Tip Ringkas Cegah Serangan Jantung

Serangan jantung masih dinobatkan sebagai pembunuh senyap no.#1 di Malaysia.

Serangan jantung tidak terjadi secara mendadak walau dia menyerang secara tiba-tiba. Tabiat pemakanan adalah penyebab utama. Ditambah buruk dengan sikap benci pada senaman dan suka pada asap rokok.

Antara tanda sama ada seseorang itu bakal menjadi mangsa ialah;

1# Jantung atau dada kerap berdebar-debar. Kadang-kadang ketika membaca buku pun boleh berdebar.

2# Dahi berpeluh ketika berada dalam suasana dingin.

3# Dada kerap terasa senak atau sendat.

4# Sering mencungap seperti tidak cukup udara. Kadang-kadang melakukan aktiviti ringan seperti solat pun boleh mencungap-cungap.

5# Alah pada suasana panas.

6# Asyik berpeluh pada telapak tangan.

Bila berlaku tanda-tanda ini, seseorang itu tidak patut buat endah tidak endah sahaja. Dia perlu berbuat sesuatu. Antara yang patut dia buat ialah;

1# Kurangkan atau lebih baik hentikan pengambilan makanan segera atau terproses yang tidak menyihatkan seperti burger, nuget, kentang goreng atau kentang berperisa.

2# Kurangkan mengambil minuman yang tidak membantu anda sihat seperti minuman berkarbonat, minuman segera, krimer bukan tenusu dan sebagainya.

3# Jangan amalkan mandi selepas makan atau ketika kenyang kerana ia menyebabkan perut dan jantung menjadi lemah.

4# Kurangkan makan nasi lemak yang dibeli kerana banyak peniaga menambah minyak masak dalam nasi untuk menjadikan nasi berkilat dan berderai. Bila makan nasi lemak yang di masak sendiri, kita boleh tentukan santan mengikut kesesuaian.

5# Amalkan makan kacang hijau rebus setiap hari. Rendam kacang hijau dalam air selama 10 minit kemudian rebus sederhana. Jangan sampai kembang, cukup sekadar empuk. Jangan bubuh garam.

6# Amalkan makan Habbatus Sauda atau jintan hitam kerana dari maksud hadis Nabi SAW, Habbatus Sauda ini adalah ubat banyak penyakit kecuali mati dan usia tua.

7# Amalkan memakan sayuran pahit atau kelat seperti kailan, pegaga, pucuk ubi, pucuk betik dan ulam-ulaman.

8# Amalkan zikir al Mathurat al Kubra, susunan as Syahid Imam Hasan al Banna setiap lepas solat atau sekali pagi selepas subuh dan sekali malam selepas maghrib. Ada kes pesakit kanser sembuh sepenuhnya selepas mengamalkan zikir ini.

Tip tambahan# Banyak ulamak memberi saran, jangan terus minum air selepas solat atau berzikir. Bila kita solat atau berzikir darah menjadi panas. Darah itu dan segala antibodi di dalam darah itu ‘terangsang’ kerana zikir kita. Bila kita minum air, sejuk air itu akan memadan panas darah.

Segala tip di atas patut diamalkan walau kita kelihatan sihat dan tiada tanda punya penyakit jantung. Jangan sampai sudah terkena, ketika itu baharulah mahu amalkan petua atau tip ini. Dan tip yang akhir sekali, jangan lupa untuk buat pemeriksaan kesihatan secara berkala dengan doktor.

Sebarkan

5 thoughts on “Tip Ringkas Cegah Serangan Jantung

  1. akubiomed says:

    Tip berguna. Perlu juga buat pemeriksaan kesihatan secara berkala supaya masalah kesihatan dapat dipantau dan dikenal pasti diperingkat awal lagi
    akubiomed recently posted..Cabaran Blogger | Kereta lumba kertasMy Profile

  2. titan says:

    betul. Kena tahu tips nih. Penting kalau ada ahli keluarga yang ada sakit jantung.
    titan recently posted..Buffered Earning yang ke 22 dari NuffnangMy Profile

  3. Hadi Rofiee says:

    Tip ke-8 dan tip tambahan menarik perhatian saya. :-)
    Hadi Rofiee recently posted..Genggaman jari tanganMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge