Tip Lelongan Yang Power!

13 TIP LELONGAN BERKESAN DI EBAY
Oleh; J.D.Roth, usahawan ebay antarabangsa.
Dicatat pada – 15 May 2006 (diedit pada 29 Jun 2007)

#Nota ini diterjemah bebas dan diedit guna bahasa sendiri untuk mengelakkan kes ciplak!

Saya pernah menjual barangan lama dengan harga $1500. Tapi barangan sama yang saya lelong secara serentak tidak mendapat harga setinggi itu.

Dari situ saya belajar beberapa perkara. Dan saya mencadangkan anda beberapa langkah (13 langkah) berikut hasil pembelajaran saya itu.

1# Buat kajian tentang barang yang anda ingin jual. Lihat barang yang sama yang dijual oleh penjual ebay yang lain. Berapa harga yang mereka jual. Juga lihat tempat lain seperti di amazon.com dan sebagainya untuk melihat harga semasa barangan tersebut.

2# Sebaik-baiknya mulakan bida dengan harga yang rendah. Permulaan bida yang rendah akan mengurangkan kos yuran dan selalunya akan membuatkan pembida teruja untuk membida. Sekiranya barang itu popular, maka jangan takut untuk meletakkan harga rendah pada permulaan bida.

eBay-ahmadyani.comSekiranya anda takut mendapat bida yang sedikit, mulakan harga bida yang dekat dengan harga yang anda inginkan. Contohnya jika anda inginkan harga $10 untuk satu barang, mulakan pada harga $8. Jangan letak harga simpanan (reserve price)

3# Mulakan penyenaraian pada petang khamis. Letak 10 hari. Penyenaraian akan tamat pada petang ahad. Hujung minggu selalunya akan menarik perhatian pembida.

4# Jika ada banyak penyenaraian untuk barang yang sama. Jarakkan penyenaraian dalam tempoh sejam antara satu sama lain. Bila jarak penyenaraian terlalu rapat, pembida akan teragak-agak untuk membida yang mana satu. Paling teruk, mereka tidak akan membida langsung!

Gunakan tools yang sesuai untuk set masa penyenaraian seperti auctiva.com sebagainya.

5# Buat penghantaran percuma dan beri pengesahan penghantaran (tacking no.) Pengesahan penghantaran ini akan memberi ketenangan fikiran pada pembeli yang barangan mereka telah dihantar. Anda boleh minta pembeli membayar kos pos, akan tetapi pos percuma akan membina hubungan muhibbah jangka panjang antara anda dan pelanggan.

Jangan sebut insuran percuma kerana insuran percuma akan meragukan pembeli (anda tahukah syarikat mana yang memberi insuran percuma?). Tawar insuran untuk barangan yang mahal sahaja dan selalunya ia hanya sebagai pilihan pada pelanggan kerana mereka yang akan membayarnya.

6# Tawarkan pengembalian wang. Tetapi ini hanya untuk barang yang rosak atau tidak seperti yang digambarkan dalam penyenaraian. Jangan layan pembeli yang berubah fikiran atau berkata mereka telah silap membida!

7# Tulis tajuk listing dengan baik. Sebagai contoh saya telah menjual buku bertajuk, ‘The Hidden Game of Baseball by John Thorn and Pete Palmer. Saya boleh meletakkan semua itu sebagai tajuk, tetapi ia akan membazirkan ruang. Jadi saya meletakkan kata kunci penting tentang buku itu iaitu dengan menulis, ‘Hidden Game of Baseball Thorn Palmer SABR Bill James. Bill James (pemain baseball) tiada kaitan dengan buku itu tetapi peminat Bill James mungkin akan membeli buku tersebut.

8# Tulis dalam diskripsi apa yang baik dan juga apa yang buruk tentang produk yang anda jual. Saya memilih untuk menulis dalam bentuk percakapan bukan fakta kaku.

Contohnya bila saya menulis diskripsi buku yang saya jual, saya menulis begini, “saya fikir saiz buku ini agak besar berbanding saiz buku normal. Buku ini masih dalam keadaan baik tapi ada sedikit kekotoran pada kulit buku dan pemilik buku ini telah menulis namanya pada belakang kulit buku.”

Cara menulis begini tentunya berbeza berbanding bila anda menulis dalam bentuk fakta kaku seperti;…
#Baik; keadaan elok.
#Buruk; ada kotoran pada kulit. Ada nota nama pemilik pada belakang kulit buku.

Walaupun menulis dalam bentuk percakapan, ia mesti mengandungi kata kunci yang releven dengan produk yang dijual.

9# Beri penerangan yang lengkap walaupun ia mungkin akan membuatkan diskripsi kita panjang. Ramai orang menyarankan agar membuat diskripsi yang pendek untuk memudahkan pembeli/pembida membacanya.

Saya tidak setuju dengan saranan ini. Saya anggap penerangan yang panjang adalah baik terutamanya bila menggunakan teks yang besar untuk menerangkan fakta yang penting.

10# Buka bidaan untuk semua orang. Jangan memilih-milih jenis pembida dengan alasan nanti takut mereka tidak membayar dan sebagainya. Ebay mempunyai saluran tertentu untuk mengatasi masalah-masalah sebegini. Gunakanlah saluran ini bila perlu.

Sekiranya berlaku masalah-masalah ini, anda akan mempunyai pengalaman untuk mengatasinya dan ini akan menjadikan anda usahawan yang ‘kuat’.

11# Selain meletakkan gambar dalam ruangan yang disediakan. Letakkan juga gambar dalam listing. Gunakan prinsip ini, jika ada 10 gambar. Letakkan 3 dalam listing dan 7 lagi dalam ruang yang disediakan.

12# Jawab semua soalan dari pelanggan secepat yang mungkin walaupun untuk soalan yang anda anggap soalan bodoh! Jika ada soalan yang mungkin akan ditanya lagi oleh orang lain, paparkan soalan dan jawapan anda untuk tatapan umum.

13# Bersikap mesra dalam apa juga keadaan. Dalam perniagaan online tunjukkan kemesraan dalam jawapan pada setiap persoalan melalui perkataan yang digunakan. Tunjukkan yang kita ghairah dalam menjalankan perniagaan ebay.

Kesemua teknik ini memberi kesan yang baik kepada saya dan mungkin pada anda juga. Saya selalu buat listing 10 hari dan menawarkan penghantaran percuma. Saya rasakan 2 perkara ini mendatangkan harga yang lebih baik untuk barang yang saya senaraikan.

Ebay ialah tempat yang baik untuk ‘melupuskan’ barang-barang yang masih elok di rumah anda. Dan ebay juga kekal sebagai tempat ‘menambah duit saku’ malah boleh menjadi satu-satunya sumber pendapatan anda.

Bila anda ada barang untuk dijual. Ambil sedikit masa untuk membuat diskripsi yang baik.

Share

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge