The Loaf Hentikan Operasi Perniagaan Selepas 12 tahun Beroperasi

Membaca tajuk berita Kosmo…

The Loaf hentikan perniagaan selepas 12 tahun beroperasi

…membuatkan hati tersentuh sedikit.

The Loaf diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 2006. Telaga Harbour, Langkawi adalah destinasi cawangan pertama dengan pelaburan RM3 juta. Diuruskan M&M Consolidated Sdn. Bhd. The Loaf merupakan usaha sama antara Tun Mahathir dan Motoko Resources Sdn. Bhd.

Sehingga kini, The Loaf mempunyai 12 cawangan termasuk di KLCC, Pavillion, Empire Shopping Gallery dan Sogo Kuala Lumpur.

kedai roti the loaf tutup | ahmadyani.com

Dikatakan Tun Mahathir memegang 51 peratus saham di dalam perniagaan tersebut.

Bukan. Hati saya terusik sedikit bukan kerana politik.

Yalah, bila The Loaf ditutup pada saat menjelang Piraum (memetik istilah Tuan Mohd Sayuti Omar untuk pilihan raya umum) pasti kecaman kata akan ditujukan kepada Tun.

Itulah…bisnes pun sudah tidak mampu diurus, bagaimana mahu mengurus negara saat sudah tua begini?

Bukan sebab itu.

Hati tersentuh kerana saya mendapat pendapatan tetap bulanan dalam industry yang sama…kedai roti!

Diberitakan bahawa pemilik The Loaf memilih untuk menghentikan operasi perniagaannya apabila mengalami kerugian dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sungguh! Selama saya memerhati pelanggan yang masuk dan keluar kedai roti (bakery) tempat aku bekerja, mereka hanya mahukan harga roti yang murah. Sentiasa murah. Dan mereka akan ‘bising’ bila harga roti naik.

Pelanggan tidak tahu, kos membuat roti di bakery tidak sama dengan kos membuat roti secara besar-besaran di kilang.

Pelanggan tidak tahu, kilang boleh mendapatkan dan menyimpan stok yang banyak pada satu-satu masa (tentunya bila mengambil stok banyak, harga akan menjadi murah) sedangkan kedai roti tidak mampu berbuat begitu.

Pelanggan tidak tahu, kilang boleh mengurang bahan, menukar bahan dan menambah perisa untuk mendapatkan ‘rasa’ roti, sedangkan kedai roti bergantung semata-mata kepada bahan untuk mendapatkan ‘rasa’ roti.

Pelanggan tidak tahu, bila ekonomi Malaysia dua tiga kali ‘jatuh’ sejak akhir 90an dan kenaikan harga minyak dan jatuhnya nilai RM…harga barang makin naik!

Pelanggan tidak tahu, harga harga barang tidak pernah turun-turun lagi walau ekonomi Malaysia dikatakan semakin baik, bila harga minyak dikatakan makin stabil dan nilai RM didakwa semakin tinggi.

Pelanggan tidak tahu, pada awal 90an, Kraft Processed Cheddar Cheese seberat 250g berharga RM3.50 dan Cheese Pleat dengan berat timbangan doh 120g dijual dengan harga RM1.80.

Pada hari ini Kraft Cheese seberat 250g, harganya di Tesco RM14 ke atas. Untuk jumpa yang berharga RM10 ke bawah adalah satu keajaiban! Tetapi pelanggan kalau boleh tetap mahukan harga Cheese Pleat RM1.80.

Pelanggan tidak tahu, betapa perit pengusaha kedai roti meneruskan usaha mereka dengan kos yang semakin meningkat sedang pelanggan masih mahukan harga roti yang murah.

Pelanggan tidak tahu, sebab itu pengusaha kedai roti tidak boleh ‘marah’ kepada mereka.

Kerana itu hati aku terusik membaca berita The Loaf tutup operasi.

Sementara itu dalam berita Kosmo… seorang pekerja The Loaf di Sogo yang enggan dikenali mengakui terkejut dengan berita penutupan kedai roti tersebut.

“Saya baru kerja tiga bulan dan terkejut apabila diberitahu pagi tadi (semalam) tentang penutupan kedai ini. Buat masa sekarang, saya tidak mampu berfikir apa-apa,” ujarnya.

Ya Rabbi….kalau sudah mahu tutup operasi, kenapa ambil pekerja baru? Kenapa tidak diberitahu awal supaya pekerja bersedia mencari pekerjaan lain?

Bagaimana perasaan kamu bila kamu datang mahu buka kedai, tertera di pintu kedai…Kedai Ini Ditutup! Oleh pihak pengurusan?

Mahu tahu juga apa alasan penutupan pada sidang media yang dikata, akan diadakan dalam masa terdekat.

Apa juga alasan, pada saya ini adalah kezaliman dan penganiayaan kepada pekerja.

– – – –

Apa pun ini bukan alasan untuk mengelak diri dari mengusahakan bakery. Jika sudah berminat dalam bidang ini, anda boleh teruskan.

Yang penting segalanya tentang urusan bisnes  mesti sentiasa didalami terutama dalam era digital ini. Dan untuk permulaan, bisnes bakery ini sebenarnya boleh dimulakan hanya dari rumah!

Share

5 thoughts on “The Loaf Hentikan Operasi Perniagaan Selepas 12 tahun Beroperasi

  1. Wah baru tahu Tuan pun terlibat secara langsung dlm industri pembuatan roti ni. Sayang THE LOAF tutup juga..ingat dulu masa mula2 the loaf pavi bukak, berebut orang nak cuba cupcake..lepas ni sekdar tinggal sejarah.

  2. Takpelah, mungkin ada rezeki di tempat lain, untuk mengekalkan harga memang susah, baru tahu betapa susah payahnya mereka yang berada di bidang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge