Pelik benar bila kita dapat tahu adanya orang yang tidak mahu pahala.
Bila kita tanya dia, kamu tidak mahu pahala? Dia akan kata kita gila kerana bertanyakan begitu. Ya! Siapa yang tidak mahukan pahala. Semua orang yang ada iman dalam hatinya mahu pahala (balasan baik) dari setiap apa yang dibuatnya.
Pahala dalam Kamus Dewan bermaksud Ganjaran Dari Tuhan. Maksud pahala dalam pengertian saya ialah tiket untuk masuk syurga. Siapa yang banyak pahala akan masuk syurga. Siapa yang banyak dosa akan masuk neraka. Walaupun akhirnya nanti semua orang Islam akan masuk syurga, tapi tidak ada siapa pun yang mahu masuk neraka dulu sebelum masuk syurga.
Dahulunya para sahabat Nabi Muhammad SAW punya tanda tanya dalam fikiran mereka. Bagaimana mereka dapat mengumpul pahala yang banyak sedangkan umur mereka pendek berbanding umat-umat nabi terdahulu?
Logiknya orang berumur panjang tentulah dapat melakukan amal yang banyak berbanding orang yang berumur pendek. Amalan mereka yang berumur hampir 1000 tahun seperti umat dulu-dulu tentulah banyak pahala amalannya berbanding pahala amalan umat Nabi Muhammad yang rata-ratanya hanya berumur antara 60-70 tahun sahaja.
Nabi Muhammad meredakan rasa resah para sahabat dengan memberitahu bahawa umat nabi terakhir ini menerima kemuliaan yang tinggi berbanding umat-umat nabi terdahulu.
Salah satu bentuk kemuliaan dan keistimewaan yang diterima oleh umat Nabi Muhammad ialah mendapat pahala yang berganda dan pahala dalam pahala.
Pahala berganda ialah bila kita buat 1 amalan baik, paling sedikit Allah akan memberi 10 pahala. Bila disertai keikhlasan contohnya, pahalanya semakin berganda lebih dari 10. 1 amalan baik yang umat nabi terdahulu buat mereka mendapat 1 pahala. 1 amalan baik yang umat Nabi Muhammad buat, mereka mendapat 10 pahala.
Pahala dalam pahala pula ialah dalam 1 amalan baik yang dibuat ada cabang-cabang pahala yang kita boleh dapat.
Pahala dalam pahala inilah yang jarang ‘direbut’ orang. Itulah yang saya maksudkan tidak mahu pahala.
Ah! Sudah panjang catatan nota. Pada nota akan datang, saya mahu sambung apa yang saya maksudkan tidak mahu pahala.
kadang buat benda simple pun bleh dpt pahala..kita je tak sedar
blogger lelaki recently posted..Cara Mengatasi Stress Cara Islam
Memang banyak perkara ‘kecil’ dalam hidup ini yang mendatangkan banyak pahala bila buat…kadang-kadang kita sedar tapi kerana kelihatan ‘kecil’ kita pun tidak buat.
lagi baik apabila kita buat pahala itu kita sedar yang ianya ada ganjaran, itu lebih baik sebab kita buat itu sebab Allah suruh
Juan recently posted..Demo Tolak Obama oleh Hizbut Tahrir Malaysia
Niat kerana Allah. Itu pun sudah ada ganjarannya, belum buat lagi.
kita bagi info mcm ni pun dah kira beri pahala sebab sedarkan ramai org 🙂
pahan recently posted..Kontes Review Klinik Cinta
Itulah niat saya….
Kehidupan dunia adalah sementara untuk persediaan ke alam yang lebih kekal.
akubiomed recently posted..Nuffnang FoodFest 2013 Tw(eat) untuk makan dan minum
Di dunia inilah kita kena kumpul bekal banyak-banyak.
bila orang tidak meletakkan agama dalam dirinya persoalan mengenai agama akan mmbuatkan mereka merasa pelik sekali
Khairul Zamri recently posted..Markah SEO Selepas Tukar Baju
Kena tambah ilmu dalam agama ini. Banyak ilmu yang tidak tahu lagi…
bukan sukar untuk mengumpul pahala, cuma mungkin antara kita sedar atau tidak sahaja kan
puteri kasih recently posted..Bertambah Lagi Ahli Keluarga Baru
Ada yang tidak tahu, ada benda atau perkara kecil bila dibuat akan dapat pahala.
pahala boleh kita perolehi dalam semua perkara kebaikan dengan syarat ia ikhlas..
kakiblog recently posted..Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
Yang penting perkara yang baik itu mestilah kita buat, bukan tahu sahaja…
rugi tak cari pahala..masa ini cari banyak2
suri recently posted..Ruginya Bila Kita Memandang Si Siput Sedut
Masa masih ada tenaga…
rugilah kalau kita tak usahakan pahala, itulah bekalan akhirat nanti
Denaihati recently posted..WordPress Master Class dan Insentif bulanan
…yang takutnya kalau bekalan tidak cukup.
Betul juga, nak dapat pahala senang je, walaupun sekadar mengalihkan ranting di jalan
hafiz recently posted..Karenah heroku Azeeq
buatlah pahala selagi mana kita mampu buat
Khairul Zamri recently posted..Teknik Pemasaran Facebook Berkesan
Sebaik-baik pahala adalah buat kebaikkan dan lupakan lalu ikhlas hanya kerana Allah Azza Wajalla.
profhariz recently posted..Penyakit Jantung Koronari dan Pilihan Rawatan
Wajib bagi setiap muslim mengetahui bilangan para nabi dan rasul yang telah disebut dalam al-Qur’an sebanyak 25 dan wajib meyakininya secara keseluruhan bahwa Allah telah mengutus mereka sebagai nabi dan rasul yang dimulai dari nabi Adam as dan diakhiri oleh nabi Muhammad saw.
Wendi G. Mccray recently posted..No last blog posts to return.