Tip Menulis Entri Blog

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kering idea untuk menulis entri di blog.

Saya rasa  semua blogger pernah mengalami situasi ini. Kerana ini adalah situasi normal. Kalau ada idea pun, akan jadi masalah juga kalau tiada idea bagaimana mahu menulisnya. Kering Idea untuk menulis. Kering idea cara menulis.

Dan saya menghadapi dua jenis ‘kering’ ini. Sebab itulah blog ini tidak konsisten menerbitkan entri walaupun sudah berjanji, sekurang-kurangnya akan ada satu penulisan untuk seminggu. Slogan ‘Janji Ditepati’ sudah jadi slogan janji diengkari. Ini bukan slogan politik ye…

Ini kelemahan yang tidak boleh dibiarkan. Jadi saya taip di google ‘ Tip Tulis Blog’ untuk mendapatkan ilmu.

p/s: Orang selalu gelar pakcik google. Kenapa tidak digelar cikgu google? Kerana banyak ilmu kita dapat di sini.

Google menyenaraikan ilmu yang saya mahu hasil kata kunci ‘Tip Tulis Blog’…kata kunci ‘tip menulis entri blog’ memberikan result yang berlainan sikit. Pelbagaikan kata kunci untuk mendapat lebih maklumat.

1 # Pertama dari blog http://azrijohan.com/tips-mendapatkan-idea-menulis-blog/

Penulis menyenaraikan beberapa tip;

1. Tulis mengenai apa yang berlaku di sekeliling kita. Ceritakan apa perkara itu. Dan mungkin kita boleh berikan sedikit cadangan untuk menambah baik apa-apa yang patut.

2. Cerita tentang perkembangan diri. Tapi pastikan cerita diri itu sesuai dengan niche blog kita. Kalau niche bab kereta janganlah cerita tentang kita yang suka memasak. Ceritalah tentang aktiviti berkereta yang kita lakukan. Contohnya bawa keluarga ‘makan angin’ dengan kereta setiap hujung minggu.

3. Tulis semua idea yang terlintas sekaligus. Setkan masa untuk publish. Jadi blog kita ada isinya walau ketika itu kepala kita tiada ‘isi’.

4. Jawab komen pembaca. Jangan jawab di repley komen kerana ada jawapan yang elok dijadikan entri blog.

2 # Kedua dari blog http://www.benashaari.com/2013/07/tips-menulis-blog-yang-mengumpan.html

Apa yang penting tulis dengan jujur dan jangan risau ada orang baca atau tidak. Kejujuran itu lambat laun akan ‘membaca’ pembaca ke blog kita

3 # Ketiga dari blog http://nicknashram.blogspot.com/2012/09/6-tips-menulis-entri-untuk-tarik-ramai.html

1. Entri mesti ada perenggan. Tiada perenggan tiada mood untuk baca.

2. Entri jangan panjang sangat. Panjang sangat membosankan walau penuh fakta.

3. Mesti ada gambar. Satu pun cukup. Satu gambar mewakili seribu perkataan.

4. Guna perkataan standard. Bahasa SMS tidak boleh pakai kecuali blog tu untuk bacaan kawan-kawan sealiran sahaja.

5. Selalu bertanya kepada pembaca. Pertanyaan itu membangkitkan minat pembaca untuk komen.

6. Kadang-kadang kena buat provokasi sikit. Jangan provokasi yang bersifat perkaum dan menyentuh soal agama sudahlah.

Itu sebahagian yang cikgu google berikan. Yang keempat, kelima dan seterusnya… boleh tanya sendiri kepada cikgu google.

Sebenarnya kita tidak punya alasan lagi. Alasan terbesar ialah diri sendiri. Mahu atau tidak sahaja. Apa pendapat anda?

Share

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge