najib sendiri dan status facebook ahli group yang berjaya membuat jualan, sepertinya hari ini mahu membuat listing di eBay dan esok sudah jadi kaya!

Sememangnya ramai orang menjadi kaya berurus niaga di eBay. Mereka yang mencapai status jutawan semata-mata menjual di eBay (tanpa menjual melalui medium lain) juga ramai!

Namun aku sedar, untuk menjadi kaya seterusnya menjadi jutawan melalui eBay akan mengambil masa.

Kecualilah jika aku ada surat cinta Albert Einstein yang sanggup dibida orang sampai USD 1,000,000! Atau aku ada komik Superman yang dibida USD 1juta oleh seseorang yang percaya pada nilai antik dan nilai sejarah. Dan tentunya dia seorang fanatik!

Apa pun, eBay menyimpan kisah-kisah yang mengujakan. Buang kisah kegagalan kerana lebih banyak kisah kejayaan untuk dijadikan inspirasi. Dan aku mahu menjadi sebahagian dari yang mengujakan ini.

Aku ada nota-nota tentang eBay yang mahu disimpan dalam blog ini. Akan wujud kategori baru iaitu arkib ‘eBay’.

Nota ini hasil pembacaan buku dan blog tentang eBay, bukan hasil pengalaman sendiri kerana pengalaman aku di eBay masih mentah. Nota ini ada sedikit ubah suai untuk mengelak dari dicop ciplak!

Nota ini untuk panduan aku berjaya di eBay. Dan semoga menjadi panduan pula kepada mereka yang membacanya.

Share

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge